Ahad, Ogos 12, 2007

teringatlah pulak

teringat pulak ...

dalam satu kelas program LLM subjek ICT Law, guruku (pensyarah) yang dihormati Prof Abu Bakar ada menyampaikan berita yang didengarnya /tonton /baca bahawa salah seorang pemimpin kita telah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan yang banyak (ramai) menulis dalam blog (termasuk memfitnah) ialah mereka yang berjawatan suri rumah, penganggur dan yang seumpama dengannya.

kami dalam kelas pakat ketawa ... ramai yang tidak bersetuju

saya hanya kurang bersetuju .. yalah, maklum, bahawa mereka yang ada banyak masa akan melayari Internet lebih lama ... tapi tidak semestinya mereka berminat menulis benda mengarut dan memfitnah ... ada jugaklah yang buat ...

kenapa saya tidak berapa setuju?

saya dapati dari pengalaman saya sendiri ... bila dah lama duduk rumah ni ... kononnya nak jelajah dunia guna Internet ... tak terbuatnya! ada jugaklah masa jenguk blog-blog kegemaran, komen-komen sikit ... dan ada masa untuk menulis di blog sendiri ... tapi tidaklah mengambil begitu banyak masa dan jadi obses dengan dunia tanpa sempadan itu ... ada banyak kerja lain ... tidur umpamanya ... lagi best.

mungkin saya jenis kurang percaya dengan integriti dunia tanpa sempadan ... meskipun patutnya, dan mesti guna nama samaran ... saya tak berapa minat. merbahayalah guna nama sendiri ... memang sangat merbahaya.

tapi saya pastikan bukan sebarangan komputer dan pengkalan komputer yang saya gunakan.

takkanlah saya nak memfitnah dari Perlis atau Los Angeles kan? eh ... tolong ... saya tidak pernah fitnah orang tau (eh ... yang ini selain saya sendiri, hanya Allah yang tahu ...)

--------------------

Menulis ...

mula-mula saya tak berapa seronok tulis di blog yang tak berapa nak ada pembacanya ni ...

saya bukan reti nak paut-pautan sana sini, nak invite orang pun malu ... bukannya best sangat blog ni ...

nak tulis pun bukan ada idea sangat ... ditambahlah pulak ada seorang penulis tersohor yang dihormati menegur blog-blog tempatan kebanyakannya merengek hal peribadi ... jadi saya rasa seganlah pulak ...

nak tulis bahan ilmu ... berapa banyak sangatlah ilmu yang aku ada
nak komen hal semasa ... alamak sensitif lah pulak ... takut
nak tunjukkan sokongan kat sapa-sapa - ni lagi bunuh diri namanya

eh ... bukan saya graduan undang-undang ke?
penakut?! hummmm .... saya memang tak nak susahkan sesiapa, kecualilah saya ada banyak harta ... bolehlah buat sesuka hati ... nak masuk jelkah, nak kena buang negarakah ... tak apa.
ini mak bapak masih tanggung saya lagi ... hai ... kesian ... macam ni jadi manusia?

tapi tak apa kalau saya tuliskan cerita rekaan kan ... kalau cerita peribadi memang saya rahsiakan ... ala ... semua yang kat blog ni aku reka saja .... kan ... kan?

ironinya ... saya dah belajar media law tau ... hu hu hu ....