Selasa, Jun 10, 2008

(Usah) Jangan Menyampuk! Bukan kau yang ditanya!

Hari ini hari Selasa, kawan-kawan ...

Sudah seminggu, jam biologi terganggu.Perasaan terganggu, aktiviti harian pun terganggu. Mesti elakkan, tamatkan semua ini!

Namun biarpun tidur lewat, awal pagi mesti terjaga. Bezanya,mata terbuka, otak berputar … badan enggan bangun, masih manja di atas tilam nipis depan TV. Buka TV macam biasa, telinga sekadar mendengar pakar motivasi cerita itu ini, mata merenung siling (selalu ada masalah eja benda ni).

Tangan mencari-cari telefon bimbit, bawah bantal. Jumpa. Tujuh (7) panggilan tidak berjawab. Siapa?

Hendak balas panggilan, ah … tiada IR.Baru hendak bangkit, benda berwarna hitam itu berbunyi.

“So late, ha?”

“Not really. Just silent (ce?) the phone,”

“New activity?”

“Kena report ke?”

“Ha ha. It’s just a bad feeling. Ada demam ke?”

“Sikit,”

“I was busy last week but couldn’t stop thinking about you. Is there anything you hide from me?”

“Yeah right, like you care,”

“Cepatlah, harga minyak dah melambung, takkan nak bazir kredit, kut?”

“Great. Just drop it,”

“I need to know,”

“I am okay down here.”

Bercakap dengan Aaron takkan berhenti di situ. Dulu selalu menahan rasa – melayan sahaja. Sekarang rasa hendak menghempuk telefon pun ada.

Okey, Rose, saya terjemahkan bahasa rojak ke BM untuk perbualan seterusnya.

“Nydia dan kau?”

“Ada perkembangan, kemajuan … ah … jangan cakap pasal tu, boleh?”

“Nak tahu jugak,”

“Dia okey, aku okey. Ada la kita orang lepak, sarapan sama-sama, itu suatu kemajuan kan?”

“Tahniahlah. Sekurang-kurangnya kau dah ada teman,”

“Sukalah tu? Ke, nak menangis?”

“Lebih baik menangisi nasib anak bangsa dan agama, dari menangisi kau,”

“Jadi kau ada menangis, baru-baru ni? Aku macam terasa-rasa,”

“Ada. Hah! Puas hati? Masalah orang dewasa, selesai cara dewasa,itu kan, yang kau nak nasihatkan, sebenarnya?”

“Ke … gaduh dengan pakwe baru?”

“Cuba jangan tanya soalan klise boleh tak?”

“Ala, dah lama tak bertekak dengan kau,”

“Aku penat, boleh tak lain kali sahaja?”

“Tak boleh! Nak tahu jugak … kenapa kau menangis?”

“Okey … aku jumpa, terjumpa tau, bukan nak jumpa, seseorang yang tiba-tiba nak jadi kawan, bukan aku yang ajak tau … lepas tu kami SMSes, telefonses, akhir sekali dia kata ‘Saya mintak maaf. Wassalam’”

“Tak percaya kau nangis pasal tu. Itu bukan kau,”

“Aku nangis sebab letihlah,”

“Takkanlah,”

“Nak percaya atau tak … suka hati,”

“Kau tak menangis pasal aku, kau takkan menangis pasal orang lain juga,”

“Dahlah … dah. Memang aku penat. Ni aku nak pergi kerja. Cakap lain kali.”

“Okey, hanya nak bagi nasihat --- jangan senyap sahaja kalau ada konflik, mesti selesaikan cara orang dewasa. Takkan kau nak biar semua orang salah anggap tentang kau. Pertahankan diri, cakap benda yang patut kau cakap. Jangan kau cakap pasal cuaca, dan politik tapi mengutuk diri sendiri. Jangan berselindung dan bersedih seorang diri. Kau berhak …”

“Berhenti kat sini sahaja … cakap tahun depan sahaja,”

“Susahlah kau ni. Kenapa dengan aku sahaja kau macam ni?”

“Nak pergi kerja, boleh tak?”

“Baik. Aku tunggu sampai tahun depan,”

“Bagus.”

Saya bangun mandi, solat, tapi tak sempat wirid apatah lagi mengaji Al-Quran, bersiap dan pergi kerja.

Jalan kaki lagi.

Jalan kaki. Dan berfikir.

Ah … tahun ini Selangor bukan lagi juara SUKMA. “Padan muka”. Ah … saya kan lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kad pengenalan saya ada –14- di tengahnya.Tapi tetap saya sayangkan Selangor. Dan masih rindukan Ampang juga.

Hmmm … walau hari ini mendung kerana Itali kalah manakala Perancis seri dengan Romania, peduli apa. Aaron CMTSD tu memang suka menyebabkan hari saya tidak berapa best.

[ Aaron, akan tiba hari apabila kebenaran tersingkap. Sungguh saya mendiamkan diri, diam itu kan bintang! ]

... Rose, lamanya tak dengar berita sejak anda menjadi peniagawati ... selamat maju jaya Rose! ...

ya, memanglah hari ini hari Selasa!