Jumaat, November 25, 2011

de ja vu

hari ini Jumaat, jangan cakap bohong

----------------------------------------

Salam,

Blog, selalu jadi tempat curah perasaan atau diari, bezanya ianya diari yang hendak ditunjuk-tunjuk ----- mungkin.

Tapi blog juga boleh jadi tempat menasihat .....

Nasihat kepada diri sendiri,

diri ini yang tak pernah (belum!) jadi baik ....

macam yang selalu saya suka kata ---- tak perlu percaya saya ----

saya cuma manusia, yang banyak silapnya!!!!!!

tapi kalau saya tak belajar dari kesilapan

itu adalah kesilapan paling bodoh

-------------------------------------------------------------------------

de ja vu ... apabila saya masih menjadi sasaran orang yang masih tak puas hati ... mungkin

tak dapat yang besar, yang kecil pun dijadikan sebab musabab kebencian, mungkin .

tolonglah ...

saya dah tua dan dah malas nak berkontroversi

---------------- tak nak .

--------------------------------------------------------------------------

saya nak hidup lebih aman.

kalau orang tak mahu faham saya pun tak apa, tak perlu pun

saya cuma tak mahu orang anggap saya seorang je yang jahat dalam dunia ni

L, A, M dan ntah sapa-sapa lagi pun jahat juga (hu hu hu ... jangan marah ha)

janganlah tumpukan kepada saya sahaja ....

saya cuma nak happy dan cakap-cakap kuat-kuat dan lupakan apa yang saya cakap itu

hakikatnya saya memang bukan seperti yang anda lihat

saya pernah masuk bilik Datuk S hanya kerana nak hantar nasi dan saja-saja telefon Mr. Pendaftar di masa lapang ketika tiada kelas, awak semua pernah ke?

Ada yang pernah ... tapi ramai yang tak terfikir pun kan nak buat kerja-kerja seperti itu

bukanlah saya suka kontroversi

sebenarnya saya menjadi saya pada masa-masa tertentu ... dan hanya orang yang tertentu sahaja akan tahu itulah diri saya yang sebenar.

---------------------------------------------------

hari ini saya juga menjadi diri saya yang sebenar apabila saya menasihat.

macamlah saya bagus sangat nak menasihat.

saya cuma menegur ... cakap-cakap belakang jangan suka amalkan ... BAHAYA !!!!!!!!!!!

itu sahaja

saya menasihat kerana saya sayang.

betul, benar .... saya sangat sayang.

(kalau saya benci, saya tak akan cakap dengan orang yang saya benci itu)

--------------------------------------------------------

moga-moga saya tidak rugi dengan menuliskannya di sini

--------------------------------------------------------

saya betul-betul sayang.

Rabu, September 07, 2011

mencari kawan yang hilang

-----------------------

Sudah lama saya pendamkan

Memang ramai kawan-kawan saya yang hilang

dan saya juga adalah kawan kepada manusia yang lain - saya juga hilang

di bawa arus kehidupan

------------------------

saya tidak dapat nafikan lagi

saya mencari kawan yang satu ini

anehnya saya mencarinya di alam siber

sedangkan saya takut untuk mencarinya di alam nyata

saya mencari dia

saya mencarinya ... berbekalkan namanya yang unik itu

tapi tak pernah bertemu!

saya hanya mahu melihat dan menyelam alam fikirnya ... kalau-kalaulah dia ada menulis di mana-mana di alam siber ini

tapi tak pernah bertemu ... hatta di face book pun !

atau ... mungkin dia gunakan nama yang lain

------------------------

dan hari ini saya sangat merinduinya

rindukan kemesraannya di saat-saat akhir

kami akan membawa haluan masing-masing

lalu hilang dari pandangan mata

hingga hari ini!

-------------------------

kalau boleh
saya tak mahu kenang lagi

segala kekalutan yang menyebabkan kami berpisah

-------------------------

saya hanya mahu dia di depan mata saya

------------------------

saya hanya mahu dia senyum dan mahu dia memberitahu dia sihat dan bahagia

------------------------

sepertimana saya bahagia

------------------------

sepertimana kami berdua bahagia ketika berkawan rapat

------------------------

di mana dia?

------------------------

di mana dia?

------------------------

ke mana kamu menghilang?

------------------------

kembalilah ke sisi saya, MZN!

------------------------

walau di alam siber ini!

------------------------

rindu ini adalah kerana mengenangkan semua kebaikanmu

bukan kerana mengenangkan perpisahan kita

yang terjadi apabila ...... kita terperangkap dan mahu lari dari kenyataan itu

apabila kita mulai ... saling menyukai atas sebab yang lain

-------------------------

tapi sungguh saya bersyukur MZN, kita hanya kekal sebagai (bekas) kawan (sahabat??) yang rapat ... ya, hanya kawan, mujur!

-------------------------

moga dipanjangkan usia untuk saya bertemu dia

------------------------

Jumaat, Ogos 12, 2011

matluthfi90

matluthfi90 memang ntah apa-apa :-)

hi, salam, saya menulis dari bilik hotel budget yang sempit tapi selesa ... di bandar Seri Is_ _ _ _ a _, Perak, yang tiada dalam peta lama

--------------

(tulis (cakap) gaya matluthfi)

sengetkan kepala, tengok skrin dan edit apa dalam kepala tadi

nak tulis, nak tulis apa ...

huh huh huh ... kembangkan dada, angkat tangan, jatuh tangan buat eksesais jap.

huh huh huh ... nak tulis, kenapa saya asyik ambil idea dan asyik diperkenalkan kepada sesuatu oleh adik saya yang nama aminahhafizah tu.

dia perkenalkan matluthfi90, kepada kakaknya yang gersang (idea), hidup membosankan ...

saya lah tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

banyak benda yang saya tak tahu (iskh iskh)

-----------------

jadi ini iklan supaya matluthfi lebih popular?

atau saya tumpang populariti matluthfi?

-----------------

angkat tangan, jatuh tangan lagi, kembangkan dada, cari idea nak merapu ....

-----------------

kenapa saya di sini ... bersama darling (besar) saya yang sedang tidur lagi

mana darling (kecil) saya si ammar, yang rambut bulat-bulat (kerinting) macam mak dia (sayalah tu)

sedang berbulan madukah saya .... hehehe

-------------------

cian anak mak kena tinggal kat Ampang dengan ninda dan tok wan, dan ahjuma dan ahjassi semua

mak kena berada di sisi ayah ( da da ) untuk menemaninya melawat para pelajar kami yang sedang berpraktikum di sini (negeri ini)

------------------------

ingat tak ammar pun ikut ayah kelmarin ... kita pergi Palong 15 (bukan polong!!!), Bahau, Kuala Pilah, Sogo (KL) ... yang paling kita tak suka pasal KL (hometown mak) .... jammed!!!!!!!! oppssss ... kita juga pergi Kajang kan adik ammar ... lepas tu memecut dengan lajunya ke KL melalui LEKAS (eh, silap, dari Negeri Sembilan, kita ke Kajang ikut LEKAS).

PANAS nya dalam kereta kan ammar ... mak terbatuk-batuk keras, kahak banyak keluar, kena serang asthma ringan dan hampir bukak puasa (alhamdullillah, berjaya puasa sampai maghrib).

ammar je yang nyot nyot chooot susu ...tak malu, tak pose!

-------------------------

itu aje laporannya ... asyik-asyik cerita pasal aktiviti diri sendiri

macam nak dapat perhatian orang (oh, dia buat ni, buat tu)

-------------------------

sebenarnya ada juga isu yang saya nak bincangkan ... terfikir fasal ... life is short, must do whatever I wanted to do!

menemankan suami melawat pelajar praktikum bukanlah pilihan (kehendak) utama. bukan nak tidur hotel free, kolej bayar. memang saya pun pernah mengajar all those students. They were excited to see me accompany my husband, or they were frustrated seeing me menyibuk? maklumlah suami saya lecturer handsome ...alamak!

-------------------------

anyway ... good luck to dear Umathevee, Kalaivani, Hafazah, Abiramee, Sivabalan, Chandrakala, Kalakuppa, Azzah Sarafina, Norfarizan Natasya for your practicum ... do your best! juga kepada para pelajar lain yang kami tidak lawati di tempat mereka menjalani praktikum ... selamat maju jaya, kerja elok-elok, jaga nama kolej dan of course kena jaga air muka this cute lecturer, whom sarcasticly thought you all how to handle student's life at KAYM!

------------------------

isunya , ya le, apa sebenarnya yang nak disuarakan ?

I was their favorite lecturer lah ... still am. Kalaivani sampai peluk-peluk saya sebelum berpisah ... sebelum tu dia kata
' saya nak sambung Master dan mengajar macam Puan' aha .. kenapa dia tak sebut ' ....macam Sir (suami saya)' ???? mungkin sebab suami saya tak ajar dia?

Siva pun ada sebut nak jadi pensyarah ... (ade ke dia sebut nak jadi pensyarah macam saya? mungkin ada kot)

--------------------------

pensyarah macam apa saya ni? saya kan selalu sarcastic ...

suka cakap macam ni dalam kelas ' assignment awak semua, jangan nak letak plastik cover, nanti luka tangan saya, pastu muka depan A4 putih sahaja, tak payah binding, staple saja kat hujung. Senangkan kerja saya ... tak payah nak buka plastik, buka binding, asingkan kertas warna ... saya nak jual kertas tu lepas dua (2) semester. itu sahajalah nilai kerja awak'

yang suka saya, suka lah ...

yang tak suka saya mungkin anggap saya arrogant atau tak cukup makan, kertas tugasan pelajar pun nak jual kat recycle ....

habis nak buat apa? lepas dua semester takde sapa nak review balik kerja depa yang copying, cut and paste je tu!!! menyemak kat office ... tahu!

oh ... I yang ajar depa copying ... hmmmm ...nak bagi markah lebih, just where is the discipline in academic research? opppsss ...maybe I underate them ... maybe ????
---------------------------------

love my students ... love them all

--------------------------------

huhuhu ... dear Datuk Ceo yang dirahmati Allah, memang saya pernah datuk anugerahkan surat (surat rahsia) ... tapi ... tahu tak saya ni lecturer yang valuable ... with my field expertise (oho ho)... my willingness to accept just some fair payment ... my commitment is towards my students ... they are what I am. just .... value me ... as I am. not as ... you know ... I hate exploring net while in the office ... but I have to! not now, I just wrote that I am now at the budget hotel, yeah, you approved more than the budget hotel rate , but we are comfortable here .... just nak tido je pun, esok nak kerja, bukan bercuti!

Ampun Datuk CEO, saya memang suka bergurau sinis ... ampun, takut gak tak dapat duit raya :-)

--------------------------------

selamat berpuasa dan berbuka puasa kepada warga KAYM ...

........................................................

TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua warga KAYM yang sudi menghulurkan derma kepada anak saya pada ketika anak saya menjalani pembedahan menutup lubang-lubang di jantungnya. Alhamdullillah his recovery is one of the fastest ... hopefully he will do fine, his surgeon will review his heart condition post operation on the 26th August, doakan semuanya perfect! Many thanks again, tak dapat nak balas jasa semua!!!

---------------------------------

miss my son already .... rambut bulat-bulat ...


--------------------------


Isnin, Julai 18, 2011

selamat kembali (ke rumah kita) Ammar

18/7/2011

-------------------

Hari ini hari lahir saya.
Sabtu lalu Ammar (anak saya) selesai menjalani rawatan selepas pembedahan menutup lubang di jantungnya.
Hadiah hari lahir? Mungkin (InsyaAllah).
Tetapi, rawatan susulan adalah wajib.

Saya terkenang kepada Najhan dan Najwa yang masih ditahan di PICU. Kedua-dua anak itu memasuki dewan bedah pagi pagi hari Selasa 12/7 yang lalu.

Hari ini suami berurusan tentang bayaran pembedahan anak (di unit taksiran), saya berpesan kepadanya agar melawat (cuba mencari) ibu bapa kepada anak-anak itu. Untuk menjadi telinga yang mendengar, untuk menjadi mulut yang memuntahkan kata-kata motivasi. Bukan kata-kata 'kesian (kasihan)'

Ammar adalah pesakit unik, hampir semua jururawat wad Melor tahu Ammar paling sukar didekati dan kerana itu Ammar digelar 'budak trauma'. Tidak boleh lihat manusia berbaju biru, pasti dia akan 'cuba' melarikan diri (tak pernah berjaya pun).

Setakat hari ini, Alhamdullillah, pembedahan Ammar berjaya. Keputusan muktamadnya akan diketahui dalam masa 6 minggu lagi. Jadi, kami belum terlepas dari rasa bimbang.

Lupakan itu dulu.

Saya hanya ingin memberi hadiah kepada diri saya sendiri :-)

Ini hadiahnya - mencari ruang untuk menulis sedikit luahan hati.

--------------------------------------------------------------------------

Luahan hati besday mommy ....

... Ammar, mak ingin bercerita. Cerita tentang pengorbanan mak membawamu ke tempat itu, Institut Jantung Negara. Mak hendak kau menjadi seperti kakak Husna, yang kuat semangat juangnya. Jadi mak relakan kau dibuka jantungmu, disiram jantung dan hatimu dengan air zamzam. Dengan izin Allah kau bangun tiga jam selepas dibedah, tidak lagi bergantung kepada mesin pernafasan mulai sebelah petangnya, esoknya kau dipindahkan ke High Dependancy Unit dan sehari selepas itu ke wad biasa. Lima hari selepas dibedah, kau dibebaskan dari IJN.

Suatu hari, tengahari, mak mengunjungi adik Najhan di PICU. Mak cuba memberi semangat kepada adik Najhan dan ibu bapanya. Mak juga senyum kepada ayah dan ibu Najwa, memberikan isyarat bahawa mereka akan bernasib baik juga, cuma memakan sedikit lagi masa.
Ayah Najwa sudah sebulan tidak ke pejabatnya. IJN jadi rumah kedua. Macam kita juga.

Mak menunggu ibu Najhan menyerahkan pas di bilik menunggu. Sambil-sambil itu mak menghabiskan masa dengan menelefon kawan-kawan mak di pejabat bertanyakan situasi semasa.

Selama mak bekerja, belum pernah mak lupakan tanggungjawab terhadap kerja. Tetapi anak mak akan dibedah, jadi mak mengetepikan seketika semua soal kerja. Semua. Fokus mak adalah dirimu.

9/7/2011 (Sabtu) dijadualkan ada satu perhimpunan 'haram' akan berlaku. Ammar, kau dijadualkan untuk dimasukkan ke wad IJN untuk pemerhatian sebelum pembedahan pada tarikh itu.

Jadi keluarga mak dan kawan-kawan yang prihatin menasihatkan mak dan ayah membawamu ke Kuala Lumpur lebih awal. Ada yang mencadangkan kami bertolak awal pagi Jumaat.

Tetapi kami mengambil keputusan bertolak selepas solat Jumaat, 8/7/2011. Bagaimanapun kita tetap terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehinggakan kita tiba di Ampang jam 10 malam!

..... bersambung nanti ........

Ahad, Julai 03, 2011

Perabot lawan kicap

Pengguna : Perabot dan kicap, eh lawan kicap
-----------------------------------------------

Berapa botol kicap sebulan yang emak saya beli masa membesarkan semua anaknya dulu?
Dua botol kicap, botol yang besar, terbesar.

Faktor pembelian kicap : anak-anak memang suka makan kicap.

Jenama : sepuluh tahun pertama : TM
tempoh belian : seperti di atas (dua botol besar sebulan)

sepuluh tahun berikut (sampai sekarang) : KU
tempoh belian : juga seperti di atas (dua botol besar sebulan, sekarang tinggal 1 botol)

Jadi adakah permintaan kicap TM merudum disebabkan pertukaran citarasa pengguna?
Kalau setakat satu isi rumah, tidak.

Tapi kalau memang ramai pelanggan bertukar ke jenama yang banyak diiklankan maka jualan syarikat TM akan merudum. Itu faktor utama.

Apa kena mengena dengan perabot?

Oh, mak saya beli perabot (ambil satu jenis - set ruang tamu - sofa, meja makan) - lima atau enam tahun sekali baru tukar.

Memang harga perabot jauh lebih mahal dari kicap, tapi, persaingannya sengit macam kicap juga. Pengusaha (usahawan) perabot rotan keluarkan sepuluh set premium set ruang tamu sebulan, harga RM3,000 satu set, tapi nak jual satu set makan masa seminggu hingga sebulan.

Bersaing pula dengan penjual perabot terpakai - set kerusi sofa rotan dijual RM1,500 satu set bagi jenis yang sama.

Hampir semua kedai perabot di Melaka, pada bulan nak dekat raya (pelbagai jenis raya), akan buat jualan murah.

Sesetengah kedai boleh pulangkan balik deposit.

Sesetengah kedai tak kenakan caj penghantaran barang.

Isnin, Mei 16, 2011

kisah luar biasa di hari ibu

Hari ini 16 Mei, hari guru ... kami pensyarah pun menumpang sama ...

---------------------------------

"Oh anak, sentuhan ajaibmu ibumu perlu"

Saya menulis ini bukan sebab hendak memberitahu.
Saya menulis sebab blurrrr.

Saya lahir di ibu kota, mungkin boleh berdikari sebab emak saya bekerja tetapi banyak manja sebab apabila adik-adik perempuan sudah dewasa mereka banyak 'cover' tugas saya sebagai anak sulung. Senang cerita kerja rumah dan tanggungjawab jaga mak ayah semua adik-adik 'rampas'. Saya suka.

Itu dalam keluarga saya besar sendiri.

Keluarga besar sebelah suami ... semuanya anak lelaki. Dua duduk KL.

Sekarang mak mertua sakit, mungkin kritikal. Barah, kata doktor, stage 4. Itu kata doktor.

Nahhhh. Siapa perlu jaga?

Saya satu-satunya menantu perempuan (yang manja, tak tahu buat kerja) ... saya dan suami sahaja yang tinggal di Melaka.

Selama tiga (3) minggu ini berulang alik ke hospital setiap hari. Tiap-tiap hari.

Semalam, mak mertua sudah tidak boleh jalan ke bilik air.

Buang air di atas katil, mandi pun atas katil.

Mula-mula jururawat tolong buat sebab kebetulan saya tiada di situ, lepas tu saudara terdekat mak mertua tolong.

Pagi ini, saya. Giliran saya menolong mak mertua buang air pakai bekas khas, lapkan badannya dan bedakkan dia, pakaikan baju. Terlupa bawa sikat, saya sikat rambutnya pakai tangan saya sendiri.

Saya tidak pernah buat kepada emak sendiri (kecuali cium-cium dan urut mak serta buat facial untuk mak, untuk bermanja.

Saya ulang : saya tak pernah buat untuk ibu saya sendiri.

[ eh kena pada tajuknya tak?]

------------------------------------------

Duit anak-anak mak mertua dan saudara mara berkepuk datang, saya bukan kata mereka hanya tahu bagi duit, tapi ... duit itu tak sama dengan sentuhan anak-anak

-------------------------------------------

saya sebak, sangat.

-------------------------------------------

moga ibu mertuaku dapat disembuhkan, amin!

hari ini memang hari guru.

Sabtu, Mac 19, 2011

alor bintang

jalan-mengikut-suami-kerja-ke-kedah

Ini untuk Lia yang suka baca blog orang (eh, dia ada blog sendiri tak?)

Hari ini di Alor Star. Alor Bintang.

Baru je nak tulis, ada orang ajak jalan-jalan-Plaza Sentosa-tengok telefon bimbit-Pekan Rabu-beli?-apa nak beli?

Hmmmmm, sebenarnya, nak tulis, malam ni InsyaAllah akan makan malam bersama emak ayah serta keluarga kecil kami bertiga di restoran berputar Menara Alor Bintang.

Kelakarnya, Menara Kuala Lumpur aku tak pernah naik pun waima aku orang Ampang-Selangor-lahir-KL.

Teringat kat Afni yang berjalan sakan sementara belum ada anak.

Syukur Alhamdullillah, perjalanan ini dipermudahkan Allah, moga-moga dapat kembali bekerja lebih kuat dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Ketika menulis ini, dengar bunyi kapal terbang atas kepala bukan main kuat, maklum je kawasan Mentalon Kedah ni 10 minit sahaja dari lapangan terbang.

Tata Lia. Salam buat semua juga.

Luv you :-)