Isnin, Jun 09, 2008

Demi masa hadapan

Terima kasih buat rakan lama saya - Mrs L.Y.C dan suaminya Mr. T.
Perbincangan bersama kedua-duanya, ditemani salah seorang anak kecil mereka sangat bermanfaat buat saya.
Lega sedikit dari pelbagai kebimbangan ...meskipun kebimbangan yang sedia ada itu tidak boleh terhapus.

Kata Mr. T, untuk membina generasi yang baik ... KUALITI yang penting bukan KUANTITI.

Dan tentang sesuatu hal itu ... memang, timbul sedikit rasa menyesal. Tapi apabila saya fikirkan, apa yang telah berlaku adalah atas keIzinan dan takdir Allah S.W.T, saya mesti menyakini (meyakinkan diri) bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang baik. Dalam pengetahuanNya.

Entah kenapa (pada ketika itu) saya (tiba-tiba) jadi lupa:

1. Ini Malaysia;
2. Saya orang kecil;
3. Saya makan gaji (sekadar) ...

Pun, saya sangat tahu apa sebenarnya niat saya. Sesungguhnya saya rasa (sangat) kasihan kepada generasi kita yang terhambat dengan pelbagai tanggungjawab terhadap "masa hadapan". Mereka terperuk dan terpengaruh kepada benda-benda kecil yang tidak penting (sudah tentu mereka rasakan benda yang mereka sukai pada masa ini - sangatlah pentingnya) ... selain dari keperluan memiliki segulung ijazah itu.

Ilmu pengetahuan sangat penting demi membentuk generasi masa hadapan yang berkualiti serba serbi, bukan sekadar apa yang ada dalam buku (ilmiah) sahaja. 5-10 minit satu sesi, bukannya banyak pun.

Entahlah ... tiba-tiba rasa kecut pun ada (betul, ini memang betul) ... tidak tahu dari mana datangnya kekuatan pada masa itu, sedangkan saya ini orangnya sangat penakut.

Pada saya, semuanya, segalanya, adalah KetentuanNya semata-mata!