Seorang kawan menulis tentang saya:
“Aku cemburu gak ngan ko ni, ko boleh bersikap keanak-anakan dan kelihatan cute...kalau aku bersikap keanak-anakan nampak mengada-ngada.”
Mengambil kira sikap dan cara ‘pembacaan’ saya akan kata-kata yang ditujukan kepada saya, pastilah saya akan segera berhati-hati bahawa – “Orang ini mungkin tidak boleh dipercayai. Makna kata-katanya mungkin bukan selapis dan bukan juga manis meskipun kedengaran begitu.”
Ahhhh …mungkin saya salah sama sekali.
Kata emak saya, saya jenis yang suka berburuk sangka dengan orang.
Tentu. Kerana jalan hidup saya bukan mudah.
Saya mungkin nampak dan berlagak naïf. Tetapi tidak semestinya begitu.
Saya nampaknya ortodok dan ….??? Memang, saya memang ekstrimis agama … tetapi saya berfikiran moden. Mulut saya sangat pedas bagi mereka kenal benar akan saya. Pun begitu saya bukanlah orang yang 1-0, masih ada ruang berbincang …
Saya juga punya pemikiran-pemikiran yang orang kata gila dan aneh.
Seperti – saya mahu galakkan (bakal) suami saya kelak berkahwin lebih dari satu. Pun begitu, saya tidak mahu jadi yang kedua atau ketiga, jauh sekali keempat. Saya telah biasa menjadi nombor satu dalam rumah, dalam keluarga.
Kenapa? Alasan yang selalu saya canangkan: “Supaya ada orang berkongsi tugas dengan saya melayan dan menjaga suami”. Pada hari-hari saya suami tiada di sisi, saya boleh menonton rancangan kegemaran saya tanpa gangguan, boleh menulis, boleh tidur sepuas hati, boleh terlibat dalam kegiatan masyarakat (seizin suami ) … saya ada ruang untuk diri sendiri!
Alasan lain? "Bukankah ramai anak dara tua, janda yang perlukan perlindungan di luar sana?"
Saya juga telah (sedang) merasa …. Betapa susahnya hendak mencari calon suami yang sesuai , kalau ada yang saya suka pun – semuanya sama ada tidak tertarik akan saya, atau sudah berpunya.
Mengapa saya mesti membiarkan saudari seagama saya menjalani kesukaran seperti saya? Kalau suami (bakal) mampu berkahwin empat, mengapa tidak? Setidak-tidaknya dengan mempunyai keluarga yang besar, seseorang lelaki itu akan lebih kuat bekerja dan lebih dekat dengan Allah S.W.T bukan sebaliknya!
Ramai berkata (ada yang bernada sinis) … “Engkau belum kahwin, belum tahu”
Ya. Ya, kita tunggu dan lihat. Mungkin juga saya bakal tidak punya suami. Semuanya kerja Allah. Semuanya Rahmat Allah. Tidak berkahwin juga RahmatNya. Maka serahkanlah kepadaNya.
Lagi?
Di rumah, saya tidak akan menyusahkan diri dengan pelbagai protokol. Orang lain juga begitu.
Tapi dengan tambahan – di rumah- ya, saya memang macam budak-budak.
Di luar, saya - seperti yang kalian yang mengenali saya sedia tahu (apa yang kalian tahu dan anggap tentang saya? Terpulang).
Kepada teman itu – hummm … ya, saya tidaklah nampak mengada-ngada apabila bersikap keanak-anakan, mungkin kerana saya tidak pernah merasa dewasa. Sikap keanak-anakan, suka melongo dan nampak naïf – mungkin disebabkan oleh ayah saya yang masih ‘berkuasa’ menentukan banyak perkara tentang diri saya.
Tetapi saya menganggap diri ini sebagai manusia yang sentiasa menjaga reputasi di luar rumah – saya tidak pernah sekali-kali memanggil orang dengan gelaran “pak cik” atau “mak cik” – kecuali di rumah mereka sendiri – itupun kalau mereka membahasakan diri mereka seperti itu.
Mahu mendengar saya memanggil anda “Puan” , “ Tuan” , “Encik” atau “Cik”?
Dan bahasa saya seperti bahasa buku agaknya