Jumaat, Jun 13, 2008

Salam Jumaat yang penuh berkah!

Hari ini,

Berbual dengan Cik S.M.A membuat aku teringat:

Memang tanggungjawabku sangat-sangat besar.

Dan aku telah sedikit (banyak!) terpesong ...

Apabila Tuhan telah mengembalikan (lagi) aku ke jalanNya maka aku anggap ini peluang terakhirku.

Terima kasih Cik S.M.A. Alhamdullillah, Ya Allah!

aminahjazilahabubakar

Ingat lagi, Bibah?

“Look can be deceiving.”

Tak tahu la bagaimana hendak menterjemahkannya dalam bahasa Melayu …

Kenapa pulak ‘rupa boleh menipu’? Ha ha ha literal translation --- sangat ntah hapa-hapa (entah apa-apa).

“Look can be deceiving.”

Itulah yang diingatkan oleh Tuan R. ketika aku menjalani attachment (lebih kurang latihan praktikallah tu) --- di mahkamah Ampang suatu waktu dahulu. Memang itulah yang Tuan R. ingatkan kepadaku dan Habibah;

“Look can be deceiving.”

Setiap hari berhadapan dengan 20-40 orang yang merayu ‘dilepaskan dengan jaminan’… tidak dihantar ke pusat Serenti.

Sampaikan aku tidak berani mengangkat muka … sedih, sedih tersangat sedih.

Kerana:

“Look can be deceiving.”

Kisah kerdilnya diri



[ Ini untuk esok. ]

Pernahkah anda membaca orang yang menulis kisah untuk esok?

Ini memang bukan puisi, ini pengulangan kata. Semalam, saya tidak ‘mengepos’ apa-apa di blog ini.Semalam saya membayar janji kepada kawan-kawan untuk mengunjungi mereka.Semalam saya membaca sebuah novel dengan perasaan penuh derita (takkan mampu saya menghabiskannya).Semalam masih saya rasa kesakitan dalam dada. Masihkah ada hari ini sakit yang semalam? (Mungkin) ada. Tapi terselindung di mana-mana di celahan hati. Semalam saya terlupa bahawa saya (telah) memutuskan untuk mendiamkan diri sampai mereka sedar sendiri bahawa (mungkin) apa yang mereka percayai itu adalah kisah yang diceritakan oleh sebelah pihak sahaja. Saya maafkan mereka kerana mereka tidak pernah dilatih dalam bidang perundangan dan (mungkin) tidak tahu bagaimana caranya yang selamat untuk tidak berpihak. Saya lupa bahawa diam itu bintang, semalam. Saya terlupa, semalam, hari ini saya tak akan lupa, InsyaAllah.

[ Ah! Malas aku berpuitis begini ]

Bunyi SMS masuk. Dari Jennifer (agaknya). Malas sekali untuk membacanya. Sebelumnya ada panggilan nombor officenya masuk ke telefon bimbitku. Belum sempat ku jawab sudah mati. Tidak pula dia telefon balik. Tak kuasa membalas, biarkan.Kalau dia mahu bertanya lagi fasal abangnya --- aku tak akan bazirkan masa (lagi). Kontroversi kelas satu dalam hidup aku --- status lelaki itu --- kawanku, saudaraku. Dia pilih jalan hidup sebegitu …

Kisah-kisah kontroversi dalam hidup aku ni sudah selalu sangat. Hanya kerana aku berbeza (ah … alienkah aku ini?).

Minggu sudah menatap gambar perkahwinan Riyadh dan terakam sekali senior-senior kami, Jamal dan Shahrin, juga kalau tak silap, Carol. Tak tahu sama ada Shahrin dan Carol sudah berkahwin – nampak gaya macam sudah (maafkan kalau aku tersilap)– Shahrin sudah ada pipi (perut tak nampak pula), Carol pun nampak berisi sahaja --- tambah comel.

Melihat wajah Shahrin, aku terkenang akan kontroversinya aku sewaktu mengikuti minggu orientasi fakulti kami.

Aku tahu akibatnya kalau (terlalu) menunjukkan perbezaan.

Aku dah rasa banyak kali.

Pemulauan. Pandangan hina. Bahasa menyakitkan.

Shahrin (mungkin) masih berasa bersalah … dahulu ketika manusia freshies 1997/98 sibuk memenuhi ‘permintaan’ senior yang sedikit melampau --- aku dengan jujur menolak dari dibuli. Salahkah?

Menulis tentang kisah lama … bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa, jauh sekali berdendam.

Sudah berkurun aku maafkan Shahrin. Malah dia menjadi antara senior yang aku hormati dan kagumi.

Apa yang aku ingati sampai kini ialah ketika ramai pembantu mahasiswa fakulti menolak markahku, si Shahrin, pengadu yang mengada-ngada itu tiba-tiba datang menambah markah aku.

Sudahlah aku tengah bengang … Shahrin malah boleh menyuruh aku menerka (meneka) kenapa dia menambah markah aku. Aku geleng, menahan airmata dari tumpah kalau aku bercakap.

“Sebab engkau berani,” Katanya.

Dengan mataku yang berkaca-kaca, hati remuk redam dengan perbuatan Shahrin, aku telan semua pandangan mata rakan-rakan yang ‘sangat bengang’akan aku.

Aku, yang dipersalahkan.

Shahrin yang membuli aku, aku yang dipersalahkan.

Pada hari penutup minggu orientasi fakulti, aku antara yang terpilih untuk berucap. Dan aku dengan rendah diri memilih untuk membuat ucapan bertajuk ‘Berani bercakap benar, walaupun ianya pahit’, antara isi kandungannya ialah permintaan maafku kepada semua senior dan Shahrin.

Permintaan maaf atas kesalahan yang tidak aku lakukan. Betapa ‘suci’. Hah!

Berlaku terdahulu dari itu, apabila senior bertanya (di mahkamah Moot), siapa yang telah ‘mengengkari’ perintah salah seorang senior … aku pantas (bingkas) bangun mengaku, menjawab dengan terang,di hadapan beratus pasang mata:

“Saya!”

Itu bukanlah suatu tindakan berani bagiku. Aku tetap rasa takut.Tapi aku hanya berlaku jujur.

Itu memang aku.

Aku --- tidak pernah kenal erti ‘mengikut arus’.

Bukan kerana aku suka akan kontroversi.
Aku hanya ada pendirian, gaya hidup tersendiri.

Terkadang aku merasa lemas dengan ‘tuduhan’tidak bersuara. Tuduhan seperti itu ‘tidak profesional’. Itu adalah ‘hukuman’ paling kejam dan paling durjana kerana tidak membenarkan pihak yang dituduh membela diri.

Aku (terpaksa) mengambil keputusan berdiam diri.

Biarpun Aaron berpendapat mendiamkan diri bermakna ‘membenarkan’ tuduhan orang. Aku rasa itu adalah lebih baik dari bertikam lidah dengan orang yang merasakan hanya diri mereka sahaja yang benar. Bahaya. Lebih banyak kerosakan akan timbul dari kejernihan. Lalu aku mengikut diamnya bintang … tetap bersinar dan dicemburui orang. Perasan! [eh! Bukankah bintang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri? Lalu bagaimana ia dilihat berkelip-kelip di angkasaraya? Kena tengok NGEO ni …].

Ah! Benar sekali, kalau bercakap (banyak) orang akan benci.

Kerana mungkin apa yang kita cakap itu tidak dipersetujui mereka. Entah. Aku tak faham dan malas hendak mencari jawapan kenapa mereka begitu klise. Begitu tipikal. Latar belakang memanglah tidak sama, tetapi pembacaan dan ilmu sudah hampir sama tarafnya. Hanya (mungkin) mereka tidak jumpa apa yang aku jumpa, tidak faham seperti apa yang aku fahami, --- maka (mungkin) kerana itu mereka memandangku dengan pandangan alien.

Tidak tahu juga kenapa, aku malah berasa sangat terhina berhadapan dengan orang-orang seperti itu. Sepertinya aku ini … tak tahulah.

Tapi aku ingin sekali berkata:

“Yang merasakan diri mereka berada dalam kumpulan terbanyak … yang kata-kata mereka‘dibenarkan’ oleh orang sekeliling – tidak semestinya mereka itu benar.”

Sudah tentu, aku tidak pernah mengatakan aku ini benar. Siapa aku untuk membenarkan dan menidakkan?

Esok-esok, kesedihan (mungkin) tidak akan terpadam.

Mungkin juga akan ada (sedikit) kegembiraan.

Pun, ujian-ujian kecil dari Allah S.W.T. ini buat aku jadi sangat malu kepadaNya --- yang sekecil (ini) tidak dapat aku tangani, apatah lagi kalau dianugerahkan dengan ujian yang lebih besar.

Percaya atau tidak, kata-kata Shahrin ketika menambah markah aku (sumpah aku tak tahu markah tu untuk apa benda --- merit la demerit la) ..

Ya, sekali lagi, kata-kata Shahrin itu …

“Sebab engkau berani.”

Selalu aku kenang, sebagai suatu peristiwa yang hari ini aku anggap amat mempengaruhi tingkah laku aku --- sejak ia diucapkan kepadaku.

Tapi tak ada la jadi azimat.

Banggakah kau Shahrin (tabik, abang senior)?

Rabu, Jun 11, 2008

EFA, Indonesia dan suami

Rabu lah, hari ni!

Hari ini, hendak bercerita tentang Efa.

Bercakap (menulis) tentang Efa, rakanku (kenalan) dari Indonesia, sebenarnya aku teringat akan Natasya, bekas rakan sekuliah. Ada dua orang bekas rakan sekuliahku yang bernama Natasya, dua-dua Indonesian.Dua-dua pun Muslim. Hanya seorang yang bertudung (ini bukan isunya) … yang seorang lagi sangat vogue.

Aku teringatkan Natasya yang bertudung tu … sudah lama aku mencari dia. Kali terakhir bertemunya mestilah di kelas dahulu, aku juga pernah bertemu ibu dan adiknya di apartmentnya ketika mereka datang bercuti. Selepas dari itu, oleh kerana aku bergraduat lebih dulu, kami terputus hubungan. Ketika aku kembali bekerja di UM, aku cuba mencarinya. Tidak jumpa. Telefon tidak dapat. E-mel tidak berjawab.Entahlah, berita terakhir aku dengar, dia bercuti ke Thailand dengan sepupu dan kawannya.

Natasya berasal dari Yogjakarta (Jogja?) … katanya kawasan gempa. Ya Allah! Selamatkanlah Natasya dan keluarganya.
Teringat juga pada saudara (adik) Maulana, rakan seuniversiti adikku yang berasal dari Bandung ---- sanggup mengepos CD Peter Pan dari Indonesia, tanpa mengenakan bayaran malah diberikan sebagai hadiah pula!

Okeh. Efa.

Budak ni (sebaya je dengan aku) pening kepala untuk buat pilihan nak kahwin dengan siapa.

Target dia nak kahwin orang Malaysia dan sudah pun bertunang dengan orang Malaysia keturunan Sabah. Saya rujuknya sebagai – Malaysian G.

Tapi di kampungnya kat Medan, ada seorang mamat warak minat kat dia … malah telah menyimpan rasa cinta itu sejak mereka belum lahir lagi (logik ke tak logik ni?). Saya rujuknya sebagai Indonesian G.

Okey, pro and cont nya macam ni:

Menurut Efa, Malaysian G tidak pernah solat sebab tidak tahu solat dan berfikir untuk solat selepas kahwin.

Menurut Efa, Indonesian G sangat warak, selalu dilihat pergi mengikuti kelas-kelas agama dan mengajar pula orang mengaji.

Kata Efa, Malaysian G selalu beri alasan tidak cukup wang untuk kahwin (ade ke gila, dah 5 tahun bertunang) dan adakala pinjam wang Efa.Malaysian G juga, kata Efa, belum ada rumah tetapi sudah beli kereta.

Indonesian G, kata Efa, sudah ada rumah, dan ada motorsikal … ada tanah ladang!

Efa tanya pendapat aku.

Mula-mula aku jawab, buat solat Isthikarah, minta petunjuk Allah.

Tapi si Efa kata, dia nak jugak kawin orang Malaysia sebab masa depan terjamin di sini, makmur katanya.

Round kedua, aku kata, relekslah … biar Allah yang tentukan … jodoh kan di tangan Tuhan.

Efa terus kata, orang Malaysia beruntung bla-bla-bla.

Aku nak buat tak tahu je, lantaklah kau, kahwinlah dengan Malaysian G tu, mungkin itulah jodoh kau.

Tapi kasihan pulak.

Kataku kepada Efa:

“Jangan memandang rendah bangsa dan negaramu, Efa. Orang Indonesia rata-rata kuat jiwanya, kalau beragama, memang utuh pegangannya. Orang Malaysia … memang ramai yang baik-baik, kalau hendakkan orang Malaysia, carilah yang menunaikan solat.Kalau tidak, kahwin sahajalah Indonesian G itu … selamat dunia akhirat, InsyaAllah.

Efa, Malaysia ini milik Allah, makmur mungkin bukan selama-lamanya. Oleh sebab dah banyak sangat maksiat dalam negara aku ni, bala Tuhan boleh tiba bila-bila masa. Eloklah kau selamatkan diri kau dulu, Efa.”

Entahlah … tak paham aku. Miskin sangat-sangat-sangat ke Indonesia tu sampai rakyatnya nak-nak-nak sangat kahwin dengan lelaki Malaysia, perempuan Malaysia hanya kerana hendak bermastautin di negara kita ini.

Ya, Efa, kau hantar RM800 (tiga juta rupiah?) sebulan kepada keluargamu selama sepuluh tahun sampai kau boleh bina rumah, beli motorsikal untuk keluargamu. Rakyat Malaysia yang gajinya sama dengan gaji kau yang RM 1,200 sebulan tu pun hanya hantar RM200 kepada emak ayah mereka. Aku lagi teruk! Silap-silap haribulan bukan aku yang hantar duit kepada emak ayah aku, tapi, aku minta lagi ada.

Memang masih pusing kepalaku, Efa!
---- eh ... betul kan, hari ini, Rabu? -----

Selasa, Jun 10, 2008

(Usah) Jangan Menyampuk! Bukan kau yang ditanya!

Hari ini hari Selasa, kawan-kawan ...

Sudah seminggu, jam biologi terganggu.Perasaan terganggu, aktiviti harian pun terganggu. Mesti elakkan, tamatkan semua ini!

Namun biarpun tidur lewat, awal pagi mesti terjaga. Bezanya,mata terbuka, otak berputar … badan enggan bangun, masih manja di atas tilam nipis depan TV. Buka TV macam biasa, telinga sekadar mendengar pakar motivasi cerita itu ini, mata merenung siling (selalu ada masalah eja benda ni).

Tangan mencari-cari telefon bimbit, bawah bantal. Jumpa. Tujuh (7) panggilan tidak berjawab. Siapa?

Hendak balas panggilan, ah … tiada IR.Baru hendak bangkit, benda berwarna hitam itu berbunyi.

“So late, ha?”

“Not really. Just silent (ce?) the phone,”

“New activity?”

“Kena report ke?”

“Ha ha. It’s just a bad feeling. Ada demam ke?”

“Sikit,”

“I was busy last week but couldn’t stop thinking about you. Is there anything you hide from me?”

“Yeah right, like you care,”

“Cepatlah, harga minyak dah melambung, takkan nak bazir kredit, kut?”

“Great. Just drop it,”

“I need to know,”

“I am okay down here.”

Bercakap dengan Aaron takkan berhenti di situ. Dulu selalu menahan rasa – melayan sahaja. Sekarang rasa hendak menghempuk telefon pun ada.

Okey, Rose, saya terjemahkan bahasa rojak ke BM untuk perbualan seterusnya.

“Nydia dan kau?”

“Ada perkembangan, kemajuan … ah … jangan cakap pasal tu, boleh?”

“Nak tahu jugak,”

“Dia okey, aku okey. Ada la kita orang lepak, sarapan sama-sama, itu suatu kemajuan kan?”

“Tahniahlah. Sekurang-kurangnya kau dah ada teman,”

“Sukalah tu? Ke, nak menangis?”

“Lebih baik menangisi nasib anak bangsa dan agama, dari menangisi kau,”

“Jadi kau ada menangis, baru-baru ni? Aku macam terasa-rasa,”

“Ada. Hah! Puas hati? Masalah orang dewasa, selesai cara dewasa,itu kan, yang kau nak nasihatkan, sebenarnya?”

“Ke … gaduh dengan pakwe baru?”

“Cuba jangan tanya soalan klise boleh tak?”

“Ala, dah lama tak bertekak dengan kau,”

“Aku penat, boleh tak lain kali sahaja?”

“Tak boleh! Nak tahu jugak … kenapa kau menangis?”

“Okey … aku jumpa, terjumpa tau, bukan nak jumpa, seseorang yang tiba-tiba nak jadi kawan, bukan aku yang ajak tau … lepas tu kami SMSes, telefonses, akhir sekali dia kata ‘Saya mintak maaf. Wassalam’”

“Tak percaya kau nangis pasal tu. Itu bukan kau,”

“Aku nangis sebab letihlah,”

“Takkanlah,”

“Nak percaya atau tak … suka hati,”

“Kau tak menangis pasal aku, kau takkan menangis pasal orang lain juga,”

“Dahlah … dah. Memang aku penat. Ni aku nak pergi kerja. Cakap lain kali.”

“Okey, hanya nak bagi nasihat --- jangan senyap sahaja kalau ada konflik, mesti selesaikan cara orang dewasa. Takkan kau nak biar semua orang salah anggap tentang kau. Pertahankan diri, cakap benda yang patut kau cakap. Jangan kau cakap pasal cuaca, dan politik tapi mengutuk diri sendiri. Jangan berselindung dan bersedih seorang diri. Kau berhak …”

“Berhenti kat sini sahaja … cakap tahun depan sahaja,”

“Susahlah kau ni. Kenapa dengan aku sahaja kau macam ni?”

“Nak pergi kerja, boleh tak?”

“Baik. Aku tunggu sampai tahun depan,”

“Bagus.”

Saya bangun mandi, solat, tapi tak sempat wirid apatah lagi mengaji Al-Quran, bersiap dan pergi kerja.

Jalan kaki lagi.

Jalan kaki. Dan berfikir.

Ah … tahun ini Selangor bukan lagi juara SUKMA. “Padan muka”. Ah … saya kan lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kad pengenalan saya ada –14- di tengahnya.Tapi tetap saya sayangkan Selangor. Dan masih rindukan Ampang juga.

Hmmm … walau hari ini mendung kerana Itali kalah manakala Perancis seri dengan Romania, peduli apa. Aaron CMTSD tu memang suka menyebabkan hari saya tidak berapa best.

[ Aaron, akan tiba hari apabila kebenaran tersingkap. Sungguh saya mendiamkan diri, diam itu kan bintang! ]

... Rose, lamanya tak dengar berita sejak anda menjadi peniagawati ... selamat maju jaya Rose! ...

ya, memanglah hari ini hari Selasa!

Isnin, Jun 09, 2008

Demi masa hadapan

Terima kasih buat rakan lama saya - Mrs L.Y.C dan suaminya Mr. T.
Perbincangan bersama kedua-duanya, ditemani salah seorang anak kecil mereka sangat bermanfaat buat saya.
Lega sedikit dari pelbagai kebimbangan ...meskipun kebimbangan yang sedia ada itu tidak boleh terhapus.

Kata Mr. T, untuk membina generasi yang baik ... KUALITI yang penting bukan KUANTITI.

Dan tentang sesuatu hal itu ... memang, timbul sedikit rasa menyesal. Tapi apabila saya fikirkan, apa yang telah berlaku adalah atas keIzinan dan takdir Allah S.W.T, saya mesti menyakini (meyakinkan diri) bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang baik. Dalam pengetahuanNya.

Entah kenapa (pada ketika itu) saya (tiba-tiba) jadi lupa:

1. Ini Malaysia;
2. Saya orang kecil;
3. Saya makan gaji (sekadar) ...

Pun, saya sangat tahu apa sebenarnya niat saya. Sesungguhnya saya rasa (sangat) kasihan kepada generasi kita yang terhambat dengan pelbagai tanggungjawab terhadap "masa hadapan". Mereka terperuk dan terpengaruh kepada benda-benda kecil yang tidak penting (sudah tentu mereka rasakan benda yang mereka sukai pada masa ini - sangatlah pentingnya) ... selain dari keperluan memiliki segulung ijazah itu.

Ilmu pengetahuan sangat penting demi membentuk generasi masa hadapan yang berkualiti serba serbi, bukan sekadar apa yang ada dalam buku (ilmiah) sahaja. 5-10 minit satu sesi, bukannya banyak pun.

Entahlah ... tiba-tiba rasa kecut pun ada (betul, ini memang betul) ... tidak tahu dari mana datangnya kekuatan pada masa itu, sedangkan saya ini orangnya sangat penakut.

Pada saya, semuanya, segalanya, adalah KetentuanNya semata-mata!

Jumaat, Jun 06, 2008

Tiba-tiba rasa rindu

Tiba-tiba ... rasa rindu akan rumah keluarga di Ampang. Sangat-sangat. Rindu.
Rindu kepada bilik air di rumah Ampang.
Rindu kepada ASTRO (saluran NGEO) di rumah Ampang.
Rindu makan nasik!

Tiba-tiba rindu kepada Mahkamah! Encik Ahmad Talib yang mulakan bertanya sama ada saya pernah mengendalikan kes di Mahkamah ... mestilah pernah! Dan saya sangat rindu.

Saratnya rindu kepada adik-adik ... Tok, dan semua. Kuala Lumpur yang dirindui. Perpustakaan Tan Sri Ahmad Ibrahim, Universiti Malaya yang dirindui.

Rindu akan Tarenjeet.
Rindu akan Aaron (dia bukan ada di KL pun).
Rindu akan Mak Cik Limah dan Aunty Faridah.

Rindu akan Akta-akta, jurnal-jurnal dan CITA-CITA.

Balik KL minggu ini. Ahad ada temujanji dengan rakan lama. Mungkinkah saya akan kembali mengamalkan undang-undang? Ke Mahkamah? Saya belum pernah ke kompleks mahkamah Jalan Duta.

Tinggal dulu KYM, juga Melaka buat dua tiga hari, juga terpaksa menangguhkan rancangan "lunch date" dengan Mr. R.G.

Salam buat semua.

aminahjazilahabubakar

Ini betul-betul, bukan cobaaaannn ... bukan gurauan

Rakan-rakanku sekalian,

Anda sekarang, tutupkan mulut yang terngaga kesan dari kejutan dan tergamaman anda akan naiknya berkali ganda harga minyak itu.

Ya, ya, kita semua hanya jangkakan 30 sen. Tiba-tiba naik 78 sen. Tak apa. Orang putih kata it's (about) time.

Okeh, jatuhkan bahu anda, lepaskan nafas yang anda tahan lebih 24 jam yang lalu dan ikut saranan yang telah disyorkan oleh kerajaan, NGOs dan orang awam.

Jangan layan emosi pembangkang. Kalau mereka menang hari tu, tak semestinya harga minyak tidak naik. Inikan fenomena sedunia.

Saya, telah mulakan ... berjalan kaki ke pejabat sejak dua hari yang lalu. Yalah, sebab rumah sewaan saya dengan kolej tempat saya mengajar hanya 7 minit berjalan kaki, juga 7 minit naik kereta (ada lampu merah
99 saat sebab tu lambat). Maka kalau tidak banyak barang yang yang perlu dibawa, badan sihat, saya memutuskan untuk berjalan kaki sahaja.

Saya tinggalkan kereta dalam jagaan Allah S.W.T. Saya ingin berjimat. Mesti berjimat.

Kiraan bulanan saya begini :

Gaji - dirahsiakan ...
Sewa rumah - RM 500 (duduk seorang, belum cari housemate baru)
Kereta - RM 497 (nasib baik aku tak ambik Vios hari tu)
Petrol - RM 250 (bulan lepas hanyalah RM150)
Api & Air dan Gas Memasak - RM 100
Makan - RM entah, tak tahu nak kira bab makan ni.
MARA - RM 50 (hari tu buat Sarjana menggatal nak pinjam)
Kebajikan - RM 30 (kira zakat lah ni)

Buat masa ini belum pernah beri kepada emak dan ayah lagi, tapi beri pada Tok ... depa tak mintak (baguih punya anak).

Untuk mengurangkan perbelanjaan, saya ingin berkongsi kereta. Rasa-rasanya nak hantar maklumat diri ke ruangan (tak tahu apa) ... ditambahkan dengan iklan:

"Mencari rakan untuk berkongsi kereta ... rumah sewa dan berkongsi hidup"

Ada yang boleh tolong carikan? Kalau boleh secepat mungkin sebab usia saya akan mencecah 31 tahun, 18 Julai ini ... faham-faham jelah.

Saya serius. Yang anda ketawa kenapa?

aminahjazilahabubakar

Rabu, Jun 04, 2008

sekali lagi hariku indah

Menjadi dewasa sangat indah, banyak pengalaman baru yang biarpun sangat perit akan menjadi indah bila di kenang pada suatu masa yang lain.

Indah kerana?

Indah apabila memikirkan bahawa kerja Tuhan Yang Maha Teliti dan Maha Mengetahui itu Sangat Sempurna.
Hikmah terhadap sesuatu kejadian biar baik atau kurang baik hanya akan diketahui kemudian, pasti akan diketahui walaupun mengambil masa 50 tahun lagi.

Dan saya suka memikirkan bahawa sifat memberi dan berkongsi itu bukan kerana kita ada atau mempunyai atau memiliki tetapi kerana tanggungjawab yang Allah S.W.T amanahkan.

Dengan demikian hati akan merasa sangat tenang apabila sesuatu itu hilang kerana pada awalnya ia memang bukan milik kita dan memang tidak ada daripada mula. Ia hanya singgah sekejap.

Salam sayang.

aminahjazilahabubakar