Sabtu, Ogos 11, 2007

apa faedahnya?

- dah banyak resipi kau tahu masak? tanya Aaron.

+ yang pastinya bukan untuk kau makan. kataku.

- laaaaa. yang defensif tak tentu pasal ni kenapa? Aaron - biasalah dia tu, dah menyakitkan hati orang, nak menang total pulak.

+ ala benda masuk dalam perut apa sangatlah hasilnya ...

- tengok-tengok! PMS lah tu ...

+ okey, dah ... dah ... apa agenda kau?

- ni barulah betul ... banyak nak basuh lagi hari ni?

+ banyak

- kata ada mesin baru ...

+ with the entire bilik penuh baju? tahun depan pun tak siap

- orang kat rumah buat masak-masak lagi?

+ iyelah, apalagi? dah hujung minggu macam ni ...

- ada plan baik ni ....

+ banyaklah kau punya plan

- cakap tu kalau macam orang sekolah boleh tak?

+ bergantunglah sekolah mana ...

- mana ada beza

+ nak apa ni sebenarnya?

- nak cium

+ ( ni yang aku maleh cakap dengan orang jahil ni, entah jahil entah jahat aku pun tak tahu dah nak beza ... perlu ke aku balas kata-kata keji itu?)

- marah?

+ nak apa?!

- saja nak tolong kau sidai baju ...

+ boleh ambik kesempatan sekali kan?

- mana ada. orang nak tumpang tengok kartun je lah.

+ diorang sibuk ... kau tak boleh datang ... aku sorang2 je kat atas ni

- baguslah ... kita berdua ... tak ada orang lain, tak ada orang tahu

+ (nak diapakan lagi ... orang jahat ...)

- diam je ... tak nak marah ke

+ macam budak kecik ... nak perhatian saja selalu ... duduk la diam-diam ... tak payah buat ceritalah ... aku malas nak buang tenaga marah-marah ...

- marah-marah sayang ... bukan naik darah tu ...

+ penat tahu tak, penat! ada kerja ni. Cakap nanti.

- hummmmm.