Jumaat, Januari 28, 2011

No, it does not matter at all

Salam buat semua,

Apa kena mengena entri dalam bahasa Melayu dan tajuknya yang ditulis dalam bahasa Inggeris?

Entahlah.

Sedang tunggu kelas yang lain - tak rajin nak prepare (dah tiga tahun ajar subjek sama, benda dalam kepala boleh keluar macam air - Alhamdullillah)

Syukur juga, tahun ini (semester ini) dapat subjek baru - Law & Society

[tetiba teringat Afni] sebab si Afni perkenalkan saya kepada Law of Attraction

Apabila dapat subjek baru sepatutnya kena prepare habis-habisan

Tapi dalam dua minggu ni hanya bagi briefing dan melayan students bertanya macam-macam benda semasa berkaitan subjek - borak-borak berisi !

Sengaja bagi tugas cari short stories on morality and law--- sebabnya belum sempat nak mengkaji contoh-contoh terkini yang boleh dikaitkan dengan topik pengajaran

Salah seorang pelajar mendapatkan sebuah cerita tentang pengguguran anak secara haram, kisah benar, penulisnya siap memberikan nasihat jangan menggugurkan anak secara sengaja dan tanpa sebab yang patut.

Sedih dengar cerita yang dipersembahkan pelajar dalam kelas.

Kebetulan majalah Pa & Ma memaparkan kisah pengguguran secara tak sengaja dan adalah dua keping gambar makhluk Allah yang belum bernyawa itu dalam majalah itu. Saya pinjam dari rakan sekerja - Jannah.

Saya pun edarkan majalah itu kepada para pelajar untuk mereka lihat dan renungkan.

Reaksi? Kelas yang bising jadi senyap sunyi ... macam mereka sangat insaf.
Moga-moga.

Jangan peduli kepada apa yang saya telah buat, ini kejadian tidak sengaja --- saya hanya mencari aktiviti --- Allah lorongkan kepada saya untuk mengarahkan pelajar mencari cerita yang sedemikian, maka --- ia menjadi seperti --- nasihat.

Tiba-tiba timbul harapan dalam diri --- untuk menyentuh hati-hati remaja ini. Mereka adalah anak-anak saya juga.

Hari ini, dalam ramai-ramai pelajar, saya bertemu Anisudin yang banyak bercakap, Faez yang pendiam tapi ingin menonjolkan diri, Haziq yang 'manja' selain Amira yang suka 'melawan' tapi kamceng dengan saya, Wan Hasma yang rajin, Shawn yang telah menerima hakikat bahawa dia tidak boleh 'lari' dari kelas undang-undang, Helwa yang wajahnya penuh yakin untuk dapat A subjek undang-undang syarikat (InsyaAllah), Nirmala yang comel, dan ramai- lagi ---- mereka semua menyentuh kembali naluri dakwah saya.

Walaupun saya tidak layak.

Ianya tidak penting (layak atau tidak) ----- apa yang penting? Selamatkan siapa yang mahu diselamatkan.

Itu sahaja buat masa ini.

Helwa dan kawan-kawan akan menunggu saya di kelas.

---------------------------------------------------------------------