Khamis, Julai 23, 2009

Old buddies

Kak Ina tak jadi datang

Tapi seluruh hari dah jadi blue disebabkan kakak saya itu tak jadi datang

Akhzailina Md Akhir namanya .... saya dah lama terlupakan dia

Saya juga lupa kepada Abang Farid yang banyak berjasa kepada saya

Tetapi yang saya selalu ingat ialah adik kami, Shahrizal Md Zin yang berada di Melbourne sekarang.

Pastinya dia tak ingat tentang saya.

Saya ingat akan dia kerana dia tak pulangkan buku-buku teks saya bagi subjek Islamic Transaction tuh!

Pulangkan? :-)

Isnin, Jun 15, 2009

Kajang berlipat

Bukan sekadar makan sate kajang ...

SEPERTI TAK PERCAYA ... saya dapat menjengah tempat lama ... saya dan keluarga pernah tinggal di sebuah perkampungan yang di panggil dengan nama Taman ....

Jauh ke dalam "hutan" ... kini dikelilingi bukit pasir dan batu batan.

Dahulunya sungguh damai dengan anak sungai yang sejuk, masih saya ingat bermain Combat-combat dengan pak Su, dan Hafiz ... merangkak dalam air sungai yang cetek dan melihat ikan-ikan berenang berlarian ke celah-celah batu ...

Kali ini saya menjengah melihat sisa-sisa peninggalan kediaman kami ... tanah ayah dan tanah arwah Tok Wan hanya sekangkang anak monyet sahaja ... tetapi nostalgianya sangat bernilai.

Di sana saya menghitung buah-buah getah coklat muda dan coklat tua, melihat sinaran matahari pagi menyentuh lantai kebun getah yang lembab, warna coklat kekuningan dedaunan getah sangat cantik disimbah cahaya mentari ... tidak pernah luput dari ingatan.

Terima kasih kepada suami tersayang ... yang sudi membawa saya ke sana, semula. Betapa "berani"!

Rabu, April 08, 2009

saya yang bergelar isteri

........ dalam kesibukan ini .......
yang pentingnya ... telah halal dan dijauhkan dari maksiat, Alhamdullillah, Syukur Ya Allah!

Kemudian .... banyak nak mintak tolong dari suami tersayang ...

"Abang ... ma iron baju, abang kemaskan katil, boleh?"

"Abang ... sidaikan baju, ma dah basuh,"

"Abang ... lipatkan selimut (siapa yang guna, dia lipat)"

"Abang ... masukkan sampah dalam tong sampah ... (bukan dalam sinki)"

Paling terharu, ketika sibuk-sibuk berkemas, cik abang tercinta mengambil baju-baju dan rendamkan dalam mesin basuh, siap beritahu berapa lama kena rendam .... 10 minit katanya

Dan selalu ... kerana saya (sangatlah) sibuk, cik abang saya .... yang dah biasa masak (goreng) sayur sendiri ... setakat ini masih menjalankan tugasnya itu ... sedap sangat air tangan suami saya

Alhamdullillah, saya telah bergelar isteri

Dan ucapannya ialah "Terima kasih, sayang,"

demikian satu episod dalam hidup yang singkat ... entah berapa lama lagi di dunia fana ini

Sabtu, Mac 28, 2009

tunggu seseorang

Salam.

Sekarang dekat pukul 5 pagi.
Saya mencuba access OUM LMS OMES ---- tak dapat pula.
Maka saya berfikir ...
Apa jadi esok hari ...
Adakah orang yang saya tunggu-tunggu akan datang.
Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan kami! Amin Ya Rabbal Alamin.

aminahjazilahabubakar

Sabtu, Februari 21, 2009

hari ini Sabtu, kawan-kawan

Di bawah adalah tulisan saya dalam ruangan komen blog Halela Okinawa ...

Puan Halela,

Saya suka juga sambal ikan bilis petai, tapi petainya saya tak makan, ambil bau dan rasa sikit-sikit, boleh.

Saya ke sana ke sini membaca blog, tetapi susah nak menulis ...
Tersumbat, mungkin pernah Puan gunakan perkataan ini. Idea tersekat, dalam kepala. Jadi kepala dan dada rasa sakit .... Dalam masa lima (5) minggu, saya akan bertukar status dari seorang bujang kepada isteri orang, InsyaAllah.

Saya tidak seperti kebanyakan bakal pengantin lain yang mengurangkan berat badan ... saya lebih banyak makan sekarang ... agaknya sebab stress.

Banyak kerja-kerja yang saya hendak selesaikan sebelum mengambil cuti pendek ... tenaga banyak keluar, rasa lapar agak kerap.

Tadi selesai menjadi juri program pelajar di kolej, saya dibekalkan dengan tiga bungkus nasi ayam. Saya berfikir ... jika saya makan nasi ayam, apa hal dengan nasi yang telah ditanak di rumah. Apa hal dengan ayam dalam peti sejuk dan ubi kentang, daun bawang dan daun sup, dan bahan-bahan lain ... sayuran, udang, bergedel dan tauhu.

saya pun sedekahkan tiga bungkus nasi ayam tu kepada rakan-rakan pensyarah ...
saya pun keluar menemankan tunang membeli belah, dan hendak balik memasak.
kemudian baru teringat ... ada janji dengan pelajar yang mahu meminjam buku ...

saya patah balik ke kolej ... dalam perjalanan rasa lapar ... dan terfikir mungkin tak sempat nak masak ... jadi saya singgah beli makanan ---- nasi ayam.

- aminahjazilahabubakar
------------

Sabtu, Januari 17, 2009

hariku memang tak seindah dulu

hari ini hari Sabtu kawan-kawan!

bersyukur kehadratNya - tetap, masih, selalu.

Namun apabila hati terasa "kotor" dengan rasa tidak puas terhadap orang lain, aku merasa rimas.

Siapa orang itu untuk aku memberi perhatian dan ruang untuk aku fikirkan dalam hidup ini?

Ibu bapa? bukan.
Suami? bukan.
Adik beradik? bukan.
Tunangan? pun bukan.

sebaiknya aku kembali kepadaNya ... bertanya, mengapa, dan berdoa, agar disucikan hatiku.

Dahulu ketika aku disakiti, dibenci dan dipulau ... aku merasa hariku sangat indah.

sekarang apabila aku ada ramai teman, ada orang yang menyayangi dan huru hara, aku merasakan ... hariku sangat palsu, dan tidak indah.

dulu aku layak mengadu kepada Allah akan perbuatan manusia terhadapku.

kemudian aku bertekad memaafkan ...

namun hari ini aku tidak ada muka di depan Allah kerana hatiku sudah dirasuki "dendam".

aku tidak seperti dulu.

kini aku rimas menjadi "jahat".

maafkan aku kerana aku manusia biasa.

sesetengah manusia biasa butuh penjelasan dan perkataan maaf dari mereka yang pernah mnyakitinya.

Aku juga.

Tetapi aku tidak sunyi dari berbuat silap. Jadi mungkin aku tidak layak dikasihi, mungkin aku layak dikasari, mungkin semuanya kerana aku tidak cantik luar dan dalam.

hanya kepada Allah aku berserah untuk mengembalikan diri aku seperti dahulu. yang selalu menangis, tetapi gembira.

sekarang aku gembira, tetapi dalam hati meraung-raung.

kepalsuan manusia membuat aku meluat. di depan senyum di belakang benci. di depan ketawa-ketawa, di belakang menikam kita separuh mati.

[ aku tidak maksudkan Y, H dan L, mereka adalah kawan-kawanku yang pedas tapi separuh benar, yang aku maksudkan ialah, manusia yang di depan manis macam gula tapi semuanya kepalsuan dan self centered yang melampau, betul --- macam kau hebat benar menggunakan semua anugerah Tuhan itu.]

maaf, sekali lagi, aku hanya insan biasa.

bukan tidak ada ruang untukmu, tapi hatiku telah berdarah kembali. pandai-pandailah kau membawa diri. aku tidak memutuskan sillaturrahmi. Tidak, tak pernah. aku cuma mendiamkan diri.

salam sayang.

esok hari Ahad kawan-kawan!

Rabu, Disember 17, 2008

tiga perisa

aduhai ... ngantuk ler.

Yana kata, kenapa tulis ada tiga perisa roti bakar tapi nombor tu ada empat.

kui kui kui

jangan kasi tahu Dekan tau.

roti bakar perisa strawberry

Hello gang!

da tak de keje sangat ... si Yana towkey segala perkhidmatan halal di
bilik 203, maka dijualnya roti bakar.

Ada tiga perisa

1. planta
2. kaya
3. planta campur kaya
4. strawberry

kata Yana, roti bakar tu untuk pengenalan diri sahaja --- selepas ini
barulah dia boleh perkenal lebih banyak perkhidmatan.

Setakat ini, Yana menawarkan perkhidmatan berikut:

1. menjahit baju (biz sepupu dia) --- dia tukang market je
2. sauna
3. amway
4. bela ayam
5. gambar kelakar ... dia ambik gambar kawan2 dia guna handphone dia,
hiaskan jadi muka beruk lepas tu jual khidmat membuat orang ketawa.
sapa ketawa bayar singgit. aku dah terkena ---- abis duit aku.

Siapakah Yana?

Tungguuuuuuuuuuuuuu.

aku --- yang tak keje sangat,

nulih benda nih. huhuhu.

jangan beritahu Dekan aku tulis aku tak de keje nak buat tau.

Selasa, November 04, 2008

karaoke

menjadi Muslim ekstremis (dahulu ... masihkah?) ... tidaklah menjadikan saya menolak muzik.

menyanyi ---- memang bukan kesukaan, suara bukan sedap pun.

karaoke ---- menyakitkan telinga sahaja

semalam teman-teman serumah yang muda-muda belia mengajak saya (merayu!) berkaraoke.

bukan tak mahu ... kerja banyak, badan letih .... butuh rehat

kata teman-teman serumah ---- mereka mahu mendengar suara saya, lagi .... hendak dengar saya menyanyi nasyid.

soalnya kenapa nasyid?

saya bukan penggemar nasyid, ramai tidak tahu itu meski (dahulu) ... imej saya bagai penggemar nasyid

saya penggemar oldies, jason donovan, kylie minogue, abba dan seumpama dengannya

lagu melayu ---- kumpulan dari Malaysia ? BPR, Wings, Search.

lagi? Sheila Majid ... Ogy Ahmad Daud! Sudirman Haji Arshad, Noorkumalasari, M. Nasir

kerana saya dahulu dibesarkan bersama mak cik dan pak su saya yang datang dari zaman itu.

jadi sampai sekarang saya masih mendengar lagu-lagu lama ... lagu-lagu baru susah hendak melekat meskipun suatu ketika saya pernah suka alunan Fauziah Latiff, KRU ...

saya tidak "terpesona" dengan Misha Omar, Jac atau Mawi.

Tunggu selepas saya selesai sebahagian besar tugasan dan menghantar markah pelajar yang 31 orang itu (dua subjek lagi .... ) ... teman-teman serumah akan kenal siapa saya yang sebenar.

Saya tidak fikir mereka setanding dengan saya. Adik-adik saya itu belum pernah melihat saya melompat-lompat!
Mereka pasti terlopong nanti ... saya kan masih berusia 19 tahun dan masih bertocang dua.

[ Selepas Subuh memang biasa membaca Al- Mathurat, tetapi, sebahagian lagi jiwa saya ke mana? ]

Jumaat, Oktober 03, 2008

..... jalan-jalan ..... nak jalan-jalan ....

tapi tak mood lah!

Taren balik JB ada kecemasan.

Aku macam orang gila tunggu dia datang beraya.

Aku ajak si Razwi datang umah .... ingat nak gi ambik dia, alamak, ayah aku marah ... katanya mana ada cikgu datang ambil anak murid

ada .... cikgu Mohamad dulu amik aku kat stesen bas Seremban.

lagi ... nak ajak Victor datang, alamak dah terhilangkan nombor telefon dia.

tak main bowling ----- tiap-tiap tahun pun tak main, tengok jeh.

Nak gi mana?

nak beli tudung kat mana tak tahu.

bosan gila.

...... nak telefon archik, tapi tak mood jugak!

Ya Allah!

Khamis, Oktober 02, 2008

dia ... wujudkah?

Israk. 8.45 malam. Raya kedua.

"Kejar masa?"

Dia melempar kunci kereta di atas meja seraya menggamit Faruqi.
Dari kejauhan pemuda kecil hitam manis itu hanya membalas dengan ibu jari diangkat ke atas.

Aku tidak mengiakan kata-katanya. Dari sejauh Cyberjaya dia datang. Sejak balik ke tanahair, dia tidak pernah balik ke tempat lama, ini kali pertama.

"Apa khabar, Mala? Makin kurus nampaknya." Dia menegur Mala, temanku. Mereka pernah bertemu tiga kali. Mala pernah belajar di kolej tempat dia mengajar suatu waktu dulu. Mala yang duduk bersebelahan denganku entah kenapa masih malu-malu.

"Sihat. Mr Lee balik lama?" Mala berbasa basi.

"Lama dah balik. Mala saja yang tak tanya khabar saya," Aaron mengambil tempat setentang dengan Mala.

Aaron beralih memandangku apabila Mala kembali tekun membelek risalah iklan yang sedia ada di atas meja restoran mamak itu. Angin malam kuat meniup. Pokok palma tinggi kuat bergoyang. Aku memegang hujung tudung, takut tersingkap.

"Tak balas pun kad raya." Aaron mula bersuara setelah lama memerhati pokok-pokok yang kuat bergoyangan.

"Baru baca. Tak tahu nak balas macam mana." Tukasku.

"Klik sahajalah mana-mana, susah sangat."

"Kereta baru?"

"Housemate. Aku accident ... awal puasa. Entah perempuan tu buta agaknya, habis di sodoknya pintu aku, nasib baik ada airbag tau."

Tersentak aku mendengarnya. Aku juga melanggar kereta orang, awal Ramadhan lalu. Aku bungkam. Aku hanya perhatikan tangannya yang berbalut hingga ke siku.

"Sikit saja. Tak warded pun." Dia ketawa-ketawa.

"Engkau pun, lain kali, empat mata tu jangan letak kat lutut semuanya." Dia menyambung.

Dia tahu. Kerja siapa lagi. Jennifer.

"Semua okay?"

"Ok. Everything is fine"

"Tak ada plan gaduh tau ." Dia berkata, separuh berbisik. Aku terkejut sedikit.

Mala tidak mendengar, atau pura-pura tidak mendengar. Ah ... Mala pernah mendengar kami bertekak pun, macam Mala tidak ada di antara kami, kami balun bergaduh teruk.

Dia gelak-gelak lagi.

Faruqi tiba membawa limau ais. Mereka bersalaman, berpelukan, lama. Bertanya-tanya khabar. Macam biasa, berbahasa ayam itik, tetapi saling memahami.

Seraya Faruqi pergi, dia berpaling kepadaku.

"Okay, cakap."

Aku tidak sempat berfikir, tak sempat telan air liur pun.

"Ah ... aaaaa .... dia, dia ... dia fikir engkau wujud,"

"Siapa? Apa maksud kau 'dia fikir'?"

"Engkaulah. Wujud, ada dalam dunia aku,"

"Eh?"

"Nanti dulu. Jangan komen."

"Engkau yang nanti dulu ..."

"Satu minit. Aku dulu. Bagi aku seminit."

Dia geleng-geleng, tidak percaya dengan apa yang didengarnya, mungkin. Serius. Dia angguk menyuruh aku membuka mulut.

"Selain Rose, dia pun tahu, baca tentang kau. Tak sengaja. Aku tidak berniat ..."

"Hummm??"

"Engkau, dia, dia anggap kau kawan baik aku, wujud ..."

"Nanti! Habis tu? Siapa ni? Mala, Mala ... nampak saya tak?"

"Tolong jangan libatkan Mala, boleh?"

"Engkau yang anggap aku tak wujud. Ini bukan isu. Sampai sini saja. Seminit dah habis."
Dia bangun. Bersiap untuk pergi. Wajahnya serius.

"Aaron."

"Saifullah. Ingat. Kau asyik panggil aku Aaron ... sebab itu aku tak wujud dalam dunia kau."

Berani, Aaron. Aku pandang Mala. Mala sepertinya terkejut sedikit.
Aaron tersenyum, kepada Mala. Mala nampaknya memahami. Dia tidak menyampuk.

"Aku ada agenda lain, Aar ... Pul."

"Dah tahu." Dia buat lagi senyuman misterinya.

"Apa?"

"Aku dah dengar dari kak Yong."

"Kak Yong tahu apa?"

"Kau memang tak akan cakap sendiri, aku ... tak ada lagi dalam hidup kau."

"Pul ... aku ... okay, kak Yong kata apa?"

"Doesn't matter."

"Great."

"I shall ... go. Take care ... and ... and ... whatever. Okay Mala, telefon saya nanti. Saya jelaskan nanti."

Aku tak sempat menokok apa-apa.

Masa dia pergi, hati aku macam batu. Dia pula tidak pandang-pandang ke belakang. Faruqi ikut ke keretanya. Berbual-bual lama kedua-duanya sebelum dia memecut pergi. Lagi.

Mala memandang aku. Aku pandang Mala. Mala tidak bereaksi.

KUALITI INTELEK

Fizah, adikku, yang juga kakak aku (jangan pelik, dia kakak dalam keluarga, semua benda dia buat, aku pembantunya sahaja ---- tukang tengok) ..... ya, Fizah membuat kenyataan pedas:

"Sekarang kalau kita tanya ... kakak melongo sahaja. Dah tak ada kualiti."

Lagi ...

"Dah macam orang sasau."

Huh?!

Katanya, maksud dia, perbualan, perbincangan kami dah tidak ada kualiti intelek.
Aku dah angau bercinta, komennya ... semua yang keluar dari mulutku hanya tentang cinta dan seputar cinta.

Entah. Aku tidak sedar itu.

Aku rasa macam biasa sahaja.

Aku dah boleh baca akhbar semula, tengok berita dan menulis. Perlahan-lahan pukau dan sumpahan cinta bergaul dengan kehidupan rutinku ---- rasa selesa, rasa biasa.

Intelek dan kualiti. Bincang-bincang berat.

Fizah membutuhkan itu dariku.Ya, aku korek kembali kisah berat --- seputar kemanusiaan, seputar keluarga dan tanggungjawab. Cita-cita Al-Quran. Cita-cita kejayaan. Cita-cita ilmu.

Cita-cita berumahtangga ---- belum difikir secara serius. Secara rasa, ada. Secara inteleknya belum. Bersedia? Secara rasa --- iya, secara inteleknya ---- belum mencapai tahap pemahaman yang tuntas!

Rasa ---- sayang ---- rasa ---- kasih ----- membuak-buak.

Kualitinya belum dicapai .... bila lagi? Bila masanya tiba.

Dan memang banyak seputar negara dan kemasyarakatan belum habis dibincangkan. Rindu sangat kepada adikku Fizah ---- sekalipun dia kini di depan mata ---- rasa macam jauh????

Mungkin masanya (masa itu) telah perlahan-lahan tiba ... dan kami pun cuba redha.

Adik (kakakku), engkau tetap kesayanganku.

Dan aku tahu sebagai kakak, engkau sentiasa mendoakan kebahagiaanku, sebagai adik engkau selalu taat. Terima kasih atas segalanya, adikku.

(Mungkin) Dia adalah yang aku tunggu-tunggu selama hayatku, tapi engkau berada di sisi sejak mula.

Dia akan menjadi nombor satu bila saatnya tiba, sehingga itu, sebelum waktunya tiba, engkau masih teratas dalam carta!

dan sementara itu juga, kita masih boleh mengira bintang-bintang di langit bersama!

Insan yang ku kenali

SELAMAT PENGANTIN BARU

Saudara M, rakan friendster saya, asalnya rakan seuniversiti adik saya, menjemput ke majlis pernikahannya.

Aduh, dik, di Bandung, Indonesia, dan sungguh dekat sangat tarikhnya ---- 12 Okt.

Kenal dia dan kebaikannya, sungguh sekejap, tidak rapat tetapi berkesan di jiwa.

Bila, ya, dik, boleh kita bertemu muka? ------ kakak

Khamis, Ogos 28, 2008

cikgu masak memasak, ya!

apa jenis (la) tajuk di atas ...

malam tadi, aku tak jadi tidur (awal). Lepas bergelak ketawa dengan rakan serumah, aku terus duduk di dapur (cuba) menulis, setelah masukkan markah para pelajar.

Eh? Menulis kat dapur? Janganlah hairan, memang meja tulisku, dan buku-buku aku kat dapur.

Aku buka komputer, dengar semua jenis lagu, menulis, mencuba ... hasilnya tak seberapa. Masih idea lama, masih berkisar kisah dia tu juga, walaupun dalam hidup aku dah banyak kisah baru.

kemudian. memasak. aku.

Aku memasak, kemudiannya.

terdahulu, niatku selama beberapa hari ini hendak mengosongkan peti ais yang emak isi tempoh hari.
keluarkan semua isi perut peti ais, lambakkan atas meja dan sinki. Fikir.

Berangan nak masak nasi gorenglah, kari ikanlah, kepak ayam goreng, ikan goreng, terung goreng berlada, lobak merah goreng ... ha ha ha.

Soalnya ... siapa nak makan?

jawapan jujur : Aku jugak.

Soalnya ... apa jadi dengan angan-angan diet?

jawapan ikhlas : Jangan harap.

Okeh ... aku nak suruh bebudak housemate bawak bekal esok. Nak ke tak nak ke, aku paksa gak!

Aku kat rumah ni walaupun macam budak kecik, adakala kena berlagak macam emak-emak. Pastikan semua benda yang bersambung dengan punca elektrik dan air ditutup. Kemudian, pada kebanyakkan masa, aku jugak buang sampah, cuci bilik air ... basuh benda-benda kegunaan bersama ... hanya menyapu lantai je payah naaa nak buat, sebab aku tak boleh kena habuk sangat. Bukannya aku mengemas sangat pun. Paling tak suka buat ... lipat baju. Hah kau, berlambak kat atas katil. Malas.

berlagak macam emak-emak ... anak-anak nak gi kerja kena doakan, kalau sempat peluk cium, kena tata, kalau rajin siapkan bekal. Kalau anak-anak nak pergi cepat, agar jangan kempunan, kejar mereka (kadang-kadang) kat depan pintu rumah ... suapkan makan.

makan. aku. tengah-tengah malam (pagi) ... jam 2.30 pagi!

harapanku nak puasalah hari Khamis. Hummmm ... jadi ke tak tu.

dah penat-penat masak ... terbangun lambat. Anak-anak dah nak pergi kerja. Berlambak makanan tu masuk balik peti ais. Fikir-fikir lagi. Nanti buka puasa ... aku makan. Hmmmm ... jadi ke tak tu.

pergi office. kak N tanya "Min kau dah sarapan?" Aku .... dah dihulurkan bekalan ... nugget pulak tu, walaupun aku cuma ambil seketul buat ambil hati kak N, ..... langsung ... Bismillah. Masuk perut.

Habislah cerita bab makan. Puasa ... tinggal harapan.

heh heh.

ada orang pelariannya ... bola sepak ( abang Han, melampau-lampau tahapnya ... yang seorang lagi ... tak tahu la sejauhmana, belum diukur )

aku ... menulis saja buat aku lega. kalau tak menulis ... macam tak lepas. Woooo hu.

itu, kalau masalah ringan, ala-ala manja, menulis buat melepas rasa hati.

kalau masalah berat ... aku masuk tidur jam 8.30 malam. dan berharap sangat agar esoknya masalah yang macam dinasour tu dah tak ada.

kalau masalah sederhana ringan ... memasak! basuh pinggan! aku!

( ketawa sampai keluar airmata si A, F dan L dengan lawak yang dibuat dek F... kononnya aku tak tahu membezakan antara lala dengan ketam ... aku pun ketawa sama sampai aku lari ke bilik tak tahan ... lagi aku tengok muka F, lagi aku nak berguling-guling ketawa )

duduk kat dapur berjam-jam ... secara semulajadinya aku memang tak (berapa) suka memasak.

Aku hanya suka memikirkan (penyelesaian) masalah sambil-sambil masak, atau membasuh apa-apa yang rasa perlu dibasuh (lagi ---- walhal benda tu dah bersih).

apa masalahnya yang sederhana ringan yang aku hadapi?

susah nak cakap! ..... statgun, finance, bizcom, hatta public speaking (pun!) ... lebih hebat dari law!
Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tunggu sahaja la keputusannya. Aku lawan dengan usaha dan doa!

...............
...............
...............

bahan-bahannya adalah

okeh


kat sini nanti nak taruk gamba


sekian lamanya meninggalkan kau, blog.
walaupun yang membacanya barangkali (cuma) budak biru, Rose, mungkin juga Gebeng dan Yong dan Bibah, Net (?), Jen, Arina, dan ... yang tak berapa ramai tu ... aku rasa syok sendiri menulis (dulu).

Sekarang nak menulis ... tapi, bukan sahaja tidak ada masa yang sesuai, juga ... takut tersalah tulis.

Hairannya!

Oh terlupa. Satu lagi .... otak tepu.

Hairan tidak menulis kerana ... takut melukai seseorang, menyebabkan seseorang tidak senang, lantas membahayakan kedudukanku di sisinya. Pergggghhhhhhhhhhhhhhhhh. Hebat gila.

Rindu pada blog ini ... tapi, ya, untuk menulis lagi, memerlukan kekuatan, 'kesendirian' dan rasa syok sendiri yang tinggi selain bahannya ---------------------- waaaahhhhhhhhhhhhhhhh? Apa bahannya wei? bahan-bahannya adalah ....

Cinta. Opsssssssssssss. Sori.

Jumaat, Ogos 15, 2008

rancangan kurus

balik KL. InsyaAllah.

dengan kerja menunggu, dengan sarat rindu ... untuk Tok!

Kali ini (moga-moga jadi) ... perancangan yang tiba-tiba sahaja direncana ... Allah!

makan (betul-betul) banyak hari ini ... jamuan perpisahan rakan-rakan sejawatan yang meninggalkan aku dengan banyak (pengambilalihan) tanggungjawab

dan cuba-cuba membayangkan tanggungjawab baru ---- yang (ter) sangat berat ---- termampukah?
jauh lagi (mungkin) ... entah, sebelum ini tidak pernah memikirkannya seolah-olah memang tak ada kena mengena dengan hidupku.

untuk sayang ... tolong bertahan!

(dan) kalaupun rahsia ini bukan rahsia lagi, dan tidak ada kejutan boleh dibuat seperti keinginanmu, bukankah Kemahuan dan Ketentuan Tuhan (yang belum tahu apa itu) ... jauh lebih utama. mari kita pasrah dan berserah.

memang aku takut!

-------- aku yang cuba melayakkan diri (iffa, memang aku mahu menang!) --------

Isnin, Julai 21, 2008

minda tepu

nikmati sahaja saat-saat ketepuan minda tahap kritikal ini
kadang-kadang
apabila tiba suatu masa untuk sesuatu perkara
perkara lain (mungkin) memang (patut) diketepikan dahulu

minda yang tepu
bagai tiada apa boleh masuk lagi (yang sedia ada tak mengapa ... masih berjalan seperti biasa)
hairannya, akhbar Ahad juga tidak (lagi) menarik minat

tak mengapa, memang tak apa
tidaklah menyusahkan (sangat)
sedikit (menyusahkan), iya,
tapi cuba membiasakan diri
dan (bukan) minta dikasihani
ianya suatu proses ... biasa
oleh suatu sebab terkecil dalam dunia
cinta

heh heh.

Jumaat, Jun 13, 2008

Salam Jumaat yang penuh berkah!

Hari ini,

Berbual dengan Cik S.M.A membuat aku teringat:

Memang tanggungjawabku sangat-sangat besar.

Dan aku telah sedikit (banyak!) terpesong ...

Apabila Tuhan telah mengembalikan (lagi) aku ke jalanNya maka aku anggap ini peluang terakhirku.

Terima kasih Cik S.M.A. Alhamdullillah, Ya Allah!

aminahjazilahabubakar

Ingat lagi, Bibah?

“Look can be deceiving.”

Tak tahu la bagaimana hendak menterjemahkannya dalam bahasa Melayu …

Kenapa pulak ‘rupa boleh menipu’? Ha ha ha literal translation --- sangat ntah hapa-hapa (entah apa-apa).

“Look can be deceiving.”

Itulah yang diingatkan oleh Tuan R. ketika aku menjalani attachment (lebih kurang latihan praktikallah tu) --- di mahkamah Ampang suatu waktu dahulu. Memang itulah yang Tuan R. ingatkan kepadaku dan Habibah;

“Look can be deceiving.”

Setiap hari berhadapan dengan 20-40 orang yang merayu ‘dilepaskan dengan jaminan’… tidak dihantar ke pusat Serenti.

Sampaikan aku tidak berani mengangkat muka … sedih, sedih tersangat sedih.

Kerana:

“Look can be deceiving.”

Kisah kerdilnya diri



[ Ini untuk esok. ]

Pernahkah anda membaca orang yang menulis kisah untuk esok?

Ini memang bukan puisi, ini pengulangan kata. Semalam, saya tidak ‘mengepos’ apa-apa di blog ini.Semalam saya membayar janji kepada kawan-kawan untuk mengunjungi mereka.Semalam saya membaca sebuah novel dengan perasaan penuh derita (takkan mampu saya menghabiskannya).Semalam masih saya rasa kesakitan dalam dada. Masihkah ada hari ini sakit yang semalam? (Mungkin) ada. Tapi terselindung di mana-mana di celahan hati. Semalam saya terlupa bahawa saya (telah) memutuskan untuk mendiamkan diri sampai mereka sedar sendiri bahawa (mungkin) apa yang mereka percayai itu adalah kisah yang diceritakan oleh sebelah pihak sahaja. Saya maafkan mereka kerana mereka tidak pernah dilatih dalam bidang perundangan dan (mungkin) tidak tahu bagaimana caranya yang selamat untuk tidak berpihak. Saya lupa bahawa diam itu bintang, semalam. Saya terlupa, semalam, hari ini saya tak akan lupa, InsyaAllah.

[ Ah! Malas aku berpuitis begini ]

Bunyi SMS masuk. Dari Jennifer (agaknya). Malas sekali untuk membacanya. Sebelumnya ada panggilan nombor officenya masuk ke telefon bimbitku. Belum sempat ku jawab sudah mati. Tidak pula dia telefon balik. Tak kuasa membalas, biarkan.Kalau dia mahu bertanya lagi fasal abangnya --- aku tak akan bazirkan masa (lagi). Kontroversi kelas satu dalam hidup aku --- status lelaki itu --- kawanku, saudaraku. Dia pilih jalan hidup sebegitu …

Kisah-kisah kontroversi dalam hidup aku ni sudah selalu sangat. Hanya kerana aku berbeza (ah … alienkah aku ini?).

Minggu sudah menatap gambar perkahwinan Riyadh dan terakam sekali senior-senior kami, Jamal dan Shahrin, juga kalau tak silap, Carol. Tak tahu sama ada Shahrin dan Carol sudah berkahwin – nampak gaya macam sudah (maafkan kalau aku tersilap)– Shahrin sudah ada pipi (perut tak nampak pula), Carol pun nampak berisi sahaja --- tambah comel.

Melihat wajah Shahrin, aku terkenang akan kontroversinya aku sewaktu mengikuti minggu orientasi fakulti kami.

Aku tahu akibatnya kalau (terlalu) menunjukkan perbezaan.

Aku dah rasa banyak kali.

Pemulauan. Pandangan hina. Bahasa menyakitkan.

Shahrin (mungkin) masih berasa bersalah … dahulu ketika manusia freshies 1997/98 sibuk memenuhi ‘permintaan’ senior yang sedikit melampau --- aku dengan jujur menolak dari dibuli. Salahkah?

Menulis tentang kisah lama … bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa, jauh sekali berdendam.

Sudah berkurun aku maafkan Shahrin. Malah dia menjadi antara senior yang aku hormati dan kagumi.

Apa yang aku ingati sampai kini ialah ketika ramai pembantu mahasiswa fakulti menolak markahku, si Shahrin, pengadu yang mengada-ngada itu tiba-tiba datang menambah markah aku.

Sudahlah aku tengah bengang … Shahrin malah boleh menyuruh aku menerka (meneka) kenapa dia menambah markah aku. Aku geleng, menahan airmata dari tumpah kalau aku bercakap.

“Sebab engkau berani,” Katanya.

Dengan mataku yang berkaca-kaca, hati remuk redam dengan perbuatan Shahrin, aku telan semua pandangan mata rakan-rakan yang ‘sangat bengang’akan aku.

Aku, yang dipersalahkan.

Shahrin yang membuli aku, aku yang dipersalahkan.

Pada hari penutup minggu orientasi fakulti, aku antara yang terpilih untuk berucap. Dan aku dengan rendah diri memilih untuk membuat ucapan bertajuk ‘Berani bercakap benar, walaupun ianya pahit’, antara isi kandungannya ialah permintaan maafku kepada semua senior dan Shahrin.

Permintaan maaf atas kesalahan yang tidak aku lakukan. Betapa ‘suci’. Hah!

Berlaku terdahulu dari itu, apabila senior bertanya (di mahkamah Moot), siapa yang telah ‘mengengkari’ perintah salah seorang senior … aku pantas (bingkas) bangun mengaku, menjawab dengan terang,di hadapan beratus pasang mata:

“Saya!”

Itu bukanlah suatu tindakan berani bagiku. Aku tetap rasa takut.Tapi aku hanya berlaku jujur.

Itu memang aku.

Aku --- tidak pernah kenal erti ‘mengikut arus’.

Bukan kerana aku suka akan kontroversi.
Aku hanya ada pendirian, gaya hidup tersendiri.

Terkadang aku merasa lemas dengan ‘tuduhan’tidak bersuara. Tuduhan seperti itu ‘tidak profesional’. Itu adalah ‘hukuman’ paling kejam dan paling durjana kerana tidak membenarkan pihak yang dituduh membela diri.

Aku (terpaksa) mengambil keputusan berdiam diri.

Biarpun Aaron berpendapat mendiamkan diri bermakna ‘membenarkan’ tuduhan orang. Aku rasa itu adalah lebih baik dari bertikam lidah dengan orang yang merasakan hanya diri mereka sahaja yang benar. Bahaya. Lebih banyak kerosakan akan timbul dari kejernihan. Lalu aku mengikut diamnya bintang … tetap bersinar dan dicemburui orang. Perasan! [eh! Bukankah bintang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri? Lalu bagaimana ia dilihat berkelip-kelip di angkasaraya? Kena tengok NGEO ni …].

Ah! Benar sekali, kalau bercakap (banyak) orang akan benci.

Kerana mungkin apa yang kita cakap itu tidak dipersetujui mereka. Entah. Aku tak faham dan malas hendak mencari jawapan kenapa mereka begitu klise. Begitu tipikal. Latar belakang memanglah tidak sama, tetapi pembacaan dan ilmu sudah hampir sama tarafnya. Hanya (mungkin) mereka tidak jumpa apa yang aku jumpa, tidak faham seperti apa yang aku fahami, --- maka (mungkin) kerana itu mereka memandangku dengan pandangan alien.

Tidak tahu juga kenapa, aku malah berasa sangat terhina berhadapan dengan orang-orang seperti itu. Sepertinya aku ini … tak tahulah.

Tapi aku ingin sekali berkata:

“Yang merasakan diri mereka berada dalam kumpulan terbanyak … yang kata-kata mereka‘dibenarkan’ oleh orang sekeliling – tidak semestinya mereka itu benar.”

Sudah tentu, aku tidak pernah mengatakan aku ini benar. Siapa aku untuk membenarkan dan menidakkan?

Esok-esok, kesedihan (mungkin) tidak akan terpadam.

Mungkin juga akan ada (sedikit) kegembiraan.

Pun, ujian-ujian kecil dari Allah S.W.T. ini buat aku jadi sangat malu kepadaNya --- yang sekecil (ini) tidak dapat aku tangani, apatah lagi kalau dianugerahkan dengan ujian yang lebih besar.

Percaya atau tidak, kata-kata Shahrin ketika menambah markah aku (sumpah aku tak tahu markah tu untuk apa benda --- merit la demerit la) ..

Ya, sekali lagi, kata-kata Shahrin itu …

“Sebab engkau berani.”

Selalu aku kenang, sebagai suatu peristiwa yang hari ini aku anggap amat mempengaruhi tingkah laku aku --- sejak ia diucapkan kepadaku.

Tapi tak ada la jadi azimat.

Banggakah kau Shahrin (tabik, abang senior)?