Sabtu, Februari 21, 2009

hari ini Sabtu, kawan-kawan

Di bawah adalah tulisan saya dalam ruangan komen blog Halela Okinawa ...

Puan Halela,

Saya suka juga sambal ikan bilis petai, tapi petainya saya tak makan, ambil bau dan rasa sikit-sikit, boleh.

Saya ke sana ke sini membaca blog, tetapi susah nak menulis ...
Tersumbat, mungkin pernah Puan gunakan perkataan ini. Idea tersekat, dalam kepala. Jadi kepala dan dada rasa sakit .... Dalam masa lima (5) minggu, saya akan bertukar status dari seorang bujang kepada isteri orang, InsyaAllah.

Saya tidak seperti kebanyakan bakal pengantin lain yang mengurangkan berat badan ... saya lebih banyak makan sekarang ... agaknya sebab stress.

Banyak kerja-kerja yang saya hendak selesaikan sebelum mengambil cuti pendek ... tenaga banyak keluar, rasa lapar agak kerap.

Tadi selesai menjadi juri program pelajar di kolej, saya dibekalkan dengan tiga bungkus nasi ayam. Saya berfikir ... jika saya makan nasi ayam, apa hal dengan nasi yang telah ditanak di rumah. Apa hal dengan ayam dalam peti sejuk dan ubi kentang, daun bawang dan daun sup, dan bahan-bahan lain ... sayuran, udang, bergedel dan tauhu.

saya pun sedekahkan tiga bungkus nasi ayam tu kepada rakan-rakan pensyarah ...
saya pun keluar menemankan tunang membeli belah, dan hendak balik memasak.
kemudian baru teringat ... ada janji dengan pelajar yang mahu meminjam buku ...

saya patah balik ke kolej ... dalam perjalanan rasa lapar ... dan terfikir mungkin tak sempat nak masak ... jadi saya singgah beli makanan ---- nasi ayam.

- aminahjazilahabubakar
------------