Jumaat, Disember 08, 2006

Ingin jadi aku

Saya buat komen di bawah untuk seorang blogger yang selamba lewat tulisannya yang sangat menyentuh hati. Kalau menulis tu, Rem (Encik) menulis ikut nalurinya (barangkali tidak bertapis-tapis) ... seronok lihat orang yang jadi dirinya sendiri. Saya bukan. Saya sentiasa hipokrit.

-----------------

Encik Rem,

Kenapa tak ada yang indah-indah ... renungkan saja dedaun maple yang cantik-cantik itu, itu kan sudah indah.

Saya geram nak petik sebiji mangga yang nampak dari tingkap bilik saya ... tinggal sebiji tu saja ... lama dah geram, tapi sayang pokok tu milik jiran. Nak minta pun bukan saya nak makan mangga tu, saja geram nak petik dengan tangan sendiri. Tapi saya kemudiannya sedar, lebih indah sekadar melihatnya, dan berfikir kenapa walau hujan, ribut, panas, buah tu masih di situ ... menghiburkan pandangan saya. Ajaib! Tergantung-gantung saja di situ kadang kala teroleng-oleng ke kiri dan kanan, hanya disokong/dipegang oleh entah apa namanya tu ... tangkai yang kecil.Indahnya 'dia'.

Dan, Encik Rem, saya paling pantang tidak bersarapan pagi. Mahu 'mengamuk' saya kalau tak dapat bersarapan pagi. Kalau di Ampang, sanggup saya cari sarapan pagi jauh ke Desa Pandan nun dari Taman Dagang (tak adalah jauh mana). Makan tengahari lambat tak mengapa, boleh sekalikan dengan petang dan malam (jam lima). Masalahnya, jam 10 malam lapar lagi. Saya tahu mesti ada yang bahagia buat Encik. Mesti ada, banyak, kan?

-----------

sebenarnya yang aku inilah aku ... mungkin kerana tak dapat jadi kamu, maka aku kata aku bukan aku ... laparlah pulak.