Isnin, Mei 16, 2011

kisah luar biasa di hari ibu

Hari ini 16 Mei, hari guru ... kami pensyarah pun menumpang sama ...

---------------------------------

"Oh anak, sentuhan ajaibmu ibumu perlu"

Saya menulis ini bukan sebab hendak memberitahu.
Saya menulis sebab blurrrr.

Saya lahir di ibu kota, mungkin boleh berdikari sebab emak saya bekerja tetapi banyak manja sebab apabila adik-adik perempuan sudah dewasa mereka banyak 'cover' tugas saya sebagai anak sulung. Senang cerita kerja rumah dan tanggungjawab jaga mak ayah semua adik-adik 'rampas'. Saya suka.

Itu dalam keluarga saya besar sendiri.

Keluarga besar sebelah suami ... semuanya anak lelaki. Dua duduk KL.

Sekarang mak mertua sakit, mungkin kritikal. Barah, kata doktor, stage 4. Itu kata doktor.

Nahhhh. Siapa perlu jaga?

Saya satu-satunya menantu perempuan (yang manja, tak tahu buat kerja) ... saya dan suami sahaja yang tinggal di Melaka.

Selama tiga (3) minggu ini berulang alik ke hospital setiap hari. Tiap-tiap hari.

Semalam, mak mertua sudah tidak boleh jalan ke bilik air.

Buang air di atas katil, mandi pun atas katil.

Mula-mula jururawat tolong buat sebab kebetulan saya tiada di situ, lepas tu saudara terdekat mak mertua tolong.

Pagi ini, saya. Giliran saya menolong mak mertua buang air pakai bekas khas, lapkan badannya dan bedakkan dia, pakaikan baju. Terlupa bawa sikat, saya sikat rambutnya pakai tangan saya sendiri.

Saya tidak pernah buat kepada emak sendiri (kecuali cium-cium dan urut mak serta buat facial untuk mak, untuk bermanja.

Saya ulang : saya tak pernah buat untuk ibu saya sendiri.

[ eh kena pada tajuknya tak?]

------------------------------------------

Duit anak-anak mak mertua dan saudara mara berkepuk datang, saya bukan kata mereka hanya tahu bagi duit, tapi ... duit itu tak sama dengan sentuhan anak-anak

-------------------------------------------

saya sebak, sangat.

-------------------------------------------

moga ibu mertuaku dapat disembuhkan, amin!

hari ini memang hari guru.