Selasa, Julai 06, 2010

menulis kisah lalu? terkini?

Hari ini saya teringin menulis banyak perkara; dari apa yang tertulis di bawah nantinya

Dan kebetulan dianugerahkan masa

Setelah tidur 4 jam terus menerus, satu jangkamasa tidur terpanjang yang pernah diperoleh sejak ada anak ... tenaga untuk menulis ada, InsyaAllah.

-------------------------

Facebook: tiada apa yang terlalu menarik saya ke arahnya sebab saya tak banyak gambar nak disumbatkan ke situ.

Masa jua sangat-sangat kurang mengizinkan

-------------------------

Anak : pinjaman dari Allah, ketika menulis ini semua tumpuan fikiran dan hati ada pada Ammar, ibu pertama kali, memang fanatik kepada anaknya

-------------------------

Suami : juga pinjaman dari Allah, betapa saya merasakan kasih tulusnya kepada saya dan anak, setelah lebih setahun berkahwin, maksud saya, ini kali pertama si dia menunjukkannya dengan jelas.

Suami buat surprise datang menjenguk saya ketika berpantang di rumah keluarga saya walaupun tidak pernah berjanji untuk menjenguk (kecuali ketika ambil untuk pulang ke rumah di Melaka nanti)

Ini kejutan paling manis dalam hidup

--------------------------

Rakan 'sehati' : Lina Rahim. Saya mahu bertemunya dan mencubit pipinya --- tak tahu kenapa
Rindu mahu keluar makan-makan dengannya
--------------------------

Rakan sekerja : Nurhafizawaty. Saya mahu berkongsi perasaan menjadi ibu dengannya

--------------------------

Adik-adik : terima kasih kerana terus membantu kakakmu ini, terima kasih banyak

--------------------------

Harapan : semoga sihat dan kuat untuk menjalani kehidupan dan beribadah kepadaNya, InsyaAllah

--------------------------

Anak telah menangis lapar. Setakat ini dahulu.

---------------------------

Salam :-)

Jumaat, Jun 25, 2010

Align CenterBuah hati kami : pada usia : 24 hari

Selasa, Jun 22, 2010

'Beranak' itu sakit, tahu!

Salam sayang buat semua

-----------------

subjek hari ini : melahirkan anak sangat menyakitkan bagi saya

mari saya tegaskan : sakit tau, melahirkan manusia ke dunia

bagi yang telah merasa, tentu bersetuju kalaupun tidak 100%

selepas melahirkan walaupun ada kelegaan dan kebahagiaan, tetapi masih banyak 'penderitaan' yang mesti ditempuhi

bezanya : ada yang ambil positif, ada yang menerimanya secara negatif

orang yang tidak merasa mungkin berkata : ah -- biasalah tu, kan itu tugas perempuan (kalau sampai saya dengar dari mulut yang berkata sendiri, saya akan tampar mukanya ketika itu juga)

setelah melahirkan anak, saya akui saya tidak lagi pandang remeh tugas perempuan
apatah lagi tarafnya! Ingat!

apa yang sakit?

fizikal sudah tentu.
emosi --- sikit.

ketika bertarung dengan kesakitan melahirkan, saya sempat berfikir, kalau begini sakit melahirkan, sakit mati bagaimana? saya hanya fikirkan bagaimana keadaannya ketika saya menghadapi sakaratul maut kelak. Terdayakah saya mengeluarkan bunyi seperti yang saya buat ketika beranak?

Ramai yang bercerita (memberitahu), kebanyakan perempuan Islam (Melayu) apabila melahirkan anak --- tidak membuat bunyi bising.

Tidak berlaku kepada saya, maksud saya, saya bising ketika melahirkan, saya tidak menjerit, saya hanya minta tolong dan marahkan doktor.

Saya berulangkali minta diberikan ubat penahan sakit.

Kata doktor, saya tidak boleh diberikan ubat penahan sakit kerana jantung anak saya lemah.

Doktor dan jururawat memberikan masa 5 jam lagi untuk saya menunggu sehingga bukaan rahim 10 cm.

Jangkaan mereka sangat tersasar.

Hanya 5 minit selepas membuat jangkaan, mereka telah menyambut anak lelaki saya ke dunia ini!

Anak lelaki saya lahir dengan bukaan rahim 5 cm sahaja. Saya tidak tahu sama ada doktor ada menggunting sedikit faraj saya. Yang saya tahu, sebaik sahaja air ketuban dipecahkan, kepala bayi pun sudah nampak sebelum saya diminta meneran. Dua kali teran, badan anak saya terus keluar, kata jururawat, semuanya berlaku begitu pantas.

Dan doktor yang merawat saya menggelarkan saya : 'kakak yang cepat'.

Cepat melahirkan. Hampir-hampir mereka tidak dapat bersedia untuk menyambut bayi saya.

Bayi saya dan suami. Permata hati kami berdua dilahirkan jam 2.50 petang hari Sabtu, 29 Mei, 2010.

Saya rasa 'berat' di bahagian bawah perut lebih kurang jam 11.30 pagi hari Sabtu itu.

Saya sama sekali tidak menjangka akan bersalin pada hari itu memandangkan tiada tanda turun darah atau air atau sakit.

Saya masak nasi goreng dan sediakan bahan masakan untuk tengahari.

Jam 12 tengahari, perut sakit tiba-tiba. Saya sempat makan nasi goreng.

Sakitnya datang 3 minit sekali. Kuat sekali kontraksi yang datang.

Saya beritahu suami tentang keadaan diri. Suami cuba menenangkan tetapi sakitnya makin kuat membuat kami ambil keputusan ke hospital

Sempat saya mandi dalam keadaan kesakitan yang amat.

Jam 12.45 petang kami sudah menuju ke hospital. Kesakitan makin terasa.

Jam 1.15 petang, saya telah di bawa ke ruang pemeriksaan kamar bersalin dengan dipasangkan mesin mengira denyut jantung dan kekuatan kontraksi.

Bukaan ketika itu 3 cm sahaja. Jam 1.45 petang bukaan menjadi 4 cm.

Apabila tiba-tiba bukaan menjadi 5 cm, saya diminta segera menukar baju dan diberikan ubat mengeluarkan najis.

Di dalam bilik air, saya menahan kesakitan yang amat sehingga saya mencakar peha kiri saya sekuat-kuat hati.

Keadaan diri yang sudah menggigil teruk menyebabkan saya di bawa ke kamar bersalin, saya ditempatkan di kamar bersalin 7.

Walaupun ada jam yang besar di bilik itu, saya telah tidak dapat sedar waktu dengan tepat. Saya hanya tumpukan kepada kesakitan dan bacaan-bacaan doa. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Saya merayu kepada semua petugas yang menjenguk saya agar diberikan ubat penahan sakit. Malangnya tidak dipenuhi kerana jantung anak diberitakan lemah.

Lima minit sebelum kelahiran bayi, sempat saya menelefon emak saya meminta emak melakukan solat hajat memohon keselamatan saya dan bayi.

Oleh kerana saya asyik meminta ubat penahan sakit, doktor yang kebetulan lalu di kamar itu memeriksa saya. Dr. Hamzah, kalau tidak silap saya.

Kata beliau, bukaan masih kecil dan rahim masih tebal tapi nampaknya kepala bayi sudah betul-betul di bawah.

Doktor meminta jururawat memanggil petugas lain.

Sebaik sahaja kumpulan petugas tiba, doktor memecahkan air ketuban. Sebetulnya ketika ini saya tidak nampak apa-apa lagi kecuali bintang-bintang.

Akhirnya di tengah keriuhan kamar bersalin itu, saya berjaya meneran bayi saya keluar.

Alhamdullillah!!!!

Sakitnya tidak terucap : sakit tau!!!!!

Anak itu diletakkan di dada saya, saya diminta mengesahkan jantina bayi.

Beberapa minit selepas proses menjahit tempat keluar bayi itu selesai, bayi lelaki saya dibawa masuk --- saya diberitahu bayi itu yang kini dinamakan Ammar dilahirkan dengan berat 2.5 kg sahaja.

Terus saya bertanya kepada doktor : sihatkah bayi saya walaupun kecil?

Doktor menjawab, setakat itu bayi saya tiada masalah.

Syukur ya Allah!

Demikian sebahagian kisah kelahiran putera sulungku dan suami.

-----------------------------------------------------------------------

Ketika ini, saya melarikan diri sekejap dari situasi --- anak dan berpantang

Betullah kata orang yang baru ada keluarga sendiri --- semua akan jadi lain, berbeza. Terutama bila si kecil muncul dalam hidup

Kelainan pertama bagi saya ialah : saya tidak berpeluang membaca semula apa yang saya tulis atau fikirkan perkara lampau

sekarang saya mesti fikir ke depan, dan apa yang telah saya tulis di blog ini atau mana-mana tempat lain sama ada ia mungkin akan terbengkalai atau dilupakan terus

saya akui saya akan jadi lain : lebih berterus terang dan tepat pada maksud

sebabnya : masa mungkin tidak akan mengizinkan

Jadi masa untuk 'editing' tidak banyak seperti dulu

semua kepentingan hidup mesti dirombak semula tiada dakwa dakwi lagi

jika saya menjadi manusia yang tidak bertapis-tapis dalam hidup dan tidak nampak baik seperti dahulu --- maafkanlah saya.

jika saya mengetepikan anda dan mengabaikan sesetengah perkara yang dulu saya boleh beri perhatian walau ia tak berapa penting, harap difahami

tetapi tersemat dalam hati ini benda yang penting yang perlu disiapkan --- cita-cita menulis sesuatu yang baik, telah ada suatu subjek yang menjadi perhatian. Kini setelah 24 hari berpantang, barulah keinginan itu datang semula.

[anak menangis. kadangkala sebab basah atau takut ditinggal keseorangan, saya telah beri ia minum tak sampai 30 minit yang lalu --- tiba-tiba bayi saya diam, mungkin emak saya telah menepuknya perlahan-lahan. Bolehlah saya terus di pejabat kecil adik saya ini beberapa waktu lagi]

Saya mesti kembali ke dunia nyata. Sebentar lagi mesti bertungku, memakai bengkung dan duduk menunggu anak minta menyusu.

Inilah kerjaya saya sekarang.

Tetapi gambaran kamar bersalin itu masih tidak hilang. Kesakitan melahirkan tetap diingati.

-----------------

Jumpa lagi nanti :-)

Ahad, Jun 20, 2010

lagi kisah benar : asthma : serangan yang tidak dapat dilupakan

anak saya tidur semula ... saya 'lari' kejap ke sini

-------------

BAHAGIAN AKHIR : Serangan Asthma


tiba di jabatan kecemasan, telah menunggu pegawai yang berkenaan , jiran kepada mak cik Misah, dulunya jiran saya jua, tapi al maklum, saya tidak mengenali beliau dan anak-anak buah beliau yang tinggal berhadapan dengan rumah sewa saya dulu ... semuanya lelaki, jadi memang tak pernah berkomunikasi dengan mereka.

Tetapi beberapa kali ke jabatan kecemasan, mereka ada menegur saya. Rupanya pemuda-pemuda yang baik hati tu cam wajah saya dan tahu saya pandu kereta apa, sedangkan saya memang susah nak cam mereka. Maafkanlah 'kesombongan' saya, ya, Tuan-tuan semua.

Hakikatnya mereka lah yang membantu saya dan memudahkan urusan saya di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

Terima kasih, terima kasih daun keladi.

Sebaik tiba di jabatan kecemasan, terus saya di bawa ke asthma bay, dengan kerusi roda.

Saya dipertemukan dengan doktor-doktor muda yang baik-baik belaka. Mereka juga mendaftarkan saya, tak perlu saya menunggu untuk membuat pendaftaran.

Terus saya diberikan bekalan oksigen.

Di ringkaskan cerita, empat kali saya diberikan gas ... dua kali cucuk ubat, dari jam 3.10 petang hingga jam 5.45 petang, mak cik misah yang baik budi menunggu saya di asthma bay.

Doktor yang merawat menunjukkan sikap prihatin yang tinggi malah menyatakan kerisauan dan kehairanan kerana setelah beberapa kali cubaan diberikan oksigen, saya masih tidak pulih.

Sepanjang rawatan, saya memaklumkan keadaan saya kepada suami yang sedang berkursus tetapi saya menyakinkan suami bahawa saya okey. Saya minta suami mendoakan keselamatan saya dan bayi.

Namun hati saya sangat bimbang dengan situasi janin yang kurang bergerak ... cukupkah oksigen untuk janin saya?

Sudah sampai ke minggu-minggu terakhir kehamilan, saya sangat sayangkan janin ini. Saya tidak sanggup kehilangannya. Namun saya pasrah.

Sesudah beberapa kali rawatan, saya masih belum pulih, dada masih terasa ketat. Kesukaran bernafas, masih lagi terasa.

Jam 6 petang keputusan di buat oleh doktor pakar. Saya dimasukkan ke wad perubatan untuk pemantauan.

Adik-adik saya tiba jam 6.15 petang, Fizah menguruskan kemasukan saya ke wad.

Mak cik Misah pun pulang. Terima kasih atas pertolongan mak cik sekeluarga!

Saya dibawa ke wad perubatan dengan ambulans.

Encik K, jiran makcik Misah yang baik budi itu menunggu sehingga saya dinaikkan ke ambulans, saya mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum berpisah di jabatan kecemasan. Ambulans membawa saya dan beberapa pesakit lain wad-wad di bangunan lain.

Saya juga ditolak ke katil dengan kerusi roda. Saya memang langsung tak berupaya bergerak sendiri. Bergerak selangkah pun amat menyeksakan, menyesakkan dada saya.

Untuk ke bilik air pun, anak kepada jiran katil sebelah yang tolong menghantar dengan menolak kerusi roda saya. Terima kasih, kak!

Dua malam saya di hospital, mengalir lagi airmata saya kerana bimbangkan janin saya dan rindukan suami!

Pemantauan oleh doktor-doktor dan doktor pakar sangat baik, saya diajar menggunakan pam asthma dan dirawat menggunakan nebulizer.

Pun begitu .... "acara" pengambilan darah ketika dimasukkan ke wad buat kali itu sangat menyeksakan!

Terima kasih kepada doktor-doktor semua dan adik-adik pelatih jururawat terutamanya si lelaki yang comel tu. Hahahah! Budak kecik je, tapi sangat prihatin dan berpengetahuan tinggi terutamanya dalam bab mengikat langsir.

Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia kolej tempat saya bekerja, Datin Noraini yang melawat saya di wad.

Buat suami yang terus melayani saya dengan baik sepanjang saya sakit, mama kagum dengan pengorbanan dan kesabaran abang. Dikaulah suami mithali :-)

Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan, saya pulih dengan perlahan-lahan dan boleh menjalani kehidupan dan kandungan saya dengan baik selepas itu.

Terima kasih, As-Syakur Ya Allah!

------------------------------------------------------------------

[ Ammar masih diam ... barangkali memahami mamanya 'sibuk' :-) ]







sambungan kisah benar : terselamat ...

bayiku sedang tidur ...

-----------------------

Kisah Asthma

... Mak cik Misah sekeluarga telah sampai ... pak cik, Along dan Haziq.
Saya sangat bersyukur dan rasa sedikit lega namun sebenarnya asma saya makin teruk
hampir-hampir sahaja tidak boleh bercakap
tetapi kerana menghormati orang yang datang membantu, saya gagahkan diri berbual-bual sepanjang perjalanan mendapatkan rawatan ... pada mulanya saya bercadang ke klinik swasta tapi mak cik Misah mencadangkan saya ke hospital sahaja kerana lebih baik rawatannya
lagi pula saya mengandung dan kes berpelekat merah pula tu

Mak cik Misah menghubungi jirannya yang bekerja di jabatan kecemasan ... kebetulan jirannya itu baru sahaja masuk kerja pada petang kejadian

rezeki saya ... semuanya dipermudahkan Allah ... saya mengucap syukur dalam hati sebanyak-banyaknya!

[anak merengek ... memanggil susunya datang]
---------------



Khamis, Mei 06, 2010

Tuhan selamatkan nyawaku dan bayiku

sambungan ... saya dan benda itu

--------------------------------------

balik dari menghantar suami ... beli sarapan ...
sampai di rumah, basuh pakaian dan kemas-kemas rumah
Tiap-tiap langkah serasa seksa, simptom penat yang bersangatan
helaaan nafas jadi tersangat pendek dan tidak cukup masuk ke paru-paru

Duduk sebentar dan terasa cukup mengantuk kerana oksigen telah sangat kurang ... tertidur
Apabila terjaga kerana lapar dan anak dalam perut menendang-nendangku, barulah tersedar bahawa kepenatan yang teruk itu berpanjangan tidak hilang-hilang

Jam 11 pagi, penat makin terasa ... dalam hati masih berharap sebenatar lagi keadaan akan berubah
Jadi saya bawa tengok TV, mendengar lagu dari laptop dan cuba-cuba menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan akhir bagi sesi April

Jam 12 tengahari, kecungapan masih teruk walaupun tidak bergerak langsung

12.30 tengahari : Telefon emak maklumkan keadaan diri, minta emak doakan keselamatan anaknya ini dan bayi dalam kandungan

Cuba duduk, cuba baring, semuanya serba tidak kena ... sedikit selesa jika menundukkan kepala ketika duduk tetapi bayi terasa menendang kerana dia tesepit

Jam 1.30 : Makin panik, berdoa agar adik-adik segera sampai ... nampaknya mereka belum bertolak dari KL lagi --- telah berpesan kepada adik agar membawa madu lebah

Dalam keadaan tertekan dan cemas, saya sms kawan baik -- minta dia bawakan saya ke klinik SEGERA

Kawan agak lambat membalas sms ---

Jam 2.00 : emak telefon maklumkan telah memnta tolong jiran dari kawasan kejiranan lama saya di Taman Indah untuk membawa saya ke hospital

Jam 2.15 : Kawan sms --- dia sedang menjaga peperiksaan tetapi akan segera datang dengan menyerahkan tugasnya kepada kawan yang lain

Jam 2.30 --- pandangan saya jadi gelap --- saat ini saya telah mengucap dua kalimah syahadah, saya bersedia menghadapi kemungkinan pengsan atau terus menghadap Ilahi ... langsung tidak terasa seperti bernafas, udara sangat sedikit dapat dihembuskan keluar --- ini simptom bahaya

Saya hanya mampu merayu kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa saya ... saya berasa tiada harapan lagi

Jam 2.45 --- sayup-sayup saya dengar suara orang memberikan salam ....

----------------------------------------------------

bersambung lagi ....

Rabu, Mei 05, 2010

Simptom-simptom yang terlupakan

saya dan benda itu

---------------------------------------------------

Jangan ambil mudah jika anda mendapati anda sesak nafas ... penat berpanjangan dan sakit dada
Mungkin anda bakal diserang penyakit jantung atau asthma
Setelah lebih 10 tahun tidak mengalami serangan asthma ... saya terlupa akan simptom-simptom awalnya ...

Dua jam selepas serangan, jika anda tidak segera ke hospital atau menyedut gas dari inhaler anda ... kemungkinan besar anda akan pengsan atau pitam atau menuju ke arah batu dua ...

Sekarang mestilah sentiasa bersedia ... bawaklah bekalan dua pam ke mana-mana

dan sebenarnya nak bagitahu ... saya tak berapa reti nak guna pam tu ... doktor yang ajar gunakan benda tu pun agak berputus asa ... doktor itu mencadangkan agar saya terus mendapatkan rawatan gas di asthma bay atau guna nebulizer.

--------------------------

Peristiwanya bermula hari Khamis 29 April .... selesema, tidak selesa di bahagian tekak ---- saya buat tak tahu sahaja ... mungkin panas sahaja ---- asyik tala air lemon sejuk

Jumaat 30/4--- jumpa doktor sebab selesema yang teruk, kahak dah mula berkumpul di dada dan tekak
doktor tidak sarankan antibiotik kerana sedang mengandung, doktor sarankan spray local area, sebabnya doktor kata saya selesema disebabkan alergi ... dah dua kali doktor suggest tapi harganya agak mahal ... lepas keluar dari klinik berpatah balik untuk beli la spray tu tapi doktor busy ... akhirnya tak jadi jugak beli

Sabtu 1/5 --- selesema kering tapi kahak sudah berkumpul banyak ... terasa berketul dalam dada
Tapi berjalan sakan --- datang office, makan kenduri doa selamat tuan rumah (bantai secawan kecil air batu), survey rumah di Durian Tunggal , Tmn Ara, pegi bandar beli baju, makan goreng pisang tepi sungai, beli VCD, jalan jammed --- solat Asar dan Maghrib di masjid Kg Hulu, beli barang bersalin di Tong Hup ... singgah lagi di Mydin,

Sabtu malamnya --- ketika solat Isya', badan dah mula lenguh dan belakang badan dah rasa menekan, bahu terasa sakit-sakit

tolong masak makan malam --- lepas makan terus tidur keletihan

jam 4 pagi terbangun ... batuk-batuk, muntah-muntahkan kahak yang tak berapa banyak, susah nak keluarkan sebab dah kumpul banyak

tidur semula --- susah nak bangun subuh, badan dah bertambah sakit ... nafas dah berbunyi macam kucing

lepas solat subuh, jam 6.55 hantar suami ke kolej ... suami akan ke PD untuk berkursus

.... bersambung ....
---------------------------

Isnin, April 05, 2010

Gila spa

Teringat sangat-sangat kepada Ainin Ainiah
---------------------------------------------------

Sekarang, dalam otak saya ialah spa, spa, spa : jacuzzi (betul ejaan ni?)
Sementara perkhidmatan di AT dekat Lebuh Ayer Keroh itu masih murah ... jom la, jom la, jom la gi spa.

Juga setiap kali teringat spa, sebenarnya teringat juga kepada Ainin, dua pupu saya. Antara peristiwa yang saya ingat tentang dia ialah : dia mengajak saya menikmati spa di tingkat bawah pejabatnya (di bangunan Hotel Vistana) : sedangkan saya sedang bekerja masa tu (jadi minah despatch kejap).

Masa tu, spa bukan gaya hidup saya (sekarang pun bukan). Maksud saya pada masa itu, saya tidak kenal pun spa. Ha ha ha. Balik rumah saya bercerita kepada Fizah adik saya, katanya : alah, jom aku bawak kau. kat sini pun ada. Kat Dagang Avenue. Hmmmmmmmmmmmmmmmm. Tengok rate nya ----- tak berapa nak munasabah. Tak apalah.

Hari ini, macam banyak duit sangat nak dihabiskan. Jom la pergi spa.

-----------------------------------------------------------------------

ENTRI LINA RAHIM

Lina Rahim, kawan saya, bahagia dengan dunia barunya.
Pun, dia masih simpan kenangan pahit lama dengan seseorang.
Katanya trauma, sedikit.
Saya trauma banyak.

Dan entah kenapa (tolonglah), saya masih merasa orang yang berkenaan masih mencari ruang untuk 'menganiaya' saya (ampunkanlah dosaku ini jika aku berburuk sangka terhadapMu, Ya Allah aku memang sangat terluka, sebenarnya).

Entahlah, sejujurnya saya tak boleh mengingati perkara itu kerana saya terasa macam orang bodoh sahaja punya Ijazah Sarjana, pernah mengendalikan kes-kes di mahkamah dengan penuh wibawa (ehem) dan di suatu tempat saya adalah pemimpin, tetapi di tempat ini saya dibuli dengan teruknya.

Saya juga tidak dapat menerangkan kepada suami saya kenapa saya masih bersikap baik kepada orang itu walaupun kes yang dilakukannya kepada saya dan Lina sangat teruk (ini pendapat peribadi).

Bukan kena mandrem !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan juga kerana kisah kami kisah tipu. Atau sengaja memperbesarkan cerita. Tidak

[ Abang, semua yang kami ceritakan itu benar (apa yang saya tahu sahaja). ] Bahagian ini ---- macam merayu orang percaya kisah sebelah pihak kami (saya dan Lina) adalah betul.

maka saya tegas menyatakan : tak perlu percaya cerita sebelah pihak kami! Kami tak perlukan simpati! Sungguh! Kami selama ini berdiri atas kaki sendiri dan menanggung kesalahan sendiri tanpa perlu babitkan orang lain!

Namun, secara jujurnya saya mengaku : saya tak suka orang itu terhegeh-hegeh minta sokongan dan simpati dari suami saya! Sebab suami saya adalah 'kawasan' saya.

Kalau dia hendak menjaja cerita, tangisan, kelembutan (hahaha) dan muka yang cantik kepada semua manusia dalam organisasi ini ---- suka hati dialah. Kalau jenis 'menjejeh-jejeh' (ada ke perkataan ni) kepada orang lain cerita peribadi secara keterlaluan adalah sesuatu yang memalukan.

Untuk Lina : kawasan dia adalah manusia-manusia yang kurang pandai menilai kaca dan permata ---- suka hati dia dan mereka ! Sekurang-kurangnya Lina sama cantik dengan dia, saya ni banyak kekurangannya. Sungguh.

Secara insafnya (bukan riak) saya terpaksa mengistiharkan sekarang bahawa : sebahagian dalam diri saya ini menyakini bahawa saya juga ada tanggungjawab sosial (huhuhu) untuk 'mendidik' orang-orang tertentu dan didik diri sendiri (ini bahagian paling penting).
[ Saya pun bukan sempurna.]

Saya juga percaya : manusia berubah, boleh berubah. Jadi, janganlah memandang manusia itu hitam sehitam-hitamnya. Dan manusia itu warnanya kelabu.

Hanya ... saya tahu, Lina (dan juga saya) merasa tidak perlu terhegeh-hegeh berkawan lagi dengan orang itu sementelah dia juga tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya yang hampir mencurahkan pasir dalam periuk nasi kami berdua.

Saya yakin saya sudah meminta maaf atas perbuatan saya yang kurang baik kepadanya, tetapi seingat saya, belum pernah dia sebut minta maaf kepada saya hatta pada hari raya pun!

Cerita ini cerita lama dan panjang berjela. Sebelum ini saya cerita berlapik. Sebabnya saya tak suka memanjangkan benda pelik.

Cuma kali ini, saya rasa kalau dia cuba sekali lagi memburukkan saya, dia tersilap orang. Buatlah kalau nak buat lagi, saya ada Allah. InsyaAllah saya akan melawan!

Dan seingat saya, saya hanya membincangkan hal ini dengan orang lain setelah beberapa orang baru (ketika itu) bertanya kepada saya "kenapa dia asyik bercakap yang buruk tentang kau?"

Ya Allah ... kesannya sampai sekarang!

Saya tak suka buka mulut tentang benda yang dah berlalu (sekarang?), sedangkan orang itu?

Lina tak puas hati dengan saya (cara saya) handle our case ... tapi saya sebenarnya bingung.

Patutkah saya malukan mak ayah dengan bergaduh-gaduh atau mengadu domba serta letakkan diri saya setaraf dengan orang itu?

Apa nilaian ilmu saya?

Bersambung nanti ???????? Sanggupkah saya?

Sambungan : Hmmmmm .... kak Nina Susana rasa hairan apalah yang saya tuliskan panjang berjela ...

Jawapannya : Inilah dia .... cerita manusia (saya) yang masih tak puas hati dengan takdir Allah, barangkali.

-------------------------------------------------

Pedih sampai hari ini masih terasa!

---------------------------------------------------

Khamis, April 01, 2010

Alat berfikir yang (mungkin) rosak

Entri ini adalah pendapat peribadi ... terlalu
------------------------

Lawaksssss .... Kelakar nak mampos - Tergelak gila baca entri saifulislam tentang wacana nikah dan talaq. Kalau boleh berguling-guling, mahunya aku (saya) berguling-guling kesukaan, amat.

Ntahlah, dua tiga hari ni rasa nak ber aku-aku pulak dalam blog ... walhalnya soal akhlaq dan gaya bahasa menggambarkan peribadi seseorang itu. Nampak ilmiah (alim) kah dia, nampak gila-gila kah dia, atau nampak macam orang gila. Gaya berbahasa penting.

Curahan perasaan di atas patut di tulis seperti "Saya berasa lucu dengan tulisan entri saifulislam tentang wacana nikah dan talaq. Sungguh kelakar dan terasa seperti mahu meluahkannya dengan berguling di atas lantai"

Ustaz Hasrizal memang best giler (Ustaz Hasrizal memang bagus gaya pemikiran dan penulisannya).

takdelah sebab si ustaz memenangkan pompuan jer dan macam side pompuan (bukanlah kerana ustaz ini memuliakan kaum wanita dan berpihak kepada wanita)

fikirannya itu yang kelassssss habis (pemikirannya itu yang tinggi dan berilmu serta berakhlak)

Terima kasihlah ustaz.

Terima kasih.

Terima kasih. 1000000000000000000000000000000000 times!

Sekurang-kurangnya terubatlah bengkak di hati, meski bengkak kaki membawa budak dalam perut ni sukar nak surut.

Akhlaq dengan isteri juga perlu dipelajari, wahai suami-suami! Kemudian diamalkan!!!!!!

Memang betul isteri anda bukanlah bidadari syurga atau macam perempuan cantik yang pernah memuja anda, tetapi ... isteri kan manusia yang paling dekat dengan anda. wajarkah anda mengecilkan hatinya kerana dia datang kemudian dalam hidup anda dan memang tak akan sama saiznya dengan anak-anak dara yang belum longgar getahnya!

si ustaz takdelah citer pasal macamana suami patut berakhlaq dengan isteri (tapi dah ditulis dalam buku-bukunya) tapi dasar 'menyanjung' pompuan lain sampai sanggup talaqkan isteri kerana nak kahwin dengan pompuan lain kerana konon tak nak berzina ... kah kah kah. Asasnya sebab takde rasa hormat dan belas kasihan kepada isteri dan anggap pompuan macam alat ganti. Dah longgar tukar lain. Macam gadget terkini lah, orang ada aku pun nak ada. Kesiannnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Kahwinlah lain, lagi dan lagi suami-suami kalau nak. Aku bergantung dengan Allah. Tidak dengan kamu. InsyaAllah!

Cayalah ustaz!

-------------------------------

sediakan karpet untuk aku berguling-guling-guling.

Isnin, Mac 29, 2010

apa salahnya menjadi aku yang memang aku

Dan pesan Aaron pun masih lagi terngiang-ngiang - tapi banyak sangat

-------------------

Sebenarnya sakit pinggang ini mengganggu .... benda yang hendak ditulis ialah tentang ulang tahun pertama perkahwinan saya dan seseorang yang kacak itu

Tetapi benda-benda lain datang mengacau seperti sakit pinggang dan seluruh badan yang berdenyut-denyut dan juga kaki yang terseliuh masih membengkak ... jadi kemanisan itu terbungkam dengan semua kesakitan. Moga-moga ia jadi pahala.

Lia (yang disayangi) tadi datang memanggil saya 'comel' ... saya tahu saya tak comel ... eh?

Anak dalam perut ini sepanjang hari sangat aktif ... tak macam tiga hari lalu

Dalam banyak-banyak kegembiraan yang Allah beri, entahkan kenapa saya tetap meracau tentang kejahatan manusia lain terhadap saya yang sebenarnya berlaku atas kesilapan saya sendiri.

Lagi?

Masih teringat kata-kata Aaron : tapi tak tahu yang mana satu ... ia (semua pesan dan kata-kata dia) sebenarnya dah jadi darah daging

apa salahnya kalau saya (aku) menjadi saya (aku) sahaja?

seperti : Aku memang suka ada kereta boleh jalan sini sana ikut suka hati aku
tapi sejak tak boleh pandu lagi (malas) ... aku jadi lupa kepada kereta itu dan fungsi dia

dulu fungsi Vivi (gelaran untuk Viva ku) ... adalah berbakti kepada manusia selain dari tuannya

juga membawa tuannya ini ke hutan dan tepi pantai, tasik, juga tempat eksotik lain ... juga muzium

sekarang Vivi dah tak akrab denganku lagi ... dan setiap kali aku bawa dia, dia macam tak serasi lagi dengan tuannya ini. Dah hilang keserasian dulu.

Aku nak bawa Vivi berjalan ke hutan, mengangkut kawan-kawan (aku ada kawankah) atau saja pusing-pusing habiskan minyak ....

lagi : bangun-pagi-pagi buta dan terasa macam nak habiskan duit gaji ke MC D jam 4 pagi (pernahkah) ... ia gaya hidup yang terpengaruh dengan iklan ... tapi rasa best (sikit)

juga : pergi ke pasar untuk dengar makcik jual kuih tu menjerit menjual barang dagangannya

dan aku : nak balik rumah KL untuk guna streamyx adik aku untuk menepek gambar-gambar dalam blog. macam dulu-dulu, macam aku yang dulu ... sayangnya sekarang nak beli benda penyucuk broadband tu macam tak tercapai-capai, duit je banyak dalam bank, tapi kenapa aku jadi malas?!!!!!!!!!

anak ini sekarang menggeliat dengan kuatnya ... ruang perut sebelah kiri bagaikan tersenget dengan gerakan agresif dia

-------------------------------------------

Bahagian ini telah ku padamkan kerana semalam mangkuk Corelle mak aku dah pecah. Adusssh.Tak boleh ada niat jahat la ... mesti balasan datang dengan segera.

-------------------------------------------

Pejamkan mata dan fikir ... mungkin patut jadi macam dulu-dulu, bersila di depan rak kedai buku dan membelek buku (walaupun tak mampu nak beli) ... berjam-jam

atau lepak di kedai mamak dengan Aaron
atau makan KFC dengan Tarenjeet waktu kerja oooppppsssssssssssssssssssssssss
atau makan kek Secret Recipe yang adik aku beli

atau bangun pagi-pagi buta, merayap dengan Vivi ke Perkampungan Buku
atau jumpa Afni kat mana-mana ... komen baju dia tapi tak nak ikut dia tengok wayang

----------------------------

esok masa depa pergi UTM, aku nak merayap kat shopping complex
mungkin nak carik bijirin sarapan atau energy bar yang mahal

atau beli buku 'Hukum Tarikan' ... heheh .... masa pinjam buku Afni yang original version tu, sebenornya aku tak berapa nak paham. merendah diri, kan label aku.

-----------------------------

dan aku mesti terima bahawa : maksud kepada perkataan "mama" - nama panggilan untukku oleh suamiku juga mungkin jugak membawa maksud --- sayang, darling, jelita , comel, isteriku dan yang seumpamanya

Faham?

aku bertuhankan benda-benda manis, sedangkan yang seorang lagi bertuhankan benda-benda 'nyata' dan 'yang sebenarnya' 'tidak hipokrit' ....

maka aku memang akan jadi aku sahaja

----------------------------


untuk puaskan hati Aaron

Khamis, Mac 11, 2010

mama sayang adik

sayang anak mama

adik dalam perut ni agak meragam ...
mungkin tak puas hati
mama makan sikit je

mama tunggu da da habis kelas nanti
baru kita bertiga pergi makan

mama nak makan sayur
supaya adik dapat zat yang baik-baik

janganlah adik merajuk sayang
mama terpaksa tukar cara pemakanan kita
mama tak boleh makan macam selalu
sebab nanti mama mengah-mengah
jadi kita makan banyak kali
tapi sikit-sikit setiap kali

mama asyik membesar
tapi adik kecil saja
jadi mama tukar jenis makanan
supaya adik membesar cara sihat

sabarlah anakku
kita tunggu da da
makan bersama


darimamauntukadikdalamperutnie

Rabu, Januari 20, 2010

selamat hari lahir buat AMS

Assalamualaikum

Salam sayang buat AMS, Encik.

Orangnya sangat baik dan kacak.Sangat kacak.
Hari ini usianya bertambah bilangan. Yang keberapa? Syhhhh. RAHSIA.
Yang indah-indah tentang dia ... al-maklum sebab hari ini si dia menyambut hari lahir ...
Si dia seorang je yang sudi mengambil saya. Dan untuk itu Encik AMS sangat cemerlang.
Seperti keputusan peperiksaan bahasa Inggerisnya yang cemerlang (adakah fakta ini relevan?)

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.