Jumaat, Ogos 31, 2007

tugas kita


macam tak pernah ke kebun saja?

Ahad, Ogos 19, 2007

balik kenduri sangkut baju di situ
pemalaslah tu
baju aku tu

bilik tidur utama


Kehidupan Nyata

Ruang tamu? Ruang tidurlaaaaa ....

bahaya. benda pertama yang singgah di fikiran ... tapi ... ianya menyeronokkan
sebab saya tak boleh nak ajak kenalan ke rumah ... selalu rumah bersepah ... dah tak larat nak mengemasnya ... saya telah berikrar "tak akan kemas rumah lagi!!!!"

bilik tidur utama ... semua orang tidur sini pada kebanyakan masa , oppsss kecuali saya sebab saya mesti tidur tepi dinding ... dinding bilik sayalah.













Ahad, Ogos 12, 2007

penatnyeeeeeeeeeeeeeeeeee

benci betul
patutnya lesen aku tu dah 7 tahun tau
ni nak kena baca balik KPP tu ...
tak larat ah .....

kalau aku nampak kau ketawa Aaron, siaplah kau

adik

adikku yang tersayang itu tidur ... sebelum Zuhur, ini hari Ahad, masa rehatnya
semalam dia letih membantu emak menyediakan bahan kenduri untuk surau
kemudian lewat malam dia mencuci seluruh dapur
biarkan adik berehat ...

tulip I





memanglah cantik
ini bunga kegemaranku
tulip

pokoknya

saya, sebenarnya tak suka kawan ramai-ramai, rimas

sebab saya ada pengalaman buruk masa berkawan

kiranya saya terperangkap dalam kapsul masa lalu

saya tidak percaya kepada keindahan berkawan-kawan
walaupun saya dengan hipokritnya berkata (menulis) kalaulah ada kawan-kawan macam dalam iklan milo fuze ... kan best

saya masih tak dapat terima dan merasa bodoh (memang!) dengan kerja budak-budak dulu

"eh awak jangan kawan dengan dia tau ... dia tu ...."

itulah mimpi buruk saya selama ni

saya tak kisah ... tak ada kawan pun

asalkan jangan saya dapat lagi kawan macam mereka tu

eh ... saya tak pernah buat macam itu ke? seingat saya tidak. entahlah mungkin ada, ah ... pokoknya saya tak suka.

teringatlah pulak

teringat pulak ...

dalam satu kelas program LLM subjek ICT Law, guruku (pensyarah) yang dihormati Prof Abu Bakar ada menyampaikan berita yang didengarnya /tonton /baca bahawa salah seorang pemimpin kita telah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan yang banyak (ramai) menulis dalam blog (termasuk memfitnah) ialah mereka yang berjawatan suri rumah, penganggur dan yang seumpama dengannya.

kami dalam kelas pakat ketawa ... ramai yang tidak bersetuju

saya hanya kurang bersetuju .. yalah, maklum, bahawa mereka yang ada banyak masa akan melayari Internet lebih lama ... tapi tidak semestinya mereka berminat menulis benda mengarut dan memfitnah ... ada jugaklah yang buat ...

kenapa saya tidak berapa setuju?

saya dapati dari pengalaman saya sendiri ... bila dah lama duduk rumah ni ... kononnya nak jelajah dunia guna Internet ... tak terbuatnya! ada jugaklah masa jenguk blog-blog kegemaran, komen-komen sikit ... dan ada masa untuk menulis di blog sendiri ... tapi tidaklah mengambil begitu banyak masa dan jadi obses dengan dunia tanpa sempadan itu ... ada banyak kerja lain ... tidur umpamanya ... lagi best.

mungkin saya jenis kurang percaya dengan integriti dunia tanpa sempadan ... meskipun patutnya, dan mesti guna nama samaran ... saya tak berapa minat. merbahayalah guna nama sendiri ... memang sangat merbahaya.

tapi saya pastikan bukan sebarangan komputer dan pengkalan komputer yang saya gunakan.

takkanlah saya nak memfitnah dari Perlis atau Los Angeles kan? eh ... tolong ... saya tidak pernah fitnah orang tau (eh ... yang ini selain saya sendiri, hanya Allah yang tahu ...)

--------------------

Menulis ...

mula-mula saya tak berapa seronok tulis di blog yang tak berapa nak ada pembacanya ni ...

saya bukan reti nak paut-pautan sana sini, nak invite orang pun malu ... bukannya best sangat blog ni ...

nak tulis pun bukan ada idea sangat ... ditambahlah pulak ada seorang penulis tersohor yang dihormati menegur blog-blog tempatan kebanyakannya merengek hal peribadi ... jadi saya rasa seganlah pulak ...

nak tulis bahan ilmu ... berapa banyak sangatlah ilmu yang aku ada
nak komen hal semasa ... alamak sensitif lah pulak ... takut
nak tunjukkan sokongan kat sapa-sapa - ni lagi bunuh diri namanya

eh ... bukan saya graduan undang-undang ke?
penakut?! hummmm .... saya memang tak nak susahkan sesiapa, kecualilah saya ada banyak harta ... bolehlah buat sesuka hati ... nak masuk jelkah, nak kena buang negarakah ... tak apa.
ini mak bapak masih tanggung saya lagi ... hai ... kesian ... macam ni jadi manusia?

tapi tak apa kalau saya tuliskan cerita rekaan kan ... kalau cerita peribadi memang saya rahsiakan ... ala ... semua yang kat blog ni aku reka saja .... kan ... kan?

ironinya ... saya dah belajar media law tau ... hu hu hu ....

Sabtu, Ogos 11, 2007

ting tong

baru cerita pasal milo fuze ... dah teringat nak minum milo ... alamak dah 11:30 malam laa ...
dah lama tak minum milo (antara sebabnya kerana milo naik harga ... ingat nak tinjau harga Vico lah) , dah lama jugak tak minum kopi, ada dua minggu ... semuanya sebab aku syak aku kena kanser payudara ... alamak! patutnya nak buat mamogram minggu lepas .. tapi entah apa di busykan entah ... kesihatanku dah tambah okey minggu ni ... payudaraku dah tak sakit lagi ... tapi sakit belakang dan sakit kepala masih ada ... berapa lama lagi aku kena berehat ini entah ... nak cari duit cepat ni ... kenalah bekerja secepat mungkin ... kesian kat adik aku si Cactus tu ... dia menanggung aku sekarang ni ...

tapi entah ... nak kerja apa pun tak tahu ...

teruk la kan ... manusia yang tak tahu bersyukur ni .... kesian mak bapak dia ... sambung belajar pun malas ... asyik fikir nak kahwin je ... he he he ... banyak kerja tergendala sejak mood nak teruskan hidup tak ada ...

bila nak bangun ni woi?

-------------------------

ting tong

alamak ... lupa! cik abang yang seorang tu nak pinjam calculator scientific ... entah aku ni kalkulator pun tak ada ... nak cari yang adik aku punya ... tak tahu ke mana dihumbankannya entah ...

alah ... dia tu ... bukan nak meminjam tu kot ... saja nak mengenakan aku ... tengoklah sat lagi, kalau dia terkulat-kulat lagi ... penampar dapat. marah pun tak guna ... bukan makan saman dia tu. sepanjang hari ni ... dah tiga kali dia kacau aku ... dah minta maaf , atas segala kacauganggu ... tapi kemudian buat pulak lagi ...

tensen - tensen!

milo fuze



kalaulah aku ada kehidupan dan sahabat / kawan yang best macam dalam iklan milo fuze kat tv tu, seronok kan ...

tapi rasa kesunyian ni ... sangat menyayukan .. tambahan lagi apabila menanam anggur lama-lama ... dah rasa macam lupa kepada dunia bekerja

kalaulah aku ada suami atau anak nak dijaga ... rumahtangga nak diuruskan tak apalah jugak ... dapatlah pahala berganda-ganda ... sekarang pula dah tua ... masa yang paling baik untuk produce dah hampir berlalu ... kesian kan ...

oh ... sedihnya ... rancangan nak kahwin Oktober atau November tahun ni ... masih akan berusaha mencari seseorang yang sudi jadi suami aku (hummmm ... ini, memang bukan iklan) ... orangnya dah ada ... sayang sekali ... aku jadi takut nak ajak dia kahwin ... rasa tak konfiden langsung dah.

aku memang dah beritahu mak ayah supaya carikan sahaja aku jodoh, tapi mak tak mahu - kata mak "carilah sendiri, dulu mak pun cari sendiri, tahu!" . ayah marah bila aku merungut-rungut tak ada orang nak kahwin dengan aku ... kata ayah, jangan menyayat hati orang tua ... ala ... ayah aku pun bukan konfiden dengan aku ni ... nampak ayah malu nak carikan anaknya jodoh ... atau ayah tak mahu aku kahwin ... kalau cerita pasal kahwin je ... ayah buat derk ... tapi kalau cerita pasal nak sambung study ... seronok dia ... nak suruh aku buat kedoktoranlah tu.

cerita apa ni .... malu ah ... baik cerita pasal milo fuze ...

-----------------

milo fuze ...

memang aku tak ada kehidupan berkawan-kawan macam dalam iklan milo fuze tu ...
inginnya nak berkawan ... tapi aku memang jenis manusia yang tak cari kawan ... tak reti ... dulu ada la ... sekarang ...

ada jugak ... tapi entah ... aku tak rasa mereka tu kawan kut ... dah macam saudara ... macam beban pun ada ...

orang kalau dapat sms "kejap lagi jumpa" ... hushhh best gila kan ... ye le bagi yang bujang la ...

aku ni kalau dapat sms / mesej macam tu ... ya Allah ... panik serta merta ... lagi-lagi kalau dari si Aaron tuh! memang ... kau la .... mana ada Aaron lain.

karena aide rasydan

Padan muka, kata Karena. Wanita Pakistan campur Perancis beranak dua yang kahwin dengan lelaki tempatan itu muncul hari ini dari rumah emak mertuanya di Damansara.

Kenduri macam mana, okey? Tanyaku mula-mula. Dia mencebik sahaja. Mulutnya kemudian kumat kamit tetapi tak dengar biji butirpun.

Yalah, yalah aku faham ... masuk golongan elit begitu sangat membebankan dirinya. Janggal, kata dia padaku masa mula-mula masuk dalam keluarga Rasydan. Nasib baik kau tak kahwin anak raja, Kar. Kata-kataku itu disambut ketawa berdekah-dekah. Idan tu, dah lebih dari anak raja, tahu! Itu jawabnya ... tak faham aku.

sejak kahwin, sejak dia kahwin, kami memang jarang berhubung. lagipun dia kawan kumpulan ketiga bagi ku. ada , adalah, tak ada tak rasa apa-apa.

kemudiannya dia mendengar cerita aku penuh teliti - karena, dia memanglah pendengar yang baik sejak dulu lagi. sejak mula-mula kenal di UM.

semua aku cerita kepadanya kecuali hal kerjaya - aku tak beritahu kepadanya aku dah berhenti kerja dan masih mengganggur. aku tahu dia akan risau akan hal itu ... dulu-dulu dia ada mencadangkan agar aku bekerja dengan adik iparnya yang membuka sekolah rendah agama swasta. alamak .... aku tak berapa pandai agamalah ... bukan itu, tapi susah sikit. tak nampak prospeknya.

yalah, dengan duduk rumah macam ni pun, apa prospeknya?

hal memadankan muka aku tu kerana .... kenalan baiknya si Aaron yang tak sudah-sudah buka cerita lama.

min, dulu dia dah merajuk sekali, kau sanggup berpisah lagi dengan dia? tanya karena, bersungguh.

soalnya kar, aku tiada kena mengena dengan rajuk dia tu. yang dia nak melebih lebih kenapa? aku ni dah banyak kali kecewa ... tak ada pun jadi macam dia ... - aku membalas.

tak jadi macam dia, kau kata. lebih teruk adalah. kau kecewa, dan kau mangsakan dia. - tokok karena.

kau ingat ini lagu ke? filem ke? - aku tak puas hati.

okeylah ... memang bukan semua yang kita nak akan jadi milik kita, itu kata seseorang yang kata pada kau ketika orang tu tolak ajakan kau untuk kahwin dulu kan? tapi kalau benda dah depan mata, tak nampak juga, itu kurang cerdik namanya. - sampai situ sahaja. dia pun pergi.

aku memerhati sahaja karena mengendong anak bongsunya ... anak sulung pula memegang kain ibunya, berjalan masih bertatih-tatih ... mereka kemudian hilang ditelan mercedes entah apa / berapa sirinya pun aku tak tahu.

aku terduduk lagi ... kesunyian ... tak pernah dalam satu-satu perpisahan dengan sesiapa jua aku mengharapkan pertemuan semula ... walau mulut aku berkata demikian ... hipokrit kan.
ah siapalah aku ...

fikiran fikiranku

Sekarang saya masih dalam keadaan tertanya-tanya ... bagaimana pengakhiran hidup saya ni nantinya ... kalau dah dalam kubur nanti barulah saya akan tahu ..

Saya juga cuba fikir ... bagaimanakah otak saya bekerja untuk menyelesaikan satu-satu perkara?

apakah yang mendorong saya membuat atau megambil satu-satu keputusan atas satu-satu perkara?

apakah yang saya fikirkan apabila saya tidak berjaya menyelesaikan satu-satu perkara? tidak mendapat apa-apa yang saya inginkan? apakah reaksi saya yang sebenarnya dari proses otak saya? saya hanya dapat merasakan sama ada kecewa, sedih, tidak puas hati atau apa sahaja ... tapi dalam otak ini bagaimana ia mengalirkan perasaan itu? bagaimana reaksinya terhadap perasaan itu? apakah yang disimpankannya berasaskan peristiwa yang baru berlaku itu? dan bagaimana otak saya mengeluarkan kembali pengalaman ketidakberjayaan saya itu apabila saya hendak memulai lagi perjuangan yang baharu. bagaimana ya?

berapa banyak masa?

apa punya gambar ni ...
tak apalah ... dari tak ada ...

------------------------

dah petang ... petang sangat ... tapi memanglah aku tidak mandi seharian ni ... selagi semua baju dalam bilik baju tu tak habis dibasuh!

Triit. Triiit. Triiiit. Trit. Tit.

Dia lagi.



+ Hang Kaduk Company. Selamat petang. Boleh saya bantu, Encik?

- Kaduk naik junjung laaaa ...

+ apa cerita petang ni

- kau buat apa?

+asyik aku je ... kau tu ... tak ada laporan?

- ada ... tadi tengok cerita Cina kat Israk

+tak habis-habis cerita Cina

- dah .. sebangsa

+langsung tak patriotik ... kau tahu tak, orang Melayu kan tengok semua jenis cerita tau

-tak ada masa ... kena pilih ...salah guna patriotik tu ... patutnya muhibah

+ye la ... terima kasih

-macam baik je mood petang ni

+lapar ...

-tak mengamuk pulak bila lapar

+orang rumah semua sibuk masak untuk kenduri ... masakan kat rumah tak ada

-goreng telur sudahlah ...

+ingatkan orang tu nak belanja

-boleh, jom ...

+tak apalah ... banyak kerja ...

-masuk angin karang ...

+dah masuk angin pun ... kalau makan pun mungkin terkeluar balik ...

-itula ... tak cakap tadi ... boleh belikan

+dah la ... macam tak ada cerita jek

-ada ...

+gaduh dengan Jen lah tu ... kan kan?

-kau la ... jangan kau layan dia tu ...cakap tak tahu sudah

+dah berbuih, terjuih dan cemuih! Dia nak percaya? heh!

-topik lain la ...

+tahu pun...

-malam ni pergi ke surau?

+ummm. tempat kau ada ke?

-malas ah ... minggu lepas hampir-hampir Johan nampak aku tau

+pindah lah rumah ...

-kejam la kau

+tu la ... dah takut sangat kan. Entah-entah Johan nampak tak ... tapi dia buat derk jek ... yelah ada orang tak nak mengaku ... mana tahu Johan tu spy si Jen?

- sebelum ni tak ada pulak dia kat sini ...

+mana tahu Jen suruh dia ikut kau

-hissshhhh ...

+pindah lah ... pindah ... pindah ... pindah lagi ...

-kalau kau nak ikut tak apa la ...

+buat apa ...

- nanti aku cerita ... belum confirm lagi ...

+dapat kerja tempat lain ye?

-tak ada la ... tempat lama ... apply balik ... belum tahu keputusan lagi

+dengan siapa nak pergi tu?

-itulah ... nak ajak kau ni ... jom ...

+tak ada purpose lah ... mana ada duit pon

- ada ... mesti ada ... sebabnya kita

+buka cerita tu lagi

-hey listen ... it is not a story okay ... it is for real ...

+macam tu saja

- dah kau tak bagi aku peluang buat betul-betul ... mengelak saja

+ini pun dah kira baik tau ... bukan aku tak nak kawan dengan kau terus

-okey, okey , take your time ...

+ada hal ni ... got to go

- as usual kan ...

+Aaron ...

-okey, okey, fine.

apa faedahnya?

- dah banyak resipi kau tahu masak? tanya Aaron.

+ yang pastinya bukan untuk kau makan. kataku.

- laaaaa. yang defensif tak tentu pasal ni kenapa? Aaron - biasalah dia tu, dah menyakitkan hati orang, nak menang total pulak.

+ ala benda masuk dalam perut apa sangatlah hasilnya ...

- tengok-tengok! PMS lah tu ...

+ okey, dah ... dah ... apa agenda kau?

- ni barulah betul ... banyak nak basuh lagi hari ni?

+ banyak

- kata ada mesin baru ...

+ with the entire bilik penuh baju? tahun depan pun tak siap

- orang kat rumah buat masak-masak lagi?

+ iyelah, apalagi? dah hujung minggu macam ni ...

- ada plan baik ni ....

+ banyaklah kau punya plan

- cakap tu kalau macam orang sekolah boleh tak?

+ bergantunglah sekolah mana ...

- mana ada beza

+ nak apa ni sebenarnya?

- nak cium

+ ( ni yang aku maleh cakap dengan orang jahil ni, entah jahil entah jahat aku pun tak tahu dah nak beza ... perlu ke aku balas kata-kata keji itu?)

- marah?

+ nak apa?!

- saja nak tolong kau sidai baju ...

+ boleh ambik kesempatan sekali kan?

- mana ada. orang nak tumpang tengok kartun je lah.

+ diorang sibuk ... kau tak boleh datang ... aku sorang2 je kat atas ni

- baguslah ... kita berdua ... tak ada orang lain, tak ada orang tahu

+ (nak diapakan lagi ... orang jahat ...)

- diam je ... tak nak marah ke

+ macam budak kecik ... nak perhatian saja selalu ... duduk la diam-diam ... tak payah buat ceritalah ... aku malas nak buang tenaga marah-marah ...

- marah-marah sayang ... bukan naik darah tu ...

+ penat tahu tak, penat! ada kerja ni. Cakap nanti.

- hummmmm.