Jumaat, November 25, 2011

de ja vu

hari ini Jumaat, jangan cakap bohong

----------------------------------------

Salam,

Blog, selalu jadi tempat curah perasaan atau diari, bezanya ianya diari yang hendak ditunjuk-tunjuk ----- mungkin.

Tapi blog juga boleh jadi tempat menasihat .....

Nasihat kepada diri sendiri,

diri ini yang tak pernah (belum!) jadi baik ....

macam yang selalu saya suka kata ---- tak perlu percaya saya ----

saya cuma manusia, yang banyak silapnya!!!!!!

tapi kalau saya tak belajar dari kesilapan

itu adalah kesilapan paling bodoh

-------------------------------------------------------------------------

de ja vu ... apabila saya masih menjadi sasaran orang yang masih tak puas hati ... mungkin

tak dapat yang besar, yang kecil pun dijadikan sebab musabab kebencian, mungkin .

tolonglah ...

saya dah tua dan dah malas nak berkontroversi

---------------- tak nak .

--------------------------------------------------------------------------

saya nak hidup lebih aman.

kalau orang tak mahu faham saya pun tak apa, tak perlu pun

saya cuma tak mahu orang anggap saya seorang je yang jahat dalam dunia ni

L, A, M dan ntah sapa-sapa lagi pun jahat juga (hu hu hu ... jangan marah ha)

janganlah tumpukan kepada saya sahaja ....

saya cuma nak happy dan cakap-cakap kuat-kuat dan lupakan apa yang saya cakap itu

hakikatnya saya memang bukan seperti yang anda lihat

saya pernah masuk bilik Datuk S hanya kerana nak hantar nasi dan saja-saja telefon Mr. Pendaftar di masa lapang ketika tiada kelas, awak semua pernah ke?

Ada yang pernah ... tapi ramai yang tak terfikir pun kan nak buat kerja-kerja seperti itu

bukanlah saya suka kontroversi

sebenarnya saya menjadi saya pada masa-masa tertentu ... dan hanya orang yang tertentu sahaja akan tahu itulah diri saya yang sebenar.

---------------------------------------------------

hari ini saya juga menjadi diri saya yang sebenar apabila saya menasihat.

macamlah saya bagus sangat nak menasihat.

saya cuma menegur ... cakap-cakap belakang jangan suka amalkan ... BAHAYA !!!!!!!!!!!

itu sahaja

saya menasihat kerana saya sayang.

betul, benar .... saya sangat sayang.

(kalau saya benci, saya tak akan cakap dengan orang yang saya benci itu)

--------------------------------------------------------

moga-moga saya tidak rugi dengan menuliskannya di sini

--------------------------------------------------------

saya betul-betul sayang.