baru cerita pasal milo fuze ... dah teringat nak minum milo ... alamak dah 11:30 malam laa ...
dah lama tak minum milo (antara sebabnya kerana milo naik harga ... ingat nak tinjau harga Vico lah) , dah lama jugak tak minum kopi, ada dua minggu ... semuanya sebab aku syak aku kena kanser payudara ... alamak! patutnya nak buat mamogram minggu lepas .. tapi entah apa di busykan entah ... kesihatanku dah tambah okey minggu ni ... payudaraku dah tak sakit lagi ... tapi sakit belakang dan sakit kepala masih ada ... berapa lama lagi aku kena berehat ini entah ... nak cari duit cepat ni ... kenalah bekerja secepat mungkin ... kesian kat adik aku si Cactus tu ... dia menanggung aku sekarang ni ...
tapi entah ... nak kerja apa pun tak tahu ...
teruk la kan ... manusia yang tak tahu bersyukur ni .... kesian mak bapak dia ... sambung belajar pun malas ... asyik fikir nak kahwin je ... he he he ... banyak kerja tergendala sejak mood nak teruskan hidup tak ada ...
bila nak bangun ni woi?
-------------------------
ting tong
alamak ... lupa! cik abang yang seorang tu nak pinjam calculator scientific ... entah aku ni kalkulator pun tak ada ... nak cari yang adik aku punya ... tak tahu ke mana dihumbankannya entah ...
alah ... dia tu ... bukan nak meminjam tu kot ... saja nak mengenakan aku ... tengoklah sat lagi, kalau dia terkulat-kulat lagi ... penampar dapat. marah pun tak guna ... bukan makan saman dia tu. sepanjang hari ni ... dah tiga kali dia kacau aku ... dah minta maaf , atas segala kacauganggu ... tapi kemudian buat pulak lagi ...
tensen - tensen!