Selasa, November 13, 2007

hanya suatu cerita


gambar ini bukan milik saya
gambar ini sekadar hiasan
Hari ini sangat kelakar
Ketika ramai yang menjalankan tugasan masing-masing saya masih mencari-cari apakah yang boleh menyelesaikan masalah emosi saya ini.
KENAPALAH AKU TIDAK BOLEH BERHENTI TERSENYUM SEKARANG?
BUKANKAH BANYAK KERJA YANG MESTI DISELESAIKAN?
Kenapa aku tersenyum?????
Bukankah sepatutnya aku menangis?
SPIN DAY!!!!!
Ntah apa-apa ntah ….
Tapi memang lucu.
Lucunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ….
Lucunya …. Macam mana nak tulis kelucuan ini?
Lucu sampai nak menangis …
Saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya, saya ….
Saya
Saya
Saya
Saya tidak berani menelefon dia …
-----------------------------------------------
Kenapa tidak mahu mencuba?
Kenapa membiarkan kejayaan yang kian, sangat dekat sebagai suatu bebanan?
Kenapa menjadikan kata-kata orang sebagai suatu ukuran?
Kenapa mensia-siakan perjalanan yang sangat jauh, yang telah ditempuh?
Kenapa percaya kepada kekerdilan?
Kenapa tidak mahu percaya kepada kebolehan dan kekuatan diri?
-----------------------------
Ini suatu cerita (sahaja)
Ketika saya tiba di Lincoln
saya tiada apa-apa, bukan siapa-siapa …
Dan tidak siapa pun memandang saya
Saya rasa saya sangat selesa dengan keadaan itu …
SANGAT SERONOK BERSENDIRIAN
Sampailah dia menYIBUK
Si PENGACAU …
Selalu lalu lalang sini sana dekat dengan saya
Bila dia ada di sisi
orang lain yang MUNGKIN (saya kata mungkin, okey!) hendak mencuba-cuba
Tidak jadi – patah hati – jauhkan diri
Saya kata dalam hati (berdoa-doa juga)
Kenapa engkau tidak boleh
BERAMBUS saja?
----------------------------------
Dan bila dia tidak ada
Saya rasa lega … seminggu
Dua minggu
Tiga minggu
Empat minggu
Masuk bulan ke dua …
Lega sangat …
Bulan ke enam
Terus lupa akan dia
…..
Tahun ke dua
Saya jadi gila
------------------------------------
Saya tahu
Saya tahu
Tahu
Sedar
Tahu
Sedar …..
Sangat
---------------------------------------------
Saya tidak jawab
Lima belas panggilan dia
Lima belas pesanan ringkas dia
Oh ada ….
Saya jawab sekali
Sebab masa itu
Dia telefon guna telefon awam
Katanya
“Saya tiada kredit, hujan dan tak ada tempat lain nak berteduh kecuali pondok telefon ini”
(Hati saya kata - yelah tu)
Mulut saya balas, jawab
“Saya sibuk, just … take care, okay”
-------------------------------
Itu cerita dulu-dulu
-------------------------------
Dia balik ke sini
Saya dan dia jadi kawan bergaduh semula
-------------------------------
Dia buat hal lagi ……
Ke mana-manapun
Dia ada
Tolonglah
--------------------------------
Patutkah saya ulang kejadian dulu?
--------------------------------
Tidak cukupkah?
Tidak serikkah?
Masih ada hati lagikah?
Tidak bencikah dia?
Akan saya yang kejam ini?
--------------------------------------
Saya jadi geram sangat
Saya pun buat hal
Saya beri amaran kepada dia
“Kau tahu aku kejam”
--------------------------------------
Dia angguk-angguk
Dia tunduk
Tapi kemudian berkata
Perlahan tapi jelas
“Aku tak kisah”
-------------------------------------
Tapi saya KISAH!
--------------------------------------
Sebagai kawan, okey
--------------------------------------
Saya jelaskan semuanya
…..
Dia pakej lengkap
Agama
Pelajaran
Pekerjaan
Rupa
……
Hanya saya
TIADA HATI
----------------------------------
Kami pun menunggu TAKDIR
-----------------------------------
MENCIPTA Takdir itu
-----------------------------------
Saya dan dia MENCUBA
-----------------------------------
Mula-mula saya dan dia okey
-----------------------------------
Kemudian dia bersedih selalu
------------------------------------
Saya tension selalu
-----------------------------------
Kenapa , kenapa nak buat muka sedih, muka tak puas hati itu?
-------------------------------------
Dia kata sebab nampak di wajah saya
Saya tidak ikhlas
-------------------------------------
Hah! Komplen!
--------------------------------------
Bukankah semuanya sejak dari mula
Memang
cuba
cuba
cuba
cuba
Kalau belum berjaya nak buat macam mana?
---------------------------------------
Dia tiba-tiba jauhkan diri
Tidak telefon
Tidak hantar pesanan ringkas
----------------------------------------
Okey, okey, okey
---------------------------------------
Ini balas dendam atau apa?
---------------------------------------
Memanglah …
Saya tidak pernah telefon dia
Saya tidak pernah hantar pesanan ringkas kepada dia
---------------------------------------
Tapi hari ini
----------------------------------------
Saya rasa
Saya
Saya
Saya
------------------------------------------
Hendak dengar suara dia
-------------------------------------------
Kelakarnya
--------------------------------------------
Saya rasa setengah mati
Apabila hendak menekan nombor dia
Tangan saya menggigil
-----------------------------------------
Betul
Saya tak jadi telefon dia
----------------------------------------
Saat saya tidak jadi telefon dia
----------------------------------------
Telefon itu berbunyi
------------------------------------------
Dia?
Dia!!!!!
Ya Tuhanku!
Bagaimana?
Macamana?
Kenapa?
Dia !
Ya!
Dia – menelefon
--------------------------------------------
Saya teragak-agak hendak menjawab ….
Saya rasa malu ….
---------------------------------------------
Saya letakkan telefon ke tepi
------------------------------------------
Saya bukan kejam
-----------------------------------------
Bukan kali ini
------------------------------------------
Telefon terus berbunyi
Saya rasa bingung
Takdir apakah ini?
-------------------------------------------
“Just answer the phone!”
Ya Allah!
Saya panggung kepala.
Dia!
--------------------------------------------
Kenapa dia muncul?
Macam mana dia tahu saya di sini?
-----------------------------------------------
“Kenapa tidak angkat telefon?”
Tanya dia.
Saya diam sahaja.
Saya bukan kejam. Sumpah.
Saya hanya tidak tahu hendak jawab apa.
--------------------------------------------
Dia tidak duduk, dia berdiri
Lama …
Saya diam menunggu dia marahkan saya …
Dia tidak marah
Dia terus pergi
Macam itu sahaja
----------------------------------------------
Kemudian telefon berbunyi lagi
Dia …. Kali ini saya angkat, jawab ….
-----------------------------------------------

“Kalau tidak ikhlas, jangan buat.”
Itu katanya.
Di hujung suara dia ….
Ada….
Entahlah …
Saya dengar
Macam
Seperti
Mungkin
Agaknya
Tangisan … esakan …
---------------------------------
Saya terus tamatkan perbualan itu …. Dengan “Sorry”
Dan kemudian saya
Jadi macam ini
---------------------------------
Tak boleh berhenti tersenyum
----------------------------------
Rasa lucu
---------------------------------
Entah apanya yang lucu ntah
---------------------------------
Tapi rasa sedih pun ada ….
Lucu dan sedih?
------------------------------------
Teruknya …. Mangsa kekejaman saya sekarang ialah DIRI SAYA SENDIRI!
--------------------------------------
ya, saya tidak berdaya
untuk menghubungi dia
Dah malu sangat-sangat dah!!!!!!
--------------------------------------
Malu+lucu+sedih=menyesal?
--------------------------------------
SESAL DAHULU PENDAPATAN ….!
---------------------------------------
Anehnya
Saya rasa bahagia
Membuat dia menangis (???????????)
Apakah dia benar-benar?
Benar-benar mahu?
Benar patah hati apabila saya dingin?
Saya bahagia
Punya dia yang benar-benar punya perasaan sedalam itu terhadap saya
Saya bahagia membuat dia patah hati
Kerana saya kejam?
------------------------------------------
adakah - Saya senyum lucu
senyum melindungi sedih
senyum terharu
atau senyum bangga?
------------------------------------------
Ini
kanbenar-benar gila!
------------------------------------------

saya lah tu

Seorang kawan menulis tentang saya:
“Aku cemburu gak ngan ko ni, ko boleh bersikap keanak-anakan dan kelihatan cute...kalau aku bersikap keanak-anakan nampak mengada-ngada.”

Mengambil kira sikap dan cara ‘pembacaan’ saya akan kata-kata yang ditujukan kepada saya, pastilah saya akan segera berhati-hati bahawa – “Orang ini mungkin tidak boleh dipercayai. Makna kata-katanya mungkin bukan selapis dan bukan juga manis meskipun kedengaran begitu.”

Ahhhh …mungkin saya salah sama sekali.

Kata emak saya, saya jenis yang suka berburuk sangka dengan orang.
Tentu. Kerana jalan hidup saya bukan mudah.

Saya mungkin nampak dan berlagak naïf. Tetapi tidak semestinya begitu.

Saya nampaknya ortodok dan ….??? Memang, saya memang ekstrimis agama … tetapi saya berfikiran moden. Mulut saya sangat pedas bagi mereka kenal benar akan saya. Pun begitu saya bukanlah orang yang 1-0, masih ada ruang berbincang …

Saya juga punya pemikiran-pemikiran yang orang kata gila dan aneh.

Seperti – saya mahu galakkan (bakal) suami saya kelak berkahwin lebih dari satu. Pun begitu, saya tidak mahu jadi yang kedua atau ketiga, jauh sekali keempat. Saya telah biasa menjadi nombor satu dalam rumah, dalam keluarga.

Kenapa? Alasan yang selalu saya canangkan: “Supaya ada orang berkongsi tugas dengan saya melayan dan menjaga suami”. Pada hari-hari saya suami tiada di sisi, saya boleh menonton rancangan kegemaran saya tanpa gangguan, boleh menulis, boleh tidur sepuas hati, boleh terlibat dalam kegiatan masyarakat (seizin suami ) … saya ada ruang untuk diri sendiri!

Alasan lain? "Bukankah ramai anak dara tua, janda yang perlukan perlindungan di luar sana?"
Saya juga telah (sedang) merasa …. Betapa susahnya hendak mencari calon suami yang sesuai , kalau ada yang saya suka pun – semuanya sama ada tidak tertarik akan saya, atau sudah berpunya.

Mengapa saya mesti membiarkan saudari seagama saya menjalani kesukaran seperti saya? Kalau suami (bakal) mampu berkahwin empat, mengapa tidak? Setidak-tidaknya dengan mempunyai keluarga yang besar, seseorang lelaki itu akan lebih kuat bekerja dan lebih dekat dengan Allah S.W.T bukan sebaliknya!

Ramai berkata (ada yang bernada sinis) … “Engkau belum kahwin, belum tahu”

Ya. Ya, kita tunggu dan lihat. Mungkin juga saya bakal tidak punya suami. Semuanya kerja Allah. Semuanya Rahmat Allah. Tidak berkahwin juga RahmatNya. Maka serahkanlah kepadaNya.

Lagi?

Di rumah, saya tidak akan menyusahkan diri dengan pelbagai protokol. Orang lain juga begitu.
Tapi dengan tambahan – di rumah- ya, saya memang macam budak-budak.

Di luar, saya - seperti yang kalian yang mengenali saya sedia tahu (apa yang kalian tahu dan anggap tentang saya? Terpulang).

Kepada teman itu – hummm … ya, saya tidaklah nampak mengada-ngada apabila bersikap keanak-anakan, mungkin kerana saya tidak pernah merasa dewasa. Sikap keanak-anakan, suka melongo dan nampak naïf – mungkin disebabkan oleh ayah saya yang masih ‘berkuasa’ menentukan banyak perkara tentang diri saya.

Tetapi saya menganggap diri ini sebagai manusia yang sentiasa menjaga reputasi di luar rumah – saya tidak pernah sekali-kali memanggil orang dengan gelaran “pak cik” atau “mak cik” – kecuali di rumah mereka sendiri – itupun kalau mereka membahasakan diri mereka seperti itu.

Mahu mendengar saya memanggil anda “Puan” , “ Tuan” , “Encik” atau “Cik”?

Dan bahasa saya seperti bahasa buku agaknya