Isnin, Julai 09, 2007

people ... people 2

Cerita kita-kita lagi

( Mereka 1 ("M 1") )

Senyum dia tu (mereka 1) melebar apabila nampak kita memaksakan diri bercakap-cakap dengan manusia-manusia yang dibawanya (kita yang dibawa, mereka memang dah ada di sana).

Kita : Bila kita boleh balik?

M 1 : Eh …. Nantilah dulu. Kenalah buat perjanjian dulu.

Kita : Perjanjian apa pulak? Sudahlah kita datang sini kena paksa.

M 1 : Memanglah. Ingat tak masa kecik-kecik dulu, kita berdua punyalah tak mahu makan ubat cacing , kena paksa, kan. Demi kebaikan.

Kita : Jadi apa penyakitnya sekarang?

M 1 : Manusia sombong, bongkak, bangga diri, tak sedar diri. Lupa tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Kita : Kita? Kita buat semua tu?

M 1 : Lebih kurang.

Kita : Hey! Jangan menyakitkan hati kitalah.

M 1 : Sekarang ni, orang tu dah tak bernilai satu sen pun tahu?!

Kita : Kita tahu nilaian diri kita. Bukan pada mata orang tu. Pada mata kita sendiri, tahu! Cukuplah kita tahu siapa kita.

M 1 : Itu lebih teruk. Tahu, kan, penafian diri sendiri itu perkara paling tidak cerdik yang boleh dilakukan oleh seseorang manusia?

Kita : Kita tak fikir macam tu pun.

M 1 : Tak siapa tahu sama ada sesiapa ada fikirkan apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu.

Kita : Orang tidak perlu tahu. Mereka tidak perlu tahu. Kenapa nak beritahu?

M 1 : Sebab ada yang sayangkan orang itu.

Kita : Terima kasih sahajalah.

M 1 : Sekadar mahu menyatakan sayang. Bukan cinta. Cinta kan untuk Yang Esa.

Kita : Bukankah kita sudah berterima kasih tadi?

M 1 : Hummmmm. Maka sayang yang ini bersyarat, tahu.

Kita : Apa syaratnya? Kalau mahal sangat, kita tak mahu beli. Tidak berbaloi.

M 1 : Hargai diri sendiri.

Kita : Sentiasa.

M 1 : Dengan cara yang lebih baik.

Kita : Itu persepsi. Siapa boleh tentukan ini lebih baik, itu lebih baik?

(bersambung)