Jumaat, Oktober 19, 2007


Palas the ketupat
Tok saya buat ni
Orang Kelantan makan dengan manisan
kami orang KL-Perak-Selangor-Melaka yang beraya di Kelantan
Makan ketupat palas ni dengan gulai (kari) ayam
sedap sampai hanya tinggal gambar sahaja

Selasa, Oktober 16, 2007

rayaku

Alhamdullillah

Telah selamat sampai ke Kuala Lumpur ku ... kawasan sekitarku ...

Orang-orang Pantai Timur yang merantau, kalau balik raya ... hanya ambil 7-8 jam sahaja untuk sampai ke kampung masing-masing.

Kami orang KL yang pertama kali beraya ke Machang Kelantan - dah pecah rekod dah - 13 jam! Tak pernah dibuat orang kan ... berhenti-henti banyak kali ... terutamanya saya ... kejap-kejap hantar nota ... "tolonglah ... dah tak tahan ni .." he he he.

Lagi ... van kami dah macam ambulan dah ... penuh orang sakit ... sebab pengalaman pertama jalan jauh ... kejap-kejap ada yang mabuk jalan, pening, batuk, muntah ... mana ada budak kecik pun ... semua mak bapak orang! Ada la seorang budak (sepupuku) tu ... dah 12 tahun pun, dialah yang paling strong in the group ... yang lain pancit.

Lagi ... tak tahu pula dalam hutan ... tak dapat coverage ... kejap-kejap dapat, kebanyakan masa tak dapat ... susah bagi orang berkonvoi ...

Nasib baik bawa walkie talkie tau ... bolehlah berhubung dengan van yang lain dalam kumpulan kami ...

Rayaku kali ini - sangat mengujakan.

salam aidilfitri untuk semua!

Sabtu, Oktober 06, 2007

malam-malam terakhir

Ramadhan tahun ini dan malam-malam terakhirnya sama sahaja macam malam-malam terakhir Ramadhan tahun-tahun sudah, maksudku di surau tempat kami ...

Orang dah mula kurang ...

Imam dah mula menegur kenapa jemaah berkurangan ... sedangkan jemaah yang telah tidak menghadirkan diri itu tidak dengar pun kata-kata Imam itu ...

Tetapi Imam Mohd Shah tidak pula tahu ... ada seorang manusia baru sahaja menyertai jemaahnya ... sepanjang awal Ramadhan tidak solat jemaah fardu, apatah lagi terawih

Tak ada pula Imam itu mengucapkan tahniah dan selamat datang kepadaku yang baru ada kelapangan dan kesihatan baru sahaja mengizinkan untuk aku solat berjemaah di surau kami ...

-----------------------------------

"Kampung Paya adalah Islam, Islam adalah kampung Paya" - J (Empangan, oleh Zakaria Ali) - "Surau Annur Taman Dagang adalah Imam Mohd Shah, Imam Mohd Shah adalah Surau Annur Taman Dagang" - Aku

Ya, ini benar.

Terjadi kepadaku.

Imam Mohd Shah, yang berpendidikan dan dulu bekerja dalam bidang Sains itu (pekerjaan dirahsiakan) ... memang amat sinonim dengan Surau Annur Taman Dagang Ampang Selangor...

Sudah beberapa tahun sejak bersara Imam itu berhasrat hendak terus menetap di kampung halamannya di Johor ... bahkan telah pun berpindah secara tetap ke sana

Peralihan pentadbiran surau telah lama dibuat ...

Tapi khidmatnya masih diperlukan! Maka sepanjang Ramadhan tahun demi tahun, terpaksa relalah Imam kesayangan kami itu terus menjadi Imam kami ... tapi hujung-hujung Ramadhan dia akan balik ke rumahnya di Johor

Apahal dengan aku? Dan Imam itu?

Sepanjang awal Ramadhan ini aku tidak sempat berjemaah di surau. Pertama kerana sibuk, kedua kerana kesihatan tidak mengizinkan. Namun dua kali juga aku ke surau menguruskan hidangan moreh giliran keluargaku ...

Aku kelam kelibut apabila menyedari sudah hampir penghujung Ramadhan dan ...

dan adikku kata, Imam akan balik ke Johor ...

hah! aku belum sempat bersolat jemaah sunat terawih berimamkan Imam Mohd Shah lagi!

Belum sempat duduk mendengar tazkirahnya lagi!

kemudian aku rasa tertekan pula ... seumpama jika tidak sempat bersolat berimamkan Imam itu, maka Ramadhan ku tidak sempurna

Astagfirullahal a'zim! Takkanlah!

Tapi memang selama bertahun-tahun ini, dialah pemimpin kami, pendidik kami ...
Walaupun bercakap setahun sekali dengan Imam itu pun tidak aku lakukan .... tapi segala tegurannya dalam tazkirah sangat berkesan di hati

Begitupun aku sedar, sangat-sangat, solat sunat terawih di rumah sendirian pun masih diberi pahala oleh Allah S.W.T ... bukan lah solat berimamkan Imam itu baru terasa macam solat.

-------------------------

Heh heh heh ... teringat pula kepada Tarenjeet, rakan sekerjaku yang merujuk Imam ditempatnya sebagai Kadi ... tergelak aku tak henti-henti sampai berairmata .... bengang sungguh si Tarenjeet yang cantik jelita itu ... tapi mungkin sungguh, dan benar ... mungkin Imam di tempatnya juga kadi di sana ... maka penduduk di kawasan tempat tinggalnya merujuk ketua masjid di situ sebagai kadi ... sorrylah TK ... tak tahan nak tergelak lagi ... really funny, friend. Ya, ya, nanti saya beritahu apa yang patut ...

-------------------------

Solat Sunat Hajat

Esok, malam esok, Imam dan jemaah (kariah) surau kami akan memulakan solat sunat Hajat untuk memohon keselamatan bagi mereka yang akan berjalan pulang ke kampung halaman masing-masing ... InsyaAllah doa kami akan dimakbulkanNya dan kami akan dapat bertemu semula selepas seminggu Syawal ...

Keluarga besar saya sendiri (yang terdiri dari 5 buah keluarga) akan merayakan Syawal buat pertama kali di Kelantan ... bertolak hari raya pertama dan bersolat sunat Aidilfitri di jalanan

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dan berkatilah perjalanan cinta kami itu nanti

---------------------------

Islam, Adat dan kebebasan ...

Nanti akan diperkemaskan fakta berikut ...

Imam Feisal Abdul Rauf pengasas ASMA Society (AS), imam, pemikir dan penulis "What's Right with Islam: a New Vision for Muslims and the West." berkata dalam suatu wawancara untuk suatu program TV3 - (terjemahan)

"Saya pernah tinggal di Malaysia dan Mesir ... saya merasakan di sana Islam dikaitkan dengan adat (kongkongan adat) namun di AS saya mendapat kebebasan mengamalkan agama Islam (yang sebenar)"

Teringat kata-kata Aaron sahabat saya, hanya di luar negara barulah dia boleh mengistiharkan pengIslamannya, dan beribadah dengan tenang ... macam-macamlah alasannya ... tak kuasa saya hendak bertegang leher lagi cuba membetulkan pandangannya itu - bukan dia nak dengar pun.

Sanggup dia solat seorang dalam bilik ... kalau larat dan ada kesempatan ... jauh dia berjemaah ... sudahlah tu ... kadang-kadang menangis pula sebab "tak upaya" untuk berjemaah di surau berdekatan ... yang sangat dekat!

Ya, Aaron, ya, ini nasihat. Ini usaha saya ... kalau bukan yang terakhir pun akan terus saya cuba lagi ... sekurang-kurangnya kalau Jen terjumpa blog ini ... harapnya Jen akan memahami penderitaan buatan sendiri mu itu! Sedarlah ... jangan anggap Islam itu milik orang Melayu semata-mata, jangan rasa tertekan mengamalkan agama suci ini secara terang-terangan di bumi Malaysia ini! Tolong jangan bebankan saya dengan tanggungjawab yang tidak akan mampu saya pikul jika apa-apa berlaku kepadamu nanti.

Dan ... saya tak ada di sini Syawal ini. Jaga diri baik-baik. ILY.

---------------------------------

Khamis, Oktober 04, 2007

ampang selangor

Saya asyik membaca Halela Okinawa (Awan Lalu Berkata) , pautan dari blog Nisah Haji Haron. Suka.

Sejuk sangat dalam makmal komputer ....

Saya mengingatkan diri saya agar mencari maklumat tentang Ampang ... Selangor lah ... tempat di mana saya tinggal ...

Mesti menarik kalau saya dokumentasikan di sini ...

Bagaimana dengan hak cipta ya ... hak harta intelek?

Nak kena cari maklumat dahulu ...

aminahjazilahabubakar