Khamis, Oktober 01, 2009

TERLUKA SANGAT

SANGAT LUKA
TERLUKA SANGAT

Jika hati saya besar dan berlapang dada
Saya tidak akan menuliskan ini

Tetapi saya bukan juga jenis berdiam
Kerana saya rasa saya "bercakap" untuk semua

Yang tidak mampu meluahkan

Saya menulis bukan kerana berhati kecil
Tetapi berkecil hati

Oh ... begini rasanya
Cinta suci mak cikku dikhianati

Oh ... begini seksanya
Pengorbanan Tok dilupakan

Oh ... begini rasanya
menjadi perempuan yang tidak cantik

Ya Allah!
Mengapa aku merasa
Engkau tidak adil

Mengapa aku merasa
aku tidak layak diuji
seperti perempuan-perempuan
yang merana?

Ya Allah!
Mengapa engkau ciptakan
perempuan cantik
untuk sekadar menguji
kehebatan masing-masing
di hadapan
suami orang lain

Oh ... barangkali mereka
akan berkata ...
diri mereka lebih hebat dari isteri
lelaki itu

tidaklah aku menyalahkan mereka
melainkan menyalahkan
tidak setianya hati suami (ku)
dan suami mak cikku
juga arwah suami Tok aku

Ya Allah!
Mengapa
demikian besar
derhakanya aku
berburuk sangka
kepadaMu

Hanya kerana ...
Diri ini
Berkecil hati!

Jumaat, September 04, 2009

sayang sayang sayang sayang sayang!

----------------------

Selamat hari Jumaat

Malam tadi saya tak boleh lelap.
Saya jenis kalau ada masalah kecil, memang akan berjaga.
Masalah besar, saya senang tertidur ...

Meskipun malam tadi tak lena tidur, pagi ini. anehnya bertenaga pula, kecuali masa bangun sahur tadi. Mata macam tak boleh nak buka. Tapi sempat masak sup sayur kicap.

Pagi ini, nanti jam 11, saya akan mengajar topik Kewangan Syarikat. Sejak mula mengajar Undang-undang Syarikat, topik Kewangan Syarikat adalah topik yang saya kurang gemar, tidak lekat di hati.

Anak-anak murid pula jenis cepat bosan dengan topik yang sangat prosedural dan teknikal.

Idea? Idea? Idea?

Kuiz. Buat kuiz.

Dan saya hanya akan kuliahkan serta jelaskan bahagian penting yang lekat di hati saya .... hak-hak pemegang apa-apa jenis kepentingan berkaitan kewangan (modal) dalam syarikat.

Pelajar-pelajar dah besar panjang. Tahulah mereka baca sendiri. Persoalannya, adakah kita telah menjalankan kewajipan kita ... dan adakah kita boleh percayakan anak-anak murid tu :-) bacakah mereka nanti?
InsyaAllah, saya doakan, anak-anak murid saya menjalankan tugas hakiki mereka dengan sebaiknya.

--------

'Masalah' tu ... masih lagi berlegar di fikiran ini ... ayat-ayat yang saya tak sangka akan dengar dari mulut seseorang yang sangat dekat di hati ... saya jenis yang sangat sukar melupakan ... trauma ...

--------

Dan saya pun salah juga ... saya selalu berfikir orang akan menganiaya saya ...

--------

Salam hari Jumaat yang penuh berkah

--------

Khamis, September 03, 2009

The book, that book

Those years ....

-------------

‘As I was passing’ by Adibah Amin …..

It’s just H-I–L-A-R-I-O-U-S !!!!

The stories drive me crazy.

And I was in the ‘Scrub’ again.


------------

Those faces ....
as I am busy .... :-)

Selamat menjalani ibadah puasa

-----------------------------------------------

[To Fizah, you ought to repair the following story. Utmost important?]

As I was Reading …. Ummm … writing

I spent almost an hour reading the book – ‘As I was passing’ – by Adibah Amin.

To enable me to do that … I had to split the dish washing task into two ---- as I done my part, I left the rest for my hubby.

Then, I could read.

I remember reading my sister’s Silver Fish collection, and I admire all the works done.

The thing is, while I was reading, I wrote my own piece in my mind.

I was about to transfer my story unto the laptop when I realized that I needed to take a bath, as my husband will be coming home soon.

I also realized that I needed the MP4 or whatever they call it.

Or did they invented the mind-reader-transfer-to-PC gadget already?

Now that as I am writing, I think of my housework.

Well, I guess I must choose the right thing to do.

(In remembrance of the best ‘Storyteller’ ever – Yasmin Ahmad, Al-Fatihah)

P/S : Thank you honey, for helping me out … you’re always be my hero.


----------

Jumaat, Ogos 07, 2009

Masa itu hampir tiba

Salam sayang buat semua :-)


MAZRINA Binti Halim menghantar pesanan ringkas pada jam 10:40 pagi ini!

Jam 1 nanti saya akan menghubunginya.

Setelah 22 tahun berlalu, Mazrina mengotakan janjinya untuk mencari saya.

"Suatu hari nanti saya akan mencari awak". Kata Mazrina. Masih ingatkah dia?

Hari itu adalah hari ini! 7 Ogos, 2009!

Wah macam cerita lama-lama pula. Memang pun!

Dan Aaron, masih bertahan. Itu yang saya dengar dari Delia. Saya harap dia terus bertahan. Macam saya dan yang lain-lain, kami berada di dunia yang berbeza. Kami bertahan. Terus. Sampai masa itu tiba nanti.

Saya ingin dengar tentang dunia Mazrina. 22 tahun telah berlalu!

------------

Khamis, Julai 23, 2009

Old buddies

Kak Ina tak jadi datang

Tapi seluruh hari dah jadi blue disebabkan kakak saya itu tak jadi datang

Akhzailina Md Akhir namanya .... saya dah lama terlupakan dia

Saya juga lupa kepada Abang Farid yang banyak berjasa kepada saya

Tetapi yang saya selalu ingat ialah adik kami, Shahrizal Md Zin yang berada di Melbourne sekarang.

Pastinya dia tak ingat tentang saya.

Saya ingat akan dia kerana dia tak pulangkan buku-buku teks saya bagi subjek Islamic Transaction tuh!

Pulangkan? :-)

Isnin, Jun 15, 2009

Kajang berlipat

Bukan sekadar makan sate kajang ...

SEPERTI TAK PERCAYA ... saya dapat menjengah tempat lama ... saya dan keluarga pernah tinggal di sebuah perkampungan yang di panggil dengan nama Taman ....

Jauh ke dalam "hutan" ... kini dikelilingi bukit pasir dan batu batan.

Dahulunya sungguh damai dengan anak sungai yang sejuk, masih saya ingat bermain Combat-combat dengan pak Su, dan Hafiz ... merangkak dalam air sungai yang cetek dan melihat ikan-ikan berenang berlarian ke celah-celah batu ...

Kali ini saya menjengah melihat sisa-sisa peninggalan kediaman kami ... tanah ayah dan tanah arwah Tok Wan hanya sekangkang anak monyet sahaja ... tetapi nostalgianya sangat bernilai.

Di sana saya menghitung buah-buah getah coklat muda dan coklat tua, melihat sinaran matahari pagi menyentuh lantai kebun getah yang lembab, warna coklat kekuningan dedaunan getah sangat cantik disimbah cahaya mentari ... tidak pernah luput dari ingatan.

Terima kasih kepada suami tersayang ... yang sudi membawa saya ke sana, semula. Betapa "berani"!

Rabu, April 08, 2009

saya yang bergelar isteri

........ dalam kesibukan ini .......
yang pentingnya ... telah halal dan dijauhkan dari maksiat, Alhamdullillah, Syukur Ya Allah!

Kemudian .... banyak nak mintak tolong dari suami tersayang ...

"Abang ... ma iron baju, abang kemaskan katil, boleh?"

"Abang ... sidaikan baju, ma dah basuh,"

"Abang ... lipatkan selimut (siapa yang guna, dia lipat)"

"Abang ... masukkan sampah dalam tong sampah ... (bukan dalam sinki)"

Paling terharu, ketika sibuk-sibuk berkemas, cik abang tercinta mengambil baju-baju dan rendamkan dalam mesin basuh, siap beritahu berapa lama kena rendam .... 10 minit katanya

Dan selalu ... kerana saya (sangatlah) sibuk, cik abang saya .... yang dah biasa masak (goreng) sayur sendiri ... setakat ini masih menjalankan tugasnya itu ... sedap sangat air tangan suami saya

Alhamdullillah, saya telah bergelar isteri

Dan ucapannya ialah "Terima kasih, sayang,"

demikian satu episod dalam hidup yang singkat ... entah berapa lama lagi di dunia fana ini

Sabtu, Mac 28, 2009

tunggu seseorang

Salam.

Sekarang dekat pukul 5 pagi.
Saya mencuba access OUM LMS OMES ---- tak dapat pula.
Maka saya berfikir ...
Apa jadi esok hari ...
Adakah orang yang saya tunggu-tunggu akan datang.
Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan kami! Amin Ya Rabbal Alamin.

aminahjazilahabubakar

Sabtu, Februari 21, 2009

hari ini Sabtu, kawan-kawan

Di bawah adalah tulisan saya dalam ruangan komen blog Halela Okinawa ...

Puan Halela,

Saya suka juga sambal ikan bilis petai, tapi petainya saya tak makan, ambil bau dan rasa sikit-sikit, boleh.

Saya ke sana ke sini membaca blog, tetapi susah nak menulis ...
Tersumbat, mungkin pernah Puan gunakan perkataan ini. Idea tersekat, dalam kepala. Jadi kepala dan dada rasa sakit .... Dalam masa lima (5) minggu, saya akan bertukar status dari seorang bujang kepada isteri orang, InsyaAllah.

Saya tidak seperti kebanyakan bakal pengantin lain yang mengurangkan berat badan ... saya lebih banyak makan sekarang ... agaknya sebab stress.

Banyak kerja-kerja yang saya hendak selesaikan sebelum mengambil cuti pendek ... tenaga banyak keluar, rasa lapar agak kerap.

Tadi selesai menjadi juri program pelajar di kolej, saya dibekalkan dengan tiga bungkus nasi ayam. Saya berfikir ... jika saya makan nasi ayam, apa hal dengan nasi yang telah ditanak di rumah. Apa hal dengan ayam dalam peti sejuk dan ubi kentang, daun bawang dan daun sup, dan bahan-bahan lain ... sayuran, udang, bergedel dan tauhu.

saya pun sedekahkan tiga bungkus nasi ayam tu kepada rakan-rakan pensyarah ...
saya pun keluar menemankan tunang membeli belah, dan hendak balik memasak.
kemudian baru teringat ... ada janji dengan pelajar yang mahu meminjam buku ...

saya patah balik ke kolej ... dalam perjalanan rasa lapar ... dan terfikir mungkin tak sempat nak masak ... jadi saya singgah beli makanan ---- nasi ayam.

- aminahjazilahabubakar
------------

Sabtu, Januari 17, 2009

hariku memang tak seindah dulu

hari ini hari Sabtu kawan-kawan!

bersyukur kehadratNya - tetap, masih, selalu.

Namun apabila hati terasa "kotor" dengan rasa tidak puas terhadap orang lain, aku merasa rimas.

Siapa orang itu untuk aku memberi perhatian dan ruang untuk aku fikirkan dalam hidup ini?

Ibu bapa? bukan.
Suami? bukan.
Adik beradik? bukan.
Tunangan? pun bukan.

sebaiknya aku kembali kepadaNya ... bertanya, mengapa, dan berdoa, agar disucikan hatiku.

Dahulu ketika aku disakiti, dibenci dan dipulau ... aku merasa hariku sangat indah.

sekarang apabila aku ada ramai teman, ada orang yang menyayangi dan huru hara, aku merasakan ... hariku sangat palsu, dan tidak indah.

dulu aku layak mengadu kepada Allah akan perbuatan manusia terhadapku.

kemudian aku bertekad memaafkan ...

namun hari ini aku tidak ada muka di depan Allah kerana hatiku sudah dirasuki "dendam".

aku tidak seperti dulu.

kini aku rimas menjadi "jahat".

maafkan aku kerana aku manusia biasa.

sesetengah manusia biasa butuh penjelasan dan perkataan maaf dari mereka yang pernah mnyakitinya.

Aku juga.

Tetapi aku tidak sunyi dari berbuat silap. Jadi mungkin aku tidak layak dikasihi, mungkin aku layak dikasari, mungkin semuanya kerana aku tidak cantik luar dan dalam.

hanya kepada Allah aku berserah untuk mengembalikan diri aku seperti dahulu. yang selalu menangis, tetapi gembira.

sekarang aku gembira, tetapi dalam hati meraung-raung.

kepalsuan manusia membuat aku meluat. di depan senyum di belakang benci. di depan ketawa-ketawa, di belakang menikam kita separuh mati.

[ aku tidak maksudkan Y, H dan L, mereka adalah kawan-kawanku yang pedas tapi separuh benar, yang aku maksudkan ialah, manusia yang di depan manis macam gula tapi semuanya kepalsuan dan self centered yang melampau, betul --- macam kau hebat benar menggunakan semua anugerah Tuhan itu.]

maaf, sekali lagi, aku hanya insan biasa.

bukan tidak ada ruang untukmu, tapi hatiku telah berdarah kembali. pandai-pandailah kau membawa diri. aku tidak memutuskan sillaturrahmi. Tidak, tak pernah. aku cuma mendiamkan diri.

salam sayang.

esok hari Ahad kawan-kawan!