Sabtu, Mac 19, 2011

alor bintang

jalan-mengikut-suami-kerja-ke-kedah

Ini untuk Lia yang suka baca blog orang (eh, dia ada blog sendiri tak?)

Hari ini di Alor Star. Alor Bintang.

Baru je nak tulis, ada orang ajak jalan-jalan-Plaza Sentosa-tengok telefon bimbit-Pekan Rabu-beli?-apa nak beli?

Hmmmmm, sebenarnya, nak tulis, malam ni InsyaAllah akan makan malam bersama emak ayah serta keluarga kecil kami bertiga di restoran berputar Menara Alor Bintang.

Kelakarnya, Menara Kuala Lumpur aku tak pernah naik pun waima aku orang Ampang-Selangor-lahir-KL.

Teringat kat Afni yang berjalan sakan sementara belum ada anak.

Syukur Alhamdullillah, perjalanan ini dipermudahkan Allah, moga-moga dapat kembali bekerja lebih kuat dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Ketika menulis ini, dengar bunyi kapal terbang atas kepala bukan main kuat, maklum je kawasan Mentalon Kedah ni 10 minit sahaja dari lapangan terbang.

Tata Lia. Salam buat semua juga.

Luv you :-)