Sabtu, Ogos 11, 2007

karena aide rasydan

Padan muka, kata Karena. Wanita Pakistan campur Perancis beranak dua yang kahwin dengan lelaki tempatan itu muncul hari ini dari rumah emak mertuanya di Damansara.

Kenduri macam mana, okey? Tanyaku mula-mula. Dia mencebik sahaja. Mulutnya kemudian kumat kamit tetapi tak dengar biji butirpun.

Yalah, yalah aku faham ... masuk golongan elit begitu sangat membebankan dirinya. Janggal, kata dia padaku masa mula-mula masuk dalam keluarga Rasydan. Nasib baik kau tak kahwin anak raja, Kar. Kata-kataku itu disambut ketawa berdekah-dekah. Idan tu, dah lebih dari anak raja, tahu! Itu jawabnya ... tak faham aku.

sejak kahwin, sejak dia kahwin, kami memang jarang berhubung. lagipun dia kawan kumpulan ketiga bagi ku. ada , adalah, tak ada tak rasa apa-apa.

kemudiannya dia mendengar cerita aku penuh teliti - karena, dia memanglah pendengar yang baik sejak dulu lagi. sejak mula-mula kenal di UM.

semua aku cerita kepadanya kecuali hal kerjaya - aku tak beritahu kepadanya aku dah berhenti kerja dan masih mengganggur. aku tahu dia akan risau akan hal itu ... dulu-dulu dia ada mencadangkan agar aku bekerja dengan adik iparnya yang membuka sekolah rendah agama swasta. alamak .... aku tak berapa pandai agamalah ... bukan itu, tapi susah sikit. tak nampak prospeknya.

yalah, dengan duduk rumah macam ni pun, apa prospeknya?

hal memadankan muka aku tu kerana .... kenalan baiknya si Aaron yang tak sudah-sudah buka cerita lama.

min, dulu dia dah merajuk sekali, kau sanggup berpisah lagi dengan dia? tanya karena, bersungguh.

soalnya kar, aku tiada kena mengena dengan rajuk dia tu. yang dia nak melebih lebih kenapa? aku ni dah banyak kali kecewa ... tak ada pun jadi macam dia ... - aku membalas.

tak jadi macam dia, kau kata. lebih teruk adalah. kau kecewa, dan kau mangsakan dia. - tokok karena.

kau ingat ini lagu ke? filem ke? - aku tak puas hati.

okeylah ... memang bukan semua yang kita nak akan jadi milik kita, itu kata seseorang yang kata pada kau ketika orang tu tolak ajakan kau untuk kahwin dulu kan? tapi kalau benda dah depan mata, tak nampak juga, itu kurang cerdik namanya. - sampai situ sahaja. dia pun pergi.

aku memerhati sahaja karena mengendong anak bongsunya ... anak sulung pula memegang kain ibunya, berjalan masih bertatih-tatih ... mereka kemudian hilang ditelan mercedes entah apa / berapa sirinya pun aku tak tahu.

aku terduduk lagi ... kesunyian ... tak pernah dalam satu-satu perpisahan dengan sesiapa jua aku mengharapkan pertemuan semula ... walau mulut aku berkata demikian ... hipokrit kan.
ah siapalah aku ...