Sabtu, Januari 17, 2009

hariku memang tak seindah dulu

hari ini hari Sabtu kawan-kawan!

bersyukur kehadratNya - tetap, masih, selalu.

Namun apabila hati terasa "kotor" dengan rasa tidak puas terhadap orang lain, aku merasa rimas.

Siapa orang itu untuk aku memberi perhatian dan ruang untuk aku fikirkan dalam hidup ini?

Ibu bapa? bukan.
Suami? bukan.
Adik beradik? bukan.
Tunangan? pun bukan.

sebaiknya aku kembali kepadaNya ... bertanya, mengapa, dan berdoa, agar disucikan hatiku.

Dahulu ketika aku disakiti, dibenci dan dipulau ... aku merasa hariku sangat indah.

sekarang apabila aku ada ramai teman, ada orang yang menyayangi dan huru hara, aku merasakan ... hariku sangat palsu, dan tidak indah.

dulu aku layak mengadu kepada Allah akan perbuatan manusia terhadapku.

kemudian aku bertekad memaafkan ...

namun hari ini aku tidak ada muka di depan Allah kerana hatiku sudah dirasuki "dendam".

aku tidak seperti dulu.

kini aku rimas menjadi "jahat".

maafkan aku kerana aku manusia biasa.

sesetengah manusia biasa butuh penjelasan dan perkataan maaf dari mereka yang pernah mnyakitinya.

Aku juga.

Tetapi aku tidak sunyi dari berbuat silap. Jadi mungkin aku tidak layak dikasihi, mungkin aku layak dikasari, mungkin semuanya kerana aku tidak cantik luar dan dalam.

hanya kepada Allah aku berserah untuk mengembalikan diri aku seperti dahulu. yang selalu menangis, tetapi gembira.

sekarang aku gembira, tetapi dalam hati meraung-raung.

kepalsuan manusia membuat aku meluat. di depan senyum di belakang benci. di depan ketawa-ketawa, di belakang menikam kita separuh mati.

[ aku tidak maksudkan Y, H dan L, mereka adalah kawan-kawanku yang pedas tapi separuh benar, yang aku maksudkan ialah, manusia yang di depan manis macam gula tapi semuanya kepalsuan dan self centered yang melampau, betul --- macam kau hebat benar menggunakan semua anugerah Tuhan itu.]

maaf, sekali lagi, aku hanya insan biasa.

bukan tidak ada ruang untukmu, tapi hatiku telah berdarah kembali. pandai-pandailah kau membawa diri. aku tidak memutuskan sillaturrahmi. Tidak, tak pernah. aku cuma mendiamkan diri.

salam sayang.

esok hari Ahad kawan-kawan!