Khamis, Mei 06, 2010

Tuhan selamatkan nyawaku dan bayiku

sambungan ... saya dan benda itu

--------------------------------------

balik dari menghantar suami ... beli sarapan ...
sampai di rumah, basuh pakaian dan kemas-kemas rumah
Tiap-tiap langkah serasa seksa, simptom penat yang bersangatan
helaaan nafas jadi tersangat pendek dan tidak cukup masuk ke paru-paru

Duduk sebentar dan terasa cukup mengantuk kerana oksigen telah sangat kurang ... tertidur
Apabila terjaga kerana lapar dan anak dalam perut menendang-nendangku, barulah tersedar bahawa kepenatan yang teruk itu berpanjangan tidak hilang-hilang

Jam 11 pagi, penat makin terasa ... dalam hati masih berharap sebenatar lagi keadaan akan berubah
Jadi saya bawa tengok TV, mendengar lagu dari laptop dan cuba-cuba menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan akhir bagi sesi April

Jam 12 tengahari, kecungapan masih teruk walaupun tidak bergerak langsung

12.30 tengahari : Telefon emak maklumkan keadaan diri, minta emak doakan keselamatan anaknya ini dan bayi dalam kandungan

Cuba duduk, cuba baring, semuanya serba tidak kena ... sedikit selesa jika menundukkan kepala ketika duduk tetapi bayi terasa menendang kerana dia tesepit

Jam 1.30 : Makin panik, berdoa agar adik-adik segera sampai ... nampaknya mereka belum bertolak dari KL lagi --- telah berpesan kepada adik agar membawa madu lebah

Dalam keadaan tertekan dan cemas, saya sms kawan baik -- minta dia bawakan saya ke klinik SEGERA

Kawan agak lambat membalas sms ---

Jam 2.00 : emak telefon maklumkan telah memnta tolong jiran dari kawasan kejiranan lama saya di Taman Indah untuk membawa saya ke hospital

Jam 2.15 : Kawan sms --- dia sedang menjaga peperiksaan tetapi akan segera datang dengan menyerahkan tugasnya kepada kawan yang lain

Jam 2.30 --- pandangan saya jadi gelap --- saat ini saya telah mengucap dua kalimah syahadah, saya bersedia menghadapi kemungkinan pengsan atau terus menghadap Ilahi ... langsung tidak terasa seperti bernafas, udara sangat sedikit dapat dihembuskan keluar --- ini simptom bahaya

Saya hanya mampu merayu kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa saya ... saya berasa tiada harapan lagi

Jam 2.45 --- sayup-sayup saya dengar suara orang memberikan salam ....

----------------------------------------------------

bersambung lagi ....