Rakan-rakanku sekalian,
Anda sekarang, tutupkan mulut yang terngaga kesan dari kejutan dan tergamaman anda akan naiknya berkali ganda harga minyak itu.
Ya, ya, kita semua hanya jangkakan 30 sen. Tiba-tiba naik 78 sen. Tak apa. Orang putih kata it's (about) time.
Okeh, jatuhkan bahu anda, lepaskan nafas yang anda tahan lebih 24 jam yang lalu dan ikut saranan yang telah disyorkan oleh kerajaan, NGOs dan orang awam.
Jangan layan emosi pembangkang. Kalau mereka menang hari tu, tak semestinya harga minyak tidak naik. Inikan fenomena sedunia.
Saya, telah mulakan ... berjalan kaki ke pejabat sejak dua hari yang lalu. Yalah, sebab rumah sewaan saya dengan kolej tempat saya mengajar hanya 7 minit berjalan kaki, juga 7 minit naik kereta (ada lampu merah
99 saat sebab tu lambat). Maka kalau tidak banyak barang yang yang perlu dibawa, badan sihat, saya memutuskan untuk berjalan kaki sahaja.
Saya tinggalkan kereta dalam jagaan Allah S.W.T. Saya ingin berjimat. Mesti berjimat.
Kiraan bulanan saya begini :
Gaji - dirahsiakan ...
Sewa rumah - RM 500 (duduk seorang, belum cari housemate baru)
Kereta - RM 497 (nasib baik aku tak ambik Vios hari tu)
Petrol - RM 250 (bulan lepas hanyalah RM150)
Api & Air dan Gas Memasak - RM 100
Makan - RM entah, tak tahu nak kira bab makan ni.
MARA - RM 50 (hari tu buat Sarjana menggatal nak pinjam)
Kebajikan - RM 30 (kira zakat lah ni)
Buat masa ini belum pernah beri kepada emak dan ayah lagi, tapi beri pada Tok ... depa tak mintak (baguih punya anak).
Untuk mengurangkan perbelanjaan, saya ingin berkongsi kereta. Rasa-rasanya nak hantar maklumat diri ke ruangan (tak tahu apa) ... ditambahkan dengan iklan:
"Mencari rakan untuk berkongsi kereta ... rumah sewa dan berkongsi hidup"
Ada yang boleh tolong carikan? Kalau boleh secepat mungkin sebab usia saya akan mencecah 31 tahun, 18 Julai ini ... faham-faham jelah.
Saya serius. Yang anda ketawa kenapa?
aminahjazilahabubakar