Khamis, Mei 29, 2008

Hari yang indah sekali !

Salam buat semua,

Indah menjadi (orang) dewasa, hari ini, hari ini baru ku akui jadi dewasa sangat indah.

Walaupun jadi dewasa sebenarnya ... hendak bercakap (meluahkan perasaan) mesti berhati-hati, pun, rasanya apabila dewasa juga seseorang itu boleh mengupas isu secara matang. Persoalannya ... penerimaan manusia lain.

Penerimaan. Orang lain. Di luar kawalan kita.

Mampukah mereka mentafsirkan "sesuatu" dengan mata halus?

Kadang kala kita nyatakan sesuatu, dengan nada suara tertentu kerana ingin menyatakan yang "sebaliknya".

Seperti saya "berkempen" untuk pilihanraya yang 5 tahun sekali itu ...

Dalam kelas-kelas akademik ! Kepada lebih 500 pelajar! Oh! Betapa terujanya!

Mesej yang ingin saya sampaikan kepada para pelajar dalam "kempen-kempen" saya itu ialah :

1. Jangan jumud - ambil tahulah perkara penting di luar silibus pengajian anda.

2. Belajar jadi matang lebih awal ... negara sangat memerlukan anda - jadilah calon pilihanraya pada pilihanraya
akan datang.

3. TETAPI! JANGAN keluar mengikuti KEMPEN pilihanraya pada masa ini, kerana ANDA masih belajar!
SANGAT BAHAYA! Anda mungkin terperangkap dan merisikokan pengajian dan masa depan anda.

4. Pilih (pangkah) calon yang baik, BUKAN parti.

Itu sahaja. Dan ... tambahannya :-

Saya bercerita ... kisah benar kepada mereka ... ketika negara dilanda isu "Anwar", saya berada di tahun dua pengajian di universiti awam "paling panas" di Malaysia.

Ketika isu itu berlangsung, setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat, akan ada perhimpunan di masjid bersebelahan fakulti tempat saya belajar (masjid itu terletak di luar kawasan universiti, bersebelahan pintu pagar dan pintu gerbang universiti yang dekat sangat dengan fakulti).

Dan tiap Jumaat ayah saya akan berpesan,

"Balik ke rumah terus nak, jangan ikut demonstrasi."

Dan setiap Jumaat, saya balik ikut pintu pagar universiti yang satu lagi ... habis kuliah terus balik rumah.

Sekarang ini : saya tidak tahu sama ada saya akan tertangkap dan menghadapi masalah kalau saya ikut demonstrasi ketika itu.

Apa akan berlaku ... kalau saya ikut agaknya?

Oh ... begitu banyak ketakutan, dan persoalan sama ada ketakutan itu berasas atau tidak, saya tidak tahu.
Yang saya dengar dan perhatikan ... begitu ramai tertangkap, "dibuang" universiti ??? ...

Oh! Sangat menakutkan!

Jadi apa isunya di sini?

Tiada apa yang besar dan penting ... hanya ... saya berasa adalah tidak adil dan TERHINA apabila saya dikaitkan dengan satu-satu parti politik.

Indahkah lagi hari apabila tuduhan seperti itu dilemparkan?

Ah ... semua orang kan "berpolitik", semua orang juga berpihak. Aku juga.

Hanya hari jadi lebih indah ... dewasa jadi lebih indah apabila kita meletakkan (hanya) kepada Allah S.W.T akan nasib kita ini. Demi Allah! Saya sangat berbangga dapat ber"kempen" tahun ini!

--------------------------------------------------

Isnin, Mei 12, 2008

Memang banyak tidak tertulis, ada di hati

Memang akan sibuk dengan diri sendiri --- itu sahaja.

Salam.