Isnin, Julai 09, 2007


Jangan tak jadi

Dia kata dia demam tiga hari apabila orang tu balik. Itu kan kisah pertemuan-perpisahan yang biasa. Malah biasa-biasa saja. Tapi dia memang demam - kerana berpisah dengan seseorang, ini pertama kali! Semua kerja pun tidak menjadi. Jumpa atau telefon buah hati pun sudah tawar hati. Kasihannya. Nak buat macam mana, lumrah hidup. Dia dah ada yang punya, orang tu pun dah ada yang punya. Nak buat kerja gila boleh, sebab belum rasmi lagi. Berani? Kata orang itu : anda seorang yang menarik, tapi saya sudah ada kehidupan sendiri. Dia : Ya, ya, saya juga. Kembalilah ke dunia nyata! Bersyukurlah!