Jumaat, Oktober 03, 2008

..... jalan-jalan ..... nak jalan-jalan ....

tapi tak mood lah!

Taren balik JB ada kecemasan.

Aku macam orang gila tunggu dia datang beraya.

Aku ajak si Razwi datang umah .... ingat nak gi ambik dia, alamak, ayah aku marah ... katanya mana ada cikgu datang ambil anak murid

ada .... cikgu Mohamad dulu amik aku kat stesen bas Seremban.

lagi ... nak ajak Victor datang, alamak dah terhilangkan nombor telefon dia.

tak main bowling ----- tiap-tiap tahun pun tak main, tengok jeh.

Nak gi mana?

nak beli tudung kat mana tak tahu.

bosan gila.

...... nak telefon archik, tapi tak mood jugak!

Ya Allah!

Khamis, Oktober 02, 2008

dia ... wujudkah?

Israk. 8.45 malam. Raya kedua.

"Kejar masa?"

Dia melempar kunci kereta di atas meja seraya menggamit Faruqi.
Dari kejauhan pemuda kecil hitam manis itu hanya membalas dengan ibu jari diangkat ke atas.

Aku tidak mengiakan kata-katanya. Dari sejauh Cyberjaya dia datang. Sejak balik ke tanahair, dia tidak pernah balik ke tempat lama, ini kali pertama.

"Apa khabar, Mala? Makin kurus nampaknya." Dia menegur Mala, temanku. Mereka pernah bertemu tiga kali. Mala pernah belajar di kolej tempat dia mengajar suatu waktu dulu. Mala yang duduk bersebelahan denganku entah kenapa masih malu-malu.

"Sihat. Mr Lee balik lama?" Mala berbasa basi.

"Lama dah balik. Mala saja yang tak tanya khabar saya," Aaron mengambil tempat setentang dengan Mala.

Aaron beralih memandangku apabila Mala kembali tekun membelek risalah iklan yang sedia ada di atas meja restoran mamak itu. Angin malam kuat meniup. Pokok palma tinggi kuat bergoyang. Aku memegang hujung tudung, takut tersingkap.

"Tak balas pun kad raya." Aaron mula bersuara setelah lama memerhati pokok-pokok yang kuat bergoyangan.

"Baru baca. Tak tahu nak balas macam mana." Tukasku.

"Klik sahajalah mana-mana, susah sangat."

"Kereta baru?"

"Housemate. Aku accident ... awal puasa. Entah perempuan tu buta agaknya, habis di sodoknya pintu aku, nasib baik ada airbag tau."

Tersentak aku mendengarnya. Aku juga melanggar kereta orang, awal Ramadhan lalu. Aku bungkam. Aku hanya perhatikan tangannya yang berbalut hingga ke siku.

"Sikit saja. Tak warded pun." Dia ketawa-ketawa.

"Engkau pun, lain kali, empat mata tu jangan letak kat lutut semuanya." Dia menyambung.

Dia tahu. Kerja siapa lagi. Jennifer.

"Semua okay?"

"Ok. Everything is fine"

"Tak ada plan gaduh tau ." Dia berkata, separuh berbisik. Aku terkejut sedikit.

Mala tidak mendengar, atau pura-pura tidak mendengar. Ah ... Mala pernah mendengar kami bertekak pun, macam Mala tidak ada di antara kami, kami balun bergaduh teruk.

Dia gelak-gelak lagi.

Faruqi tiba membawa limau ais. Mereka bersalaman, berpelukan, lama. Bertanya-tanya khabar. Macam biasa, berbahasa ayam itik, tetapi saling memahami.

Seraya Faruqi pergi, dia berpaling kepadaku.

"Okay, cakap."

Aku tidak sempat berfikir, tak sempat telan air liur pun.

"Ah ... aaaaa .... dia, dia ... dia fikir engkau wujud,"

"Siapa? Apa maksud kau 'dia fikir'?"

"Engkaulah. Wujud, ada dalam dunia aku,"

"Eh?"

"Nanti dulu. Jangan komen."

"Engkau yang nanti dulu ..."

"Satu minit. Aku dulu. Bagi aku seminit."

Dia geleng-geleng, tidak percaya dengan apa yang didengarnya, mungkin. Serius. Dia angguk menyuruh aku membuka mulut.

"Selain Rose, dia pun tahu, baca tentang kau. Tak sengaja. Aku tidak berniat ..."

"Hummm??"

"Engkau, dia, dia anggap kau kawan baik aku, wujud ..."

"Nanti! Habis tu? Siapa ni? Mala, Mala ... nampak saya tak?"

"Tolong jangan libatkan Mala, boleh?"

"Engkau yang anggap aku tak wujud. Ini bukan isu. Sampai sini saja. Seminit dah habis."
Dia bangun. Bersiap untuk pergi. Wajahnya serius.

"Aaron."

"Saifullah. Ingat. Kau asyik panggil aku Aaron ... sebab itu aku tak wujud dalam dunia kau."

Berani, Aaron. Aku pandang Mala. Mala sepertinya terkejut sedikit.
Aaron tersenyum, kepada Mala. Mala nampaknya memahami. Dia tidak menyampuk.

"Aku ada agenda lain, Aar ... Pul."

"Dah tahu." Dia buat lagi senyuman misterinya.

"Apa?"

"Aku dah dengar dari kak Yong."

"Kak Yong tahu apa?"

"Kau memang tak akan cakap sendiri, aku ... tak ada lagi dalam hidup kau."

"Pul ... aku ... okay, kak Yong kata apa?"

"Doesn't matter."

"Great."

"I shall ... go. Take care ... and ... and ... whatever. Okay Mala, telefon saya nanti. Saya jelaskan nanti."

Aku tak sempat menokok apa-apa.

Masa dia pergi, hati aku macam batu. Dia pula tidak pandang-pandang ke belakang. Faruqi ikut ke keretanya. Berbual-bual lama kedua-duanya sebelum dia memecut pergi. Lagi.

Mala memandang aku. Aku pandang Mala. Mala tidak bereaksi.

KUALITI INTELEK

Fizah, adikku, yang juga kakak aku (jangan pelik, dia kakak dalam keluarga, semua benda dia buat, aku pembantunya sahaja ---- tukang tengok) ..... ya, Fizah membuat kenyataan pedas:

"Sekarang kalau kita tanya ... kakak melongo sahaja. Dah tak ada kualiti."

Lagi ...

"Dah macam orang sasau."

Huh?!

Katanya, maksud dia, perbualan, perbincangan kami dah tidak ada kualiti intelek.
Aku dah angau bercinta, komennya ... semua yang keluar dari mulutku hanya tentang cinta dan seputar cinta.

Entah. Aku tidak sedar itu.

Aku rasa macam biasa sahaja.

Aku dah boleh baca akhbar semula, tengok berita dan menulis. Perlahan-lahan pukau dan sumpahan cinta bergaul dengan kehidupan rutinku ---- rasa selesa, rasa biasa.

Intelek dan kualiti. Bincang-bincang berat.

Fizah membutuhkan itu dariku.Ya, aku korek kembali kisah berat --- seputar kemanusiaan, seputar keluarga dan tanggungjawab. Cita-cita Al-Quran. Cita-cita kejayaan. Cita-cita ilmu.

Cita-cita berumahtangga ---- belum difikir secara serius. Secara rasa, ada. Secara inteleknya belum. Bersedia? Secara rasa --- iya, secara inteleknya ---- belum mencapai tahap pemahaman yang tuntas!

Rasa ---- sayang ---- rasa ---- kasih ----- membuak-buak.

Kualitinya belum dicapai .... bila lagi? Bila masanya tiba.

Dan memang banyak seputar negara dan kemasyarakatan belum habis dibincangkan. Rindu sangat kepada adikku Fizah ---- sekalipun dia kini di depan mata ---- rasa macam jauh????

Mungkin masanya (masa itu) telah perlahan-lahan tiba ... dan kami pun cuba redha.

Adik (kakakku), engkau tetap kesayanganku.

Dan aku tahu sebagai kakak, engkau sentiasa mendoakan kebahagiaanku, sebagai adik engkau selalu taat. Terima kasih atas segalanya, adikku.

(Mungkin) Dia adalah yang aku tunggu-tunggu selama hayatku, tapi engkau berada di sisi sejak mula.

Dia akan menjadi nombor satu bila saatnya tiba, sehingga itu, sebelum waktunya tiba, engkau masih teratas dalam carta!

dan sementara itu juga, kita masih boleh mengira bintang-bintang di langit bersama!

Insan yang ku kenali

SELAMAT PENGANTIN BARU

Saudara M, rakan friendster saya, asalnya rakan seuniversiti adik saya, menjemput ke majlis pernikahannya.

Aduh, dik, di Bandung, Indonesia, dan sungguh dekat sangat tarikhnya ---- 12 Okt.

Kenal dia dan kebaikannya, sungguh sekejap, tidak rapat tetapi berkesan di jiwa.

Bila, ya, dik, boleh kita bertemu muka? ------ kakak