-----------------------
Sudah lama saya pendamkan
Memang ramai kawan-kawan saya yang hilang
dan saya juga adalah kawan kepada manusia yang lain - saya juga hilang
di bawa arus kehidupan
------------------------
saya tidak dapat nafikan lagi
saya mencari kawan yang satu ini
anehnya saya mencarinya di alam siber
sedangkan saya takut untuk mencarinya di alam nyata
saya mencari dia
saya mencarinya ... berbekalkan namanya yang unik itu
tapi tak pernah bertemu!
saya hanya mahu melihat dan menyelam alam fikirnya ... kalau-kalaulah dia ada menulis di mana-mana di alam siber ini
tapi tak pernah bertemu ... hatta di face book pun !
atau ... mungkin dia gunakan nama yang lain
------------------------
dan hari ini saya sangat merinduinya
rindukan kemesraannya di saat-saat akhir
kami akan membawa haluan masing-masing
lalu hilang dari pandangan mata
hingga hari ini!
-------------------------
kalau boleh
saya tak mahu kenang lagi
segala kekalutan yang menyebabkan kami berpisah
-------------------------
saya hanya mahu dia di depan mata saya
------------------------
saya hanya mahu dia senyum dan mahu dia memberitahu dia sihat dan bahagia
------------------------
sepertimana saya bahagia
------------------------
sepertimana kami berdua bahagia ketika berkawan rapat
------------------------
di mana dia?
------------------------
di mana dia?
------------------------
ke mana kamu menghilang?
------------------------
kembalilah ke sisi saya, MZN!
------------------------
walau di alam siber ini!
------------------------
rindu ini adalah kerana mengenangkan semua kebaikanmu
bukan kerana mengenangkan perpisahan kita
yang terjadi apabila ...... kita terperangkap dan mahu lari dari kenyataan itu
apabila kita mulai ... saling menyukai atas sebab yang lain
-------------------------
tapi sungguh saya bersyukur MZN, kita hanya kekal sebagai (bekas) kawan (sahabat??) yang rapat ... ya, hanya kawan, mujur!
-------------------------
moga dipanjangkan usia untuk saya bertemu dia
------------------------