Sabtu, Ogos 11, 2007

fikiran fikiranku

Sekarang saya masih dalam keadaan tertanya-tanya ... bagaimana pengakhiran hidup saya ni nantinya ... kalau dah dalam kubur nanti barulah saya akan tahu ..

Saya juga cuba fikir ... bagaimanakah otak saya bekerja untuk menyelesaikan satu-satu perkara?

apakah yang mendorong saya membuat atau megambil satu-satu keputusan atas satu-satu perkara?

apakah yang saya fikirkan apabila saya tidak berjaya menyelesaikan satu-satu perkara? tidak mendapat apa-apa yang saya inginkan? apakah reaksi saya yang sebenarnya dari proses otak saya? saya hanya dapat merasakan sama ada kecewa, sedih, tidak puas hati atau apa sahaja ... tapi dalam otak ini bagaimana ia mengalirkan perasaan itu? bagaimana reaksinya terhadap perasaan itu? apakah yang disimpankannya berasaskan peristiwa yang baru berlaku itu? dan bagaimana otak saya mengeluarkan kembali pengalaman ketidakberjayaan saya itu apabila saya hendak memulai lagi perjuangan yang baharu. bagaimana ya?