Khamis, Oktober 02, 2008

KUALITI INTELEK

Fizah, adikku, yang juga kakak aku (jangan pelik, dia kakak dalam keluarga, semua benda dia buat, aku pembantunya sahaja ---- tukang tengok) ..... ya, Fizah membuat kenyataan pedas:

"Sekarang kalau kita tanya ... kakak melongo sahaja. Dah tak ada kualiti."

Lagi ...

"Dah macam orang sasau."

Huh?!

Katanya, maksud dia, perbualan, perbincangan kami dah tidak ada kualiti intelek.
Aku dah angau bercinta, komennya ... semua yang keluar dari mulutku hanya tentang cinta dan seputar cinta.

Entah. Aku tidak sedar itu.

Aku rasa macam biasa sahaja.

Aku dah boleh baca akhbar semula, tengok berita dan menulis. Perlahan-lahan pukau dan sumpahan cinta bergaul dengan kehidupan rutinku ---- rasa selesa, rasa biasa.

Intelek dan kualiti. Bincang-bincang berat.

Fizah membutuhkan itu dariku.Ya, aku korek kembali kisah berat --- seputar kemanusiaan, seputar keluarga dan tanggungjawab. Cita-cita Al-Quran. Cita-cita kejayaan. Cita-cita ilmu.

Cita-cita berumahtangga ---- belum difikir secara serius. Secara rasa, ada. Secara inteleknya belum. Bersedia? Secara rasa --- iya, secara inteleknya ---- belum mencapai tahap pemahaman yang tuntas!

Rasa ---- sayang ---- rasa ---- kasih ----- membuak-buak.

Kualitinya belum dicapai .... bila lagi? Bila masanya tiba.

Dan memang banyak seputar negara dan kemasyarakatan belum habis dibincangkan. Rindu sangat kepada adikku Fizah ---- sekalipun dia kini di depan mata ---- rasa macam jauh????

Mungkin masanya (masa itu) telah perlahan-lahan tiba ... dan kami pun cuba redha.

Adik (kakakku), engkau tetap kesayanganku.

Dan aku tahu sebagai kakak, engkau sentiasa mendoakan kebahagiaanku, sebagai adik engkau selalu taat. Terima kasih atas segalanya, adikku.

(Mungkin) Dia adalah yang aku tunggu-tunggu selama hayatku, tapi engkau berada di sisi sejak mula.

Dia akan menjadi nombor satu bila saatnya tiba, sehingga itu, sebelum waktunya tiba, engkau masih teratas dalam carta!

dan sementara itu juga, kita masih boleh mengira bintang-bintang di langit bersama!