Sabtu, Julai 14, 2007

sesuatu di dalam masa


amanah Tuhan
buat!

laaaaaaaa

bear buta koyak dagu
sedang menunggu

kegemaran pada setiap masa


okay, okay ... okay ... jauhkan makanan tu ... maafkan diri ini ... entri ini penting buat kita (saya)


kita sangat suka ... membersihkan bilik air. Basuh tandas.

sebab : kita tidak percaya kepada orang lain - adik beradik kita tidak pandai cuci toilet sebersih macam yang kita cuci.

lama tidak cuci tandases rumah keluarga kita.
sekarang lantai tandas dah berkarat ... bukan kotor ... karat ... mr muscle ... boleh tolong ke?'

memang ini kegemaran kita ... nak buat apa lagi? suka. suka. suka. sukanya! Kita akan sental setiap petak tiles dan marmar dinding bilik air ... sambil menyanyi dalam hati.

kemudian bersihkan sinki, kolah dan pastinya mangkuk tandas. sampai berkilat. sampai berkilat-kilat-kilat.

kita




Ada apa hah?

Isnin, Julai 09, 2007

people ... people 2

Cerita kita-kita lagi

( Mereka 1 ("M 1") )

Senyum dia tu (mereka 1) melebar apabila nampak kita memaksakan diri bercakap-cakap dengan manusia-manusia yang dibawanya (kita yang dibawa, mereka memang dah ada di sana).

Kita : Bila kita boleh balik?

M 1 : Eh …. Nantilah dulu. Kenalah buat perjanjian dulu.

Kita : Perjanjian apa pulak? Sudahlah kita datang sini kena paksa.

M 1 : Memanglah. Ingat tak masa kecik-kecik dulu, kita berdua punyalah tak mahu makan ubat cacing , kena paksa, kan. Demi kebaikan.

Kita : Jadi apa penyakitnya sekarang?

M 1 : Manusia sombong, bongkak, bangga diri, tak sedar diri. Lupa tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Kita : Kita? Kita buat semua tu?

M 1 : Lebih kurang.

Kita : Hey! Jangan menyakitkan hati kitalah.

M 1 : Sekarang ni, orang tu dah tak bernilai satu sen pun tahu?!

Kita : Kita tahu nilaian diri kita. Bukan pada mata orang tu. Pada mata kita sendiri, tahu! Cukuplah kita tahu siapa kita.

M 1 : Itu lebih teruk. Tahu, kan, penafian diri sendiri itu perkara paling tidak cerdik yang boleh dilakukan oleh seseorang manusia?

Kita : Kita tak fikir macam tu pun.

M 1 : Tak siapa tahu sama ada sesiapa ada fikirkan apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu.

Kita : Orang tidak perlu tahu. Mereka tidak perlu tahu. Kenapa nak beritahu?

M 1 : Sebab ada yang sayangkan orang itu.

Kita : Terima kasih sahajalah.

M 1 : Sekadar mahu menyatakan sayang. Bukan cinta. Cinta kan untuk Yang Esa.

Kita : Bukankah kita sudah berterima kasih tadi?

M 1 : Hummmmm. Maka sayang yang ini bersyarat, tahu.

Kita : Apa syaratnya? Kalau mahal sangat, kita tak mahu beli. Tidak berbaloi.

M 1 : Hargai diri sendiri.

Kita : Sentiasa.

M 1 : Dengan cara yang lebih baik.

Kita : Itu persepsi. Siapa boleh tentukan ini lebih baik, itu lebih baik?

(bersambung)

Jangan tak jadi

Dia kata dia demam tiga hari apabila orang tu balik. Itu kan kisah pertemuan-perpisahan yang biasa. Malah biasa-biasa saja. Tapi dia memang demam - kerana berpisah dengan seseorang, ini pertama kali! Semua kerja pun tidak menjadi. Jumpa atau telefon buah hati pun sudah tawar hati. Kasihannya. Nak buat macam mana, lumrah hidup. Dia dah ada yang punya, orang tu pun dah ada yang punya. Nak buat kerja gila boleh, sebab belum rasmi lagi. Berani? Kata orang itu : anda seorang yang menarik, tapi saya sudah ada kehidupan sendiri. Dia : Ya, ya, saya juga. Kembalilah ke dunia nyata! Bersyukurlah!