Ahad, November 26, 2006

hummmmmm : )

hari ini hari lahir Ain

bukan sengaja (melupakan) terlupa ...

Jumaat, November 24, 2006

saya memang dah agak

Saya memang dah agak!

lucu ...

pelik ... saya masih ada perasaan seperti ... dapat mengagak bagaimana pilihan (gadis) bagi orang-orang yang dekat (bukan rapat) dengan saya ...

sebaik saya melihat si dia, pilihan sepupu saya, saya tahu, dia akan memilih gadis seperti itu ...

mengapa dia tidak akan pilih si gadis bermata besar (betul-betul besar), berbadan sedikit tegap (kemas), bermuka petak dan berkaca mata (bukan pakai contact lens), berwatak serius dan protokol? ... saya tahu, dia tak akan pilih orang seperti ini ...

dunia kami nyata berbeza ...

ya, gadis pilihannya Melayu asli - cantik, tipikal dan ... sesuai jadi isteri yang baik, moga-moga

pilihan abang sepupu saya juga begitu

pilihan bukan kacukan

kacukan kah saya?
ala ... sekadar Siam + Banjar + Jawa sahaja.
kami kelihatan ... biasa-biasa aja, kulit tidak halus mulus, budi tidak seberapa dan suka ketawa kuat ... asal saja bukan jenis peluk tubuh, juih mulut, sudah la ...

jangan tak jadi Ihar!

- kakak kau yang kacukan

Rabu, November 15, 2006

ilmu menjaga kita

(100 tahun lagi, akan ada yang bertemu saya)

ayah saya pesan, jangan berbangga dengan tanggungjawab

ya, ayah telah berjaya mencapai matlamat hidupnya

saya suka mendengar jawapan emak tentang kerjaya suaminya

tetapi saya pilu mengenang harapan arwah Tok Wan akan ayah, anak sulungnya, arwah Tok Wan tahu ayah boleh pergi jauh dari itu ... tetapi ayah tetap memilih jalannya sendiri, jalan untuk dekat dengan keluarga

kerana itu ayah membantah rancangan menghantar ayah dan emak ke pusat jagaan harian orang tua (kelak) ... sedangkan emak tak kisah, emak yang mencadangkan begitu ...

sebenarnya saya tak fikir apa-apa pun tentang itu ... saya masih saja dijaga emak ayah, dulu pun emak hantar adik beradik saya ke nursery jugak kan ...

realiti hari ini?

Tok masih menjaga dirinya sendiri ...

kalau saya 'menunggu' Tok ketika Tok sakit, saya selalu tertidur dan Tok yang 'menjaga' saya ketika saya tidur. Hummmm ....

belum matang lagi ni ...

Rabu, November 01, 2006

semuanya

PALING SEDIH

Pilu sangat tau. Bagaikan tersiat-siat hati ini.
Memanglah …. hari raya punya makna yang lain sejak Tok Wan tiada.
Keluarga yang kecil ini memang merasai kehilangan Tok Wan yang sangat dekat dengan kami.
Gambaran kuburan Tok Wan terbawa-bawa di ingatan ini …
Kiamat kecil yang akan sentiasa menjadi pengajaran … Tok Wan masih dipanjangkan usianya ketika mengalami satu kemalangan jalan raya, lebih 10 tahun lalu.
Dan Tok Wan dijemput pulang hanya dengan suatu sebab kecil …

Kenangan … pada hari raya, saya suka mengada-ngada manja mengusik arwah Tok Wan (saja nak dengar arwah menegur saya). Saya paling suka menunjuk-nunjuk kepada cucu-cucu Tok Wan yang lain bahawa Tok Wan paling sayang akan saya, cucu sulungnya. Mestilah, kan.
Saya memang ‘menyampah’ pada cucu bongsu Tok Wan si Azam. Dia mewarisi radio kecil Tok Wan dan dialah cucu yang dapat cakap dengan Tok Wan dua hari sebelum Tok Wan menutup mata. Saya juga iri dengan Lee yang meletakkan Tok Wan di pembaringan abadinya.
… tiap-tiap dekat-dekat peperiksaan saya mesti buat permintaan khas kepada Tok Wan - doanya, zikirnya, solat hajatnya.

Pastilah jika Tok Wan ada lagi … hatta dari Marikh pun kami anak cucu akan telefon … minta doa restu.

Kini tiap kali menjelang peperiksaan … saya akan rasa tertekan sangat, menangis sebab Tok Wan dah tak ada untuk mengiringi perjuangan saya dengan doanya.

Pada suatu hari, ketika saya bakal mempersembahkan kertas seminar saya … ayah ada bermimpikan arwah Tok Wan … kata ayah, Tok Wan bertanya adakah anak ayah hendak mendapat A (lulus cemerlang) … maka dalam mimpinya itu ayah diajarkan Tok Wan cara memohon kepada Tuhan, caranya ialah bersujud kepada Tuhan.
Bukan kerana rindukan arwah Tok Wan saya lemah begini …

Saya membayangkan … kalaulah boleh … saya …
tak mahu makan kuih raya,
tak mahu makan rendang,
tak mahu menonton TV,
tak mahu juga bertemu sanak saudara
tak mahu jumpa kawan-kawan.

Memang malas ah.

Kalau boleh mahu bersembunyi di mana-mana, berkelubung saja di atas tilam dan hanya mahu membaca …
Malas sekali mahu mencantikkan rumah, malah mengemaskannya pun tak mahu!
Memang tak mahu buat apa-apa.
Langsung tak mahu.
Tahun ini pun tidak jemput siapa-siapa ke rumah.
Tidak hantar kad mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapapun.
Tak akan SMS.
Nombor telefon orang yang saya sayang pun dah hilang. Tak tahu nak cari ke mana nombornya itu.
Tak akan telefon kecuali kepada beberapa manusia penting.
Tak akan angkat telefon kalau Aaron menelefon (jangan kau telefon, Aaron! Sia-sia kena sembur nanti.)

Aduh … bolehkah kalau tak nak balik kampung … malu tak keluarga saya kalau saya ikut balik?
Ayah pasti marah jika saya buat hal.
Sepanjang Ramadhan ini pun saya buat hal juga.
Selain yang wajib-wajib, saya memang malas sekali turun ke dapur, saya jadi manusia lemah yang tidak bermaya mengisi kehidupan.
Sedangkan Ramadhan ini saya tunggu kehadirannya dengan penuh harapan – untuk mengisinya dengan ibadah kepada Tuhan.
Ampunkanlah kegagalan saya ini, Ya Aziz!

Sejak awal Ramadhan ini apabila ia menyebabkan saya gagal berpuasa pada hari pertama … saya sudah ‘bad mood’ habis.
Saya sentiasa berdebar-debar sepanjang bulan ini.
Sebabnya …. kiraan dan jangkaan saya mesti tepat, pasti tepat. Tidak pernah tersasar.
Emak saya ketawa-ketawa dan pura-pura bertanya tentang hal itu. Saja je nak menyakitkan hati sayalah tu.

Saya tak suka telekung baru yang emak belikan untuk saya, dan saya sakit hati sebab emak kata bukaan bahagian muka telekung lama saya lebih besar dari wajah saya. Sepanjang Ramadhan ini saya langsung tidak pakai telekung baru itu, buat apa, berkerawang sana sini, gatal kulit bila tersentuh bahagian berkerawang itu. Telekung apa macam tu.

Tak suka!

Saya tak lena tidur malam, terfikir-fikir akan apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan apa yang saya takuti dari menjadi kenyataan.
Benci betul.

Takkanlah saya nak memotong ketupat dan merendang pulak pada pagi raya ini! Isi kuih dalam balang?!!!!
Saya mana pernah saya buat semua tu!
Takkanlah saya kena tinggal sorang-sorang di rumah pada pagi raya nanti?
Tak nak!

[ Akan saya paksa adik-adik perempuan saya yang tiga orang itu agar jangan solat sunat raya tahun ini … memang saya dengki ! Sesak dada saya ni tahu ! ]
Tahun ini tak ada raya. Kensel (cancel), tahu !
Pilunya hati ini. Rasa bagai tersiat-siat.

Kenapalah saya tidak cari pil penahan haid itu?
Kenapa?!!!!!!!
-------------------------------------------------------------------------

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL

Dengan hati yang sangat sedih
Aku bersedia melepaskan RAMADHAN ini pergi ….
Kesal kerana tidak dapat menghidupkannya dengan amalan yang banyak.
Malu hendak meminta agar tahun depan aku dipertemukan lagi … meskipun sangat berharap!
Masih lagi aku berada di dalam duniaku sendiri, maaf, semua.
Ku pohon keampunan di atas semua salah silapku kepada anda, halalkan makan minumku.
------------------------------------------------------------

FREE SPEECH HERE …. (already paid).

Sesetengah orang (setiap orang) ada kegilaan tersendiri.
Aaron dengan kegilaannya hendak bekerja di Norway dan memberi kata dua sama ada saya hendak mengikutnya atau lupakan saja. Norwich … jauhnya, [ awak ] !
Memulakan dengan ini, apa maknanya?
Takutkah saya?
Saya, takut?
Aaron dengan sorotan mata sinisnya, meski tidak pernah berani menterjemahkannya dalam bentuk perkataan – merendah-rendahkan saya sebagai ‘si pengecut’.
Takutkan Tuhan …

Pun apa daya, ada bimbang juga nanti yang itu keciciran, yang di tangan berteraburan.
….. kegilaan saya.
(tolonglah), ada tujuh (7) bulan sahaja lagi.
Saya perlukan diri sendiri untuk tujuh bulan paling kritikal ini.
7 bulan tak lama … macam tujuh hari sahaja, sungguh.

Ke mana pula, selepas ini?
UK?
Toronto?
Christchurch?
Norwich …..
… dah ramai orang Melayu di mana-mana, mungkin saya tak perlu ke mana-mana. Jejak kami ada di serata dunia! Malah dah ada calon angkasawan pun!

-------------

Eh … eh, dia tu … kalaulah awak hendak tersenyum tersengih sinis di situ … teruskanlah.
Tapi ingat. Agenda saya, adalah milik saya.
Saya tidak lupa akan janji kepada diri sendiri.
Ikrar!
"Dengan Izin Tuhan, walau apa pun jua yang menghalanginya … sehingga titisan darah terakhir akan aku genggam ilmu itu jua akhirnya".
Saya berlari, berkejaran dan mencuri-curi masa di sana sini …
Kalau boleh memang hendak penuhi kehendak ramai orang … tapi saya tetaplah saya … (matanya sering berkata dengan nada mengejek …’engkau ada banyak ketakutan’).
takutkah saya?
Kerana saya takut … ini menjadi Escapism saya …. Perlarian saya,
Sama ada tehranifaisal atau di sini atau dia, semua itu sementara sahaja sedang di sepanjang jalan sambil mengendong impian saya juga menepis duri-duri di jalanan.
Malangnya mungkin juga masih ada juga syaitan di bulan mulia ini.
Engkau tahu … sesetengah orang (setiap manusia?) ada trauma casesnya sendiri.
Saya juga ada …
Secara peribadinya saya memang tak boleh nak buat apa.
Saya, akur dengan ketentuan Tuhan, keluarga saya memang mungkin layak dipijak … kadang-kadang kami disuruh buat kebaikan dengan pujukan hanya untuk dipijak selepas itu.
Dipujuk untuk merelakan diri dipijak,
(sebenarnya saya tak tahu bagaimana hendak menggambarkannya, mungkin saya telah keterlaluan)

…. ilmu kami yang sehalus debu ini di bawah telapak kaki mereka yang ada syurga itu.
Malang sungguh bagi manusia yang mempelajari hak asasi manusia, hak-hak wanita dan hak kanak-kanak, juga pelbagai hak lagi … jua hak sebagai Muslim!
Hampir "gila" saya memikirkannya!
Aaron … kau … eh, awak juga bersembunyi selama sembilan (9) tahun ini … tak siapa boleh membantah, itu pilihanmu sendiri.
Kenapa mesti jauh di Norwich baru hendak dilaksanakan, dirasai kebebasan itu?
Di sini pun boleh!
Sudah banyak contoh!
Selalu engkau … eh, awak, berkata "itu bukan saya,"
Ataukah kau, awak, yang tidak mahu menjadi seperti itu?
Saya (mungkin) tidak akan mengikutmu. Belum lagi.
Ingat, kita ada jalan sendiri.
Duri yang sekian banyak saya dan keluarga seret dan terlekat pada pakaian kami - dengan senyuman kami bawa juga kerana amanah Allah S.W.T.
Kadang-kadang kami mengeluh, kadang-kadang kami derhaka kerana menyesali ketentuan Tuhan. Kadang-kadang kami tidak menerimanya, kadang-kadang kami terjerat pada perangkap yang sama.
Berkali-kali. Banyak kali.
Kalau kami pandai, kami tentu sahaja mengambil jalan sendiri-sendiri. Banyak keluarga seperti itu. Tetapi belum tentu itu yang Tuhan mahukan.
Barangkali memang kami layak dihina kerana solat kami barangkali jua ada yang kurang sempurna.
Sama sekali ini semua bukan beban, tapi ketentuan Tuhan.
Kalau saya cerdik, saya akan ikut kamu … awak.
Tapi saya memang tidak cerdik, dan hanya layak di bawah hinaan dan kemilau mereka yang tak berapa cerdik juga itu, maka … tunggulah dulu, Aaron. Pasti ada jalan. Tuhan akan tunjukkan jalan, setelah saya benar-benar bertaubat dari tulisan saya kali ini.
Saya hanya … tak tahan dengan bisikan syaitan bertopengkan manusia itu.
Mereka hendak kami terlungkup semuanya, dengan segala tekanan, provokasi dan semua karenah mereka … harap-harap saya salah.
Saya malu dengan sikap mereka, malu jika orang lain tahu mereka seperti itu! Perincian segala sikap mereka kepada kami, biarlah kami sahaja yang tahu … tetapi memang sikap mereka itu tidak seperti muslim dan muslimah biarpun tidaklah seteruk haiwan.
Saya memang rimas dan merasakan ilmu saya begitu terhina dengan hidupnya saya di kalangan mereka … sangat menggusarkan saya. Saya bukan seperti yang mereka lihat. Saya dan adik-adik saya bukan seperti yang mereka ingin kami jadi atau sama sekali bukan seperti yang mereka fikirkan.
Kami bimbang mereka akan pengsan jika mendengar apa yang kami luahkan tentang mereka malah lebih takut lagi jika mereka tahu siapa kami ini dan apa yang ada dalam otak kami.

Jauh dari itu kami juga saling membincangkan mungkin juga mereka telah mengagak siapa kami ini dan sejauh mana kami boleh pergi tetapi mereka tidak mahu mengakuinya malah cuba menghalangi jalan kami, atau melambat-lambatkan perjalanan kami dengan pelbagai karenah mereka itu.

Kami tidak perlu pengiktirafan, kami hanya mahu dilepaskan.
Dilepaskan untuk bebas menjadi diri kami, bukan terpaksa berpura-pura ‘bodoh’ seperti ini hanya kerana Tok masih hidup atau kerana Tuhan masih ada.
Tuhan akan mati? Lihat, lihat, lihat! Kesesatan saya sudah sampai ke situ. Nampaknya jika Tuhan itu tidak ada, lumat mereka saya kerjakan. Hanya kerana Tuhan … hanya kerana Tuhan … maka terpeliharalah mereka dari tangan saya!
Kau, awak, awak belum biasa melihat saya ‘mengamuk’ kan?
Sesekali diri saya yang ‘sebenar’ terlihat di mata awak … maka mata awak itu pun dibulatkan buat menegur kekasaran saya … atau merajuk (dah pandai ya!) … pun, pernahkah saya mengalah?
saya tak mahu jadi mangsa mitos "superiority" lelaki, tahu kan?

Maka usahlah kau [awak] memberi-beri kata dua kepada saya … saya punya fikiran sendiri, jika memang kuat tautan jiwa kita, pastilah tidak ke mana …

Namun,
Dalam hidup ini, kami memang dari bangsa hina,
sungguhpun mereka mahu kami dihina oleh Tuhan juga, barangkali mereka tidak akan berjaya berbuat demikian.
Untuk menggagalkan mereka, selepas ini saya akan mintak ampun daripada Allah S.W.T kerana menyuarakan kesakitan saya ini.
Oh … saya sakit, pastilah mereka suka dengan kenyataan saya ini … entahlah, yang pastinya sakit saya ini bukan kerana perbuatan mereka itu tetapi kerana saya ini banyak tidak redha dengan ketentuan Tuhan.
Itu masalah saya dengan Tuhan.
Masalahnya … mereka dengan saya dan keluarga saya, ada ahli-ahli keluarga saya yang tidak mahu menghalalkan.
Seharusnya saya boleh terima dan memaafkan sahaja kesalahan yang mungkin sahaja akan mereka ulangi (mereka belum pernah berhenti) …… !!!
… saya tidak mahu awak (eh … engkau) berkecil hati … namun, orang pelarian seperti saya tidak boleh bersama awak, sekurang-kurangnya awak mesti mencapai taraf seperti mereka-mereka itu … barulah layak berganding dengan saya.

Serius.

Seribu kali seriusnya engkau, Aaron - dua juta kali aku [saya] serius dengan latar belakang hidup yang telah terbentang dan ingin ku lawan sedaya upayaku.
Maka aku [saya] tidak boleh gagal.
saya akan kata … saya mahu memilih, yang alim-alim ilmu agama sahaja, yang boleh mengimamkan seluruh ahli keluarga saya, kaya harta, ilmuan dunia juga, baik perilaku … wajah sesedap mata mereka memandang …[biar mereka tidak boleh komen walau sepatah kata!]
huiiii …. banyak cantik!
Pun hanya satu komen dan doa yang mereka boleh luahkan "Ha, handsome, baik, sempurnalah konon … suatu hari nanti kena cerai baru tahu. Jadi janda. Tak pun laki kau mati muda, hah, jadi janda juga, tengoklah … bukan selamanya kau bahagia, takdir Tuhan tu siapa tahu,"
Mereka tak tahu apa takdir yang akan menimpa kami, tapi mereka mahukan yang buruk-buruk.
Prasangka buruk saya kepada Tuhan makin melampau, kan? Itulah hakikatnya.
Saya (keluarga kami) memang sudah jadi pelarian sejak berzaman, maka saya tak mahu jadi pelarian kali kedua.
Jauh pulak tu. Kasihankanlah ‘keturunan’ kita nanti … (eh, eh … mengada-ngadanya). Jauh kan atuk nenek ‘mereka’ dan sebelah awak pun (mungkin) tak akan terima
… saya dan adik-adik telah berapa lama ini menderita mental dan jiwa, tetapi nampak macam okay aje kan?
Jangan … jangan dekat. Saya ada kecenderungan mempertahankan diri yang kuat, yang cepat menghidu masalah dan cepat bertindak. Kalau sudah terpelanting, awak tak akan saya kutip lagi.
Tuhan, marah, saya tahu. Tetapi mungkin Tuhan juga sayang dan bangga dengan saya kerana mempertahankan diri dengan fikiran dan ilmu yang dikurniakanNya.
Yang bahayanya, kata adik saya, sebenarnya mereka itu (ntah siapa, ya?) tidak tahu apa yang telah ada dalam otak kami, setelah kami terindoktrinasi di universiti tempatan di bawah AUKU selama bertahun-tahun ini.
Atau … mereka tidak mahu mengakui kami layak punyai sesuatu … Talibankah? Feudalisme mana asal mereka? Bukan komunis, pun bukan ortodoks … munafik mungkin! Paling teruk, JAHIL ! Kesiannya … awak … eh, bukan awak ye, maaflah ye. Habis kenapa awak bersembunyi … keluarlah … mengakulah dan sebarkanlah serta berbanggalah … semoga Allah memberikan awak kekuatan sepertimana Dia memberikan awak cintaNya ketika awak menghadapi kesunyian selama ini.

Kisah saya … mereka itu tidak pernah mahu mengaku dan melihat kami sebagai berpotensi untuk menjadi sesuatu …

Sesuatu, apa?

Tanah.

Layaknya kami ini kembali ke tanah. Itu sahaja nilaian kita semua.
Bezanya hisab kami sahaja. Tuhan terima kami, atau mereka? Atau bezanya kami terima lima ratus pukulan sedangkan mereka dapat lima ribu? Siapa saya untuk kata begini?
Teruskanlah perjalanan awak (ini untuk mereka juga), usah ditarik saya (kami) bersama,
jangan paksa saya … awak dan mereka tidak akan berani menentang wajah kami nanti …
terserahlah kepada Allah, kami pasrah, sesungguhnya bukan mereka yang menghidupkan, memberi rezeki dan mematikan kami …
Hanya Allah yang Maha Mengetahui!
Hanya Allah Yang Berhak Menentukan, Merajai segala sesuatu!
…. Sungguh, dan benar … di sebalik segala santun ini …
Hanya Kerana Allah semuanya …
Untuk itu … mengertilah … saya tidak layak untuk sesiapa.
Kalau mahu, tunggu.
Kalau tidak … jalan ikut sana.
Nampak tak jalan itu? Ada yang nampak? Awak?
-----------------------------------------------

DEFENSIVE

Tuhanku,
takut menunggu saat diperlekehkan (lagi) lebih aku takuti dari mati.
Kerana apabila mati aku dihadapkan kepada Engkau Yang Maha Pengasih tetapi menghadapi mereka itu menyebabkan aku terpaksa menggunakan semua skil diplomasiku ketahap paling maksimum. Kadang-kadang aku merasakan seperti berpura-pura sahaja, tidak lagi ikhlas mahu mempertahankan akhlak sebagai Muslim tetapi hanya mahu menunjuk-nunjuk akulah yang paling mulia.

Mungkin patut aku menyembah mereka saja.
Aku tidak pernah takut kepada Engkau seperti aku takutkan mereka.

Kerana apabila mereka berbuat begitu, aku sangat merajuk kepadaMu.
Merajuk kerana aku fikir aku tidak pernah menduakanMu lalu kenapa Engkau membiarkan aku dan keluargaku dihina, membuat berhari-hari hatiku menjauh darimu. Tidak lagi mengharap-harap dalam doaku, kerana sebal hatiku.
Lalu menderhakalah aku kepadaMu, sesuka hatiku. Engkaulah Yang Maha Tahu.
Sungguh Engkau Berhak menguji kami!
Tapi Tuhan … sudah begitu lama.
Bolehkah aku mengadu … tapi apakah pengaduanku akan menjerumuskan aku kepada berburuk sangka terhadapMu?
Tapi kami tak ada tempat lain lagi!
Kalau bukan kerana aku ini Islam.
Kalaulah aku bukan Melayu (Jawa + Siam ???).
Kalaulah bukan aku ini …
Mereka sudah aku NYAHkan dari hidupku.
Tapi barangkali masih ada yang aku harapkan daripada mereka.
Barangkali aku tidak membahasakan mereka kerana aku takut akan terjadi perkara buruk kepadaku dan keluargaku lalu mereka menempelak kami dengan mengatakan itu disebabkan aku menderhaka kepada mereka.
Kenapa Tuhanku, kenapa setiap kali ada masa luang, ini yang aku fikirkan? Bukankah lebih baik aku baca ayat-ayat suci Al-Quran yang selalu dapat membasuh luka hatiku (kami) ini?
…. aku tidak layak lagi memikirkan hal remeh temeh seperti ini. Sudah 29 tahun kami dihina. Puncanya hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui.
Kalau mahu, kalaulah kami begitu bertekad, kami tidak mahu menghadap wajah mereka lagi.
Tetapi betapa kami akan mengingkari amanah Engkau, wahai Yang Maha Gagah Perkasa?
Tuhan … Izinkan aku … meminta kau jauhkan kami dari fitnah dan penghinaan mereka.
Sudah terlalu dekat rasanya hari yang mereka tunggu untuk menghina kami lagi.
Aku tidak ada masa untuk dibuang untuk mereka lagi.
Aku memang sangat banyak kerja lain, Tuhanku.

Aku tidak mahu menyelit di tengah mereka hanya untuk mendengar mereka membangga-banggakan diri lalu memperlekehkan kami.
Tuhan! Aku patut berdoa menjauhkan perkara itu, tapi aku dapat rasakan, itu yang akan berlaku.
Aku rasa kasihan dan bimbang juga jika mereka terperanjat jika aku mengeluarkan hujahku nanti.
Juga kasihan kerana mereka begitu lambat untuk insaf.
Kasihan kerana mereka takut kepada keupayaan kami, dan berharap kami tidak punya upaya-upaya yang mereka bayangkan itu.
Kasihan kerana mereka lebih suka menafikan kedudukan kami dari mengiktirafnya. Pengiktirafan tidak perlu, hanya, biarkanlah kami bebas!
Entahlah, mungkinkah kami memang layak untuk dihina?
Mungkinkah kami salah? Salahkah kami kerana bukan dari bangsa mereka?
aku tidak mahu merajuk lagi kepadaMu.
Derhaka aku ini sudah melampau-lampau.
Aku merasakan aku ada tugas yang lebih besar dari tugas untuk menyuakan kepala untuk diketuk. Kemudian selepas diketuk kami mesti senyum-senyum dengan ada sikit-sikit riak sedih, supaya mereka puas hati.
Tuhan … aku tidak layak berada disamping mereka lagi. Mereka bukan ranking aku untuk aku tegur, malah mereka Engkau Izinkan untuk terus bersikap seperti itu, Ampunkan mereka, Ya, Allah! Kembalikanlah mereka kepada kami semua.
Benar, Ya Allah, ini bukanlah dendam, tetapi belas kasihan yang amat, bagaimana jika mereka sakit jantung mendengarkan keintelektualan kami yang bersendikan iman itu nanti?
Kami tidak layak memalukan mereka, Ya Allah.
Tahanlah kami dari membalas, wahai Tuhan Yang Maha Pembela!
Ampunkanlah aku ini Tuhanku! Sewajarnya aku bersyukur diberikan akhlak seperti yang Engkau peliharakan ini.
Namun sebenarnya di hadapanMu aku muflis kerana masih mempersoalkan ujianMu yang kecil ini. Betapa nanti jika kami diuji dengan ujian yang lebih besar?

Jangan kau bebankan kami dengan bebanan yang tidak dapat kami pikul … kasihanilah kami, Tuhanku.

---------------------

Tuhan, bulan Ramadhan ini … terasa aku sangat jauh darimu, sedang bulan inilah yang aku dan kami semua tunggu-tunggu.

Malam ini mungkin sahaja malam seribu bulan ibadah yang dikurniakan kepada mereka yang Engkau pilih.
Aku tak pernah bermimpi secara nyata untuk menikmatinya …
Aku … ingin sekali memohon ampun kepadamu dengan sebenar-benar keinsafan.
Bukakanlah hatiku, Ya Allah!

Pertahankan kami dalam akidah dan akhlak ini, Ya Ghaffur!
Harapanku sekali ini, ia menjadi rajukku yang terakhir kepadamu tentang mereka.

Juga … pengakhiran fikiranku tentang mereka. Selepas ini mereka bukan lagi halangan kepada kami semua! Lepaskanlah kami dari fitnah mereka!
-------------------------------------------------

salam

bagus sekali

terdelete blog asal

bengang nih.